Isnin, 13 Januari 2020

BUKU "ANWAR PM KE 8" SEMAKIN LARIS DI PASARAN MENJELANG MEI 2020



Terlebih dahulu, terima kasih kepada rakan Noraini Nordin dan suaminya iaitu penulis buku ini, Sdr Shahbudin kerana aku juga dapat memiliki buku ini.

Bagusnya buku ini di dalam mempromosikan Anwar sebagai PM ke 8 sepertimana perjanjian di dalam PH, buku ini tidak langsung menghentam atau memburukkan PM sekarang, Tun M. Buku ini ditulis secara adil, penuh dengan fakta dan hujah serta berpijak di bumi nyata.

Di dalam satu program pertemuan santai di antara kumpulan reformasi di rumah YB Dr Idris semalam yang turut dihadiri oleh Kak Wan, bekas Ketua Pemuda Keadilan, Sdr Ezam Mohd Noor turut mempromosikan buku ini.

Ezam, yang meletakkan jawatan sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan (jika tidak silap) di era Najib menjadi PM dan Menteri Kewangan ketika skandal 1MDB hangat diperkatakan, sebelum PRU14 yang lalu memang keberatan menerima Tun M sebagai PM sekiranya PH membentuk kerajaan. Beliau mahukan tokoh muda dilantik dan beliau memilih Azmin Ali.

Namun, setelah beberapa perkembangan dan tingkah laku Azmin dilihat oleh Ezam sebagai tidak menepati ciri2 seorang pemimpin, akhirnya Ezam tidak lagi menyokong Azmin bahkan mengkritik Timbalan Presiden Keadilan ini. Apabila melihat tingkah laku Azmin yang begitu mempamirkan cara hidup yang elit ditambah pula dengan isu video semburit, maka Ezam berpatah arang dengan Azmin.

Ezam bukan lagi ahli Keadilan. Keadilan juga tidak pernah mempelawa bekas Ketua Pemuda parti itu untuk menyertai parti yang dipimpin oleh Anwar itu. Ezam pula setahu saya tidak pernah memohon untuk menyertai Keadilan.

Berdasarkan situasi ini, adalah lebih baik Sdr Ezam berjuang dari luar Keadilan kerana beliau juga masih menjalin hubungan baik dengan beberapa pimpinan Keadilan dan penggerak reformis. Apa yang penting bukan wadah politik tetapi perjuangan.

Saya merasakan Sdr Ezam sudah boleh menerima Anwar untuk menjadi PM selepas Tun M kerana ini adalah kehendak rakyat. Kalau luka lama diungkit, sudah tentu kita tidak boleh bergerak ke mana dan sudah pasti Tun M bukan PM sekarang ini.

Bukan untuk dapat komisyen atau mempromosikan buku ini tetapi secara jujurnya buku ini wajar dibaca oleh setiap dari kita agar kita ketahui mengapa Anwar Ibrahim itu patut diangkat sebagai PM.

4 ulasan:

  1. Dalam keadaan tun mangkuk dah dpt ramas tulur beruk2 semburit jangan harap anwar merasa pm ke8.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takkan nak beri pada Najib telur kena ramas dengan Rosmah pulak ya tak?

      Sorry, Najib tak ada telur hahaha

      Padam
  2. ATOK PANGKU MINTRI PENDIDIKIN..!!

    SUMPAH LAKNAT BOSSKU MAKIN MENGILA JADINYA
    MAZLEE TIPAH KOYAK KINI ADUN DADAH BAHAYA
    MAKAN KARMA SUMPAH ATOK FOSSIL PURBA
    KIMANIS MAJORITY 5K PETIK JARI KAKI MENANG BERGAYA

    Kikiikiki..

    NAJRI CABAR MAMAK BERDEBAT KIKIKI..!
    OTONG OTE NI KLU MAMAK BERANI DEBAT
    ACAH2 POWER JADI EDUCATION MINISTRY
    KUASA PIBG LAGI POWER LA HANATT..!!

    kikikiki..

    BAHANA ATOK RENTA@FOSSIL PURBA PUNYA KUASA
    ACAH2 POWER JMBATAN BENGKOK BUAT2 LUPA
    ACAH2 POWER SUMA NEGARA ATOK CARI GADOHHH SAJA..!!
    ACAH2 POWER FOSSIL PURBA KUASA PIBG LAGI POWER GILER

    kikikikiki..

    ADUN & MACAI MABUK BERPARTI DADAH
    KARMA SUMPAH LAKNAT SUDAH MENJADI
    MAMPOS SEGRA LAH SANG RENTA FITNAH
    ANAKCUCU TUNGGU MASA LUNYAI NNTI

    kkikikiki..


    FORMULAACAHPOWER = HAAH TEPUK + BMF

    BalasPadam
  3. Suruh nuar jual buku aje.. Tak pyh jd pm, byk sgt halnya.

    BalasPadam