Sabtu, 12 Oktober 2019

PEMEGANG PINGAT PJM (PINGAT JASA MALAYSIA) DAPAT "ONE OFF" RM 500

Menteri Pertahanan, Mat Sabu sebelum ini mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan elaun bulanan kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan beliau berharap sekiranya keadaan kewangan negara mengizinkan, kerajaan mampu meluluskannya.

Sekurang2nya Mat Sabu bersuara untuk bekas-bekas tentera dan beliau menaruh harapan agar cadangannya itu diterima. Kerajaan dahulu, usahkan mahu beri, bersuara pun tidak. Itu bezanya.

Di dalam belanjawan hari ini, suara Mat Sabu telah didengari walaupun hasrat beliau untuk mendapatkan elaun bulanan tidak kesampaian kerana kedudukan kewangan negara belum mengizinkan lagi. Negara masih terkesan dengan bahana hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu dan kewangan negara yg ada kini harus diutamakan kpd semua golongan rakyat bawahan. Namun, kerajaan tidak menghampakan pemegang Pingat PJM ini maka kerajaan buat ketika ini akan memberi "One Off" berjumlah RM 500 kepada kumpulan ini. Ini tidak pernah berlaku di era kerajaan terdahulu. Ertinya, golongan pemegang pingat PJM tetap dihargai oleh kerajaan. Peruntukan untuk ATM juga telah ditambah untuk memperkasakan lagi ATM termasuk kuarters tentera.

Seperti biasa, macai pembangkang tetap menafikan usaha baik kerajaan ini. Apa yg Mat Sabu cadangkan dan harapkan tentang elaun kepada pemegang pingat PJM itu mereka anggap satu janji. Sedangkan seseorang menteri hanya boleh mencadangkan kpd kerajaan apa jua yg difikirkan baik, tetapi akhirnya pihak kementerian kewangan akan meneliti akan kemampuan kerajaan. Tidak guna kerajaan mahu dapat nama dan berikan semua yg menteri mahu tetapi akhirnya negara menanggung kesan kewangan dan rakyat juga akan menanggungnya. Pihak pembangkang tidak boleh nafikan bajet kali ini jauh lebih baik dari era Najib, namun mereka terpaksa juga menutup mata tidak mahu terima hakikat kerana keegoaan mereka.

Pemberian bonus RM 500 kpd kakitangan awam termasuk tentera dan pesara tentera sebanyak RM 250 juga dinikmati oleh bekas tentera yg tidak berpencen, satu rahmat kepada kita. Meskipun baru setahun lebih PH memerintah, namun kerajaan masih mampu memberikan sesuatu kepada warga tentera dan bekas tentera.

Semoga negara bertambah baik di masa akan datang dan hasrat Mat Sabu untuk memberikan elaun bulanan kepada pemegang Pingat PJM akan tercapai satu hari nanti.

2 ulasan:

  1. Insentif usahawan bumiputra = 50 jota

    Insentif usahawan Paria = 20 jota

    Insentif Usahawan 'KECIL' kaum Cina =100 jota

    bantuan nelayan BN = 300 hengget

    bantuan nelayan PH = 200 henget (2019 nelayan tak dapat pon..nelayan kena kencing)

    bantuan nelayan PH 2020 = 250 hengget ( ko rasa kena kencing lagi tak..)

    Peneroka Felda, Petani pekebun kecil penoreh... koo rasa..!?

    ko rase haper....!???

    Yg dapat pingat tu ada brapa jota orang...!?

    BalasPadam
  2. Aku skang ni layan vape aje, Pasal sejak Aku kenal menatang tu 5 6 bulan lepas. Waktu Malam dada Aku Kurang sesak, boleh kata tak Langsung. Serasi dgn Aku kot. Sebelum ni Aku boleh kata Perokok tegar. Satu hari mau 1 1/2 kotak, biase la pomen Lori. Selain kuderat, otak nak Jln Bila berkerja. Sebab tu jugak Aku Kata Macai Umno tak bleh Jadi pomen Pasal ade otak, Tapi tak berfungsi, serius OK, Bukan lawak.. OK, point utama, Semenjak 2 menjak ni, Aku Dengar keluhan Dari perokok rokok seludup ni, kerana stok semakin sukar, Sebab yg Aku Dengar, org Yg biase supply rokok ni tak berani buat kerja mcm biase. Kenapa rokok seludup boleh kata kotak Dia selalu kemek atau tak kemas, kerana mereka tanam utk lupuskan, bila line clear Dia org korek balik, kata org dlm yg Aku Dengar. Cuma skang ni mereka Takut kerana jabatan Yg kawal aktiviti seludup skang Lebih ketat berbanding dulu. Betul atau tak Aku tak pasti, biase la kalau sekeliling driver Lori, dispatch kontena. Selalu berurusan dgn Kastam. Tapi kalau betul, ni Satu benda baik, tak guna negara maju, kaya, Tapi rasuah tu tak terkawal, negara rasuah boleh maju ke?. Kalau betul Dan nak rasa negara Yg bebas rasuah atau 99,99.% bersih rasuah. Sabar ape Yg kerajaan usahakan skang ni, Bukan Senang nak ubah reban ayam menjadi rumah. Perlu masa, tenaga, pikir Dan duit, benda simple je hingga macai yg tak layak Jadi pomen pun boleh pikir. Tapi kalau Korang sebok kan tembolok sendiri tanpa peduli hal lain, lantak Korang la. Bangga Sokong penyangak pencuri penjual agama Jadi pemimpin. Bawak la Cerita tu Kat anak cucu Korang. Cerah masa depan. Hadap Allah Nanti pun bleh cite jugak. Pun cerah tempat abadi Korang nanti. By the way Aku baca api neraka ni hitam. Jadi tak cerah la tempat tu ye... Kalau tak paham ape Yg Aku Cuba sampaikan, cari penyokong PH, tentu Dia org paham. Jgn baca 3 4 Kali kalah taK paham, Nanti sisa otak yg tinggal pun turut Cair jugak.

    BalasPadam