Khamis, 16 Januari 2020

DEMI MARUAH, ANWAR TETAP TERUSKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA YUSOF RAWTHER, HARAP AZMIN PUN SAMA

Dua peristiwa pahit telah melanda Keadilan apabila kita berjaya menubuhkan kerajaan melalui PH. Kedua-dua kes tersebut melibatkan pemimpin utama parti iaitu DSAI, Presiden dan Azmin Ali selaku Timbalannya.

Kes pertama yang mengejutkan, bekas Ketua AMK Sentubung, Sdr Haziq telah membuat pengakuan secara terbuka dan membuat laporan Polis berkaitan satu klip video di hotel Sandakan yang dikenali sebagai "video semburit". Haziq dengan berani mengaku bahawa beliau adalah salah seorang yang beraksi di dalam klip video berkenaan dan pasangannya adalah Azmin Ali.

Walau bagaimanapun, Azmin tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Haziq. Pihak Polis telah membuat siasatan dan mengesahkan melalui ujian yang dijalankan video tersebut adalah tulen, yakni tiada pertindihan imej atau sebagainya tetapi gagal mengenalpasti pasangan Haziq yang menyerupai Azmin itu. Isu ini diambil kesempatan oleh Pembangkang di mana Lokman Adam telah membawa klip video tersebut ke Indonesia untuk ujian pakar di sana. Lokman tampil kemudiannya dengan menyatakan bahawa keputusan di Indonesia menunjukkan pasangan Haziq di dalam klip video tersebut adalah 'positif' menyerupai Azmin Ali.

Pihak Polis juga turut menyatakan bahawa fail kes tersebut telah dibawa ke Pejabat Peguam Negara namun lebih kurang tujuh atau lapan kali fail tersebut dikembalikan oleh Pejabat Peguam Negara untuk dilengkapkan lagi. Akhirnya, pihak Polis telah membawa klip video tersebut ke US untuk dibuat ujikaji. Terbaru, baru-baru ini dinyatakan bahawa tidak dapat dipastikan siapa pasangan Haziq atas alasan kualiti video yang rendah atau 'kabur'. Kita tidak pasti samada siasatan juga merangkumi buku rekod keluar masuk hotel, CCTV hotel atau saksi-saksi yang ternampak di CCTV hotel Sandakan pada tarikh kejadian, namun berdasar hujah hanya video tersebut kualitinya rendah, maka kes ini dianggap tutup, kecuali jika ada keterangan baru.

Kes kedua, Yusof Rawther telah membuat laporan Polis dan akuan bersumpah menuduh Presiden Keadilan, DSAI mencabulnya di kediaman DSAI sendiri. Tiada video, kecuali Akuan Bersumpah. Pada tarikh yang didakwa oleh Yusof semua orang tahu waktu itu DSAI terlibat dengan program yang padat sempena kempen PRK Port Dickson. Peliknya, laporan dibuat setelah lebih setahun kejadian yang dikatakan oleh Yusof itu berlaku. Sebaik sahaja Yusof membuat tuduhan tersebut, DSAI lantas membuat laporan polis bahkan disusuli dengan tindakan undang-undang melalui peguamnya ke atas Yusof yang menfitnahnya.

Terbaru, Pejabat Peguam Negara melalui peguam cara mengumumkan tiada kes terhadap DSAI kerana terdapat banyak keterangan yang meragukan atau percanggahan untuk dibawa ke mahkamah. Sebenarnya, sebelum dimaklumkan berita baik ini pun, rakyat tahu tentang cerita kartun yang dibawa oleh Yusof Rawther itu.

Bezanya, Anwar Ibrahim tidak membenarkan amalan fitnah jijik dan kotor ini berleluasa. Meskipun kes beliau ditutup seperti kes melibatkan Azmin Ali, Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan tetap mengambil tindakan undang-undang ke atas Yusof Rawther. Berani kerana benar !!

Rakyat yang bencikan amalan fitnah jijik terutamanya dari warga Keadilan sudah tentu mahu Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali turut mengikuti jejak langkah Presidennya, apatah lagi beliau seorang Menteri Kabinet terkanan yang perlu kepada maruah yang dipandang tinggi. Azmin wajar mengambil tindakan undang-undang ke atas Haziq yang telah mencemarkan maruahnya dan kalau perlu juga terhadap pasangan Haziq yang menyamai wajahnya itu. Adakah Azmin akan lakukan? Kita yakin beliau seorang yang bukan sahaja "kekal tenang' tetapi juga berani.

1 ulasan:

  1. Dah elok2 AG tutup kes, si bapa liwat negara nak tunjuk terer saman pulak. Bijakkah tindakan itu? Takut2 si Usop terima cabaran dan lawan saman di mahkamah, cerita yang dah lama berlaku akan dikeluarkan oleh Usop nanti. Tak perlu AG yang cerita. Kita tunggu dan lihat, berani ke Bapa Liwat Negara saman si Usop? Hari apa tu nak saman???

    BalasPadam