Sabtu, 28 September 2019

KAMI DITUDUH FITNAH PAS, AKHIRNYA TEMBELANG TERBONGKAR


Dulu, kita ingatkan walaun2 agar hati2 kerana hasrat Hadi nak bawa Pas masuk tong najis parti keris telanjang tak bersarung ni sudah lama iaitu sejak 2008 lagi. Waktu tu Almarhum Tok Guru Nik Aziz masih hidup. Oleh kerana takut mukanya diludah oleh Almarhum, maka hasratnya itu ditangguh. Bila kita beri ingatan kpd walaun2 lebai ni, mereka kata kita fitnah. Ulamak2 berserban mereka pun meyakinkan para walaun bahawa mustahil parti lebai nak masuk tong najis parti keris telanjang itu.

Akhirnya, Allah nak tunjuk wajah sebenar Hadi, sebaik saja Almarhum Tok Guru meninggal, merah lagi kuburnya, Pas telah mula cari pasal untuk berpisah dengan PR waktu itu. Mula2 cari pasal dengan Dap, kononnya Dap menentang hudud dan RUU Akta 355. Kemudian cari pasal pula dengan Keadilan dan akhirnya mereka sendiri lari dari bahtera PR tanpa dihalau.

Rupa2nya jodoh sedia menanti. Umno bila telah lemas, taik terapung pun dia akan cuba berpaut.

Fitnahkah kami selama ini atau ulamak kamu yang menipu kamu bulat2?

Jumaat, 27 September 2019

ANWAR TIDAK PERLU LAYAN GESAAN UNTUK JADIKAN KEADILAN PARTI BERPUAK

Saya ingin mengulas beberapa kenyataan dari YB Zuraidah yang terus mendesak agar Presiden keadilan untuk mengadakan pertemuan khusus dengan Ahli MPP yang menang melalui pemilihan sahaja, kononnya untuk buktikan Anwar ini mempunyai jiwa yang besar.

Desakan Zuraidah ini disambut oleh beberapa orang pimpinan termasuk dari bera iaitu Ketua Cabang Bera yang juga ahli MPP, Sdr Zakaria Abdul Hamid. Atas alasan, itu sahajalah ruang untuk Anwar memperbaiki pergolakan di dalam parti. Ini satu alasan yang tidak masuk akal kerana parti telah menyediakan pentas untuk berbincang atas apa jua isu dan masalah. Parti ada mesyuarat MPP dan mesyuarat Biro Politik. Parti juga telah mengadakan program seperti Retreat untuk mengumpulkan semua lapisan kepimpinan di Cabang, negeri dan Pusat tanpa dikecualikan. Mengapa perlu diwujudkan satu blok lain untuk pertemuan?

Apa keistimewaan kumpulan yang menang di dalam pemilihan lalu untuk menuntut pertemuan berasingan dengan Presiden? Bayangkan jika perkara ini diamalkan di dalam parti sehingga menjangkiti ke peringkat Cabang, adakah baik untuk penyatuan parti?

Jangan jadikan alasan untuk tidak mahu hadir mesyuarat parti dengan berbagai tuntutan ganjil yang tidak pernah dilakukan oleh parti lain. Jangan wujudkan kasta di dalam parti untuk memberikan layanan istimewa kepada satu-satu pihak.

Anwar selaku Presiden mesti berlaku adil kepada semua. Semua ahli MPP adalah barisan kepimpinan parti samada mereka dipilih atau dilantik. Tidak wajar Anwar membezakan di antara mereka.

Sehubungan itu, saya berpendapat Anwar tidak perlu melayan sebarang usaha untuk menjadikan parti ini berpuak dan berkasta. Jika mereka mahu melihat parti ini menjadi dua kelompok dan berkasta, sebaiknya mereka cari parti lain yang ada dasar seperti itu.

Khamis, 26 September 2019

MASIH INGATKAH ANDA AYAT "HUDUD ADALAH NYAWA PAS" ? PAS SANGGUP BERSENDIRIAN DEMI HUDUD?


Itu adalah sebahagian dari beberapa modal "jualan agama" oleh parti lebai. Mereka putus hubungan dengan Dap kerana kononnya Dap menentang Hudud. Mereka tolak Keadilan pun kerana kononnya Keadilan tidak sokong RUU Akta 355 yang Hadi sendiri minta tangguh itu.

Menjelang PRU14 dulu, bermati-matian lebai kata partinya tidak akan sesekali menggadaikan hudud dan rela bersendirian, katanya. Parti lebai mahu jadi "King Maker" saja, bukan mahu bergabung dengan Umno. "Lebih baik bubar Pas dari bergabung dengan Umno", kata seorang lebai katik dari Pahang. Begitulah kalau dilihat semangat para lebai dulu, naik bulu ketiak kita mendengarnya.

Akhirnya, Allah mahu tunjuk kepada kita apa yang berada di bawah serban dan di dalam jubah mereka. Bangkai lembu kondo NFC tidak boleh disorok di bawah serban yang beratus kali dililit oleh Tontawi. Terbongkar wajah sebenar lebai secara resminya di PWTC baru-baru ini. Lidah yang selama ini berzikir K.O Umno dan sekular Umno, tiba-tiba Allah tukar kepada lagu Umno. "Bersatu kita bersatu..." tegang urat-urat lebai menyanyikan lagu parti keris telanjang tidak bersarung itu sambil mengibar-ngibarkan bendera Umno. Esak tangis para lebai di dalam dewan PWTC berselangseli dengan tangis air mata buaya pemimpin Umno. Begitulah kisahnya

Sikap lebai semakin terserlah apabila sanggup menyokong MCA yang sejak bertahun dahulu membantah Hudud. Usahkan hudud, RUU Akta 355 itu pun MCA tidak pernah setuju. Tapi demi nafsu dan kuasa serta kepentingan politik lebai, persetankan itu semua. Hanya Dap saja tidak boleh lawan hudud, MCA atau MIC tidak mengapa kerana parti itu kawan Umno dan Umno itu teman bermukah lebai sekarang.

Itulah lebai yang selama ini menjual agama, kini berkawan dengan penjual perkauman. Betullah kata orang tua-tua, lazimnya jodoh pelacur akan bertemu dengan jantan yang rajin langgan pelacur. Moleh dah.

Rabu, 25 September 2019

PERANGAI HADI ANAK AWANG YANG TIDAK PERNAH BERUBAH

Sepatutnya sbg ulamak, tunjuk akhlak dan perangai yg baik, tiada perasaan dengki dan merendahkan org lain. Sbb itu, aku kata ini perangai lebai bkn ulamak. Semua yg dia kata kat org lain, semua Allah tunjukkan kat dia adalah sebaliknya.

Dulu, dia pernah kata, umno ni lebih jahat dari Dap. Lawan umno itu jihad, dan kalau mati, boleh mati syahid. Akhirnya, dia tebalkan muka jilat ludah dia dan peluk erat umno.

Dulu, sewaktu PR Sgor mahu Wan Azizah jadi MB Sgor gantikan TS Khalid Ibrahim, lebai Hadi kata Wan Azizah tak layak jadi MB. Akhirnya, Allah tunjukkan Wan Azizah diangkat bukan Sbg MB, tetapi TPM.

Hadi pernah lekehkan Tun M. Sewaktu PH mengumumkan bahawa Tun M akan dilantik sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, Hadi Awang kata Tun M ni layak jadi Doktor di Klinik 1 Malaysia saja. Allah Tunjukkan Tun M skrg jadi PM untuk kali kedua.

Hadi jadi apa? Jadi MP Marang sejak berpuluh tahun. Jadi MB Terengganu pun sepenggal. Bila dah bersama Umno sekarang, Hadi masih tidak jadi ketua sbb semua tahu standard Hadi. Dia cuma boleh bercakap soal haid dan nifas saja.

Jadi, berhentilah dari bersikap ego dan sombong serta suka merendahkan orang lain. Terbaru dia kata, Anwar tidak layak jadi PM. Itulah kerja Hadi, menilai org lain. Dia hina Tun M, tapi dia lah lebai pertama ketuk opis Tun M. Tidak malukah?