Isnin, 27 Januari 2020

LEBIH BANYAK KEBAIKAN KEKALKAN DISIPLIN PARTI DARIPADA BIARKAN PARTI MUSNAH OLEH PARASIT

Ada penganalisa politik meramalkan Anwar tidak akan berani memecat Zuraidah kerana bimbang kepada pergolakan dalaman parti lebih parah dan beliau tiada harapan untuk menjadi PM ke 8.

Mereka juga berpendapat, sekiranya Anwar memecat tokoh wanita yang bermulut lancang ini maka akan menyebabkan lebih ramai penyokong menteri ini akan keluar parti. Maka, dikatakan Anwar kini berada dalam dilema.

Saya berpendapat, Anwar samasekali tidak akan campurtangan di dalam menentukan samada wanita yang digelar 'mak.lampir' ini dipecat, digantung atau diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Parti. Buktinya, di dalam kes pemecatan KC Bera yang juga seorang Ahli MPP, Sdr Zakaria, Anwar sendiri mencadangkan di dalam Mesyuarat MPP bahawa Sdr Zakaria hanya perlu 'digantung' keahlian sahaja. Malangnya, ahli MPP yang lain banyak mencadangkan agar Sdr Zakaria dipecat kerana mereka berpendapat parti reformasi seperti Keadilan ini tidak harus memaafkan perbuatan rasuah. Akhirnya, Anwar terpaksa akur dengan keputusan MPP. Keputusan tersebut selari dengan cadangan Jawatankuasa Disiplin Parti.

Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak akan membuat keputusan bersendirian. Di dalam kes Zuraidah ini, samada Zuraidah dipecat atau tidak, bukannya ada kaitan dengan Anwar menjadi PM atau tidak. Apa guna Anwar menjadi PM sekiranya beliau meninggalkan parasit di dalam parti? Adakah sekiranya Anwar tidak menghukum Zuraidah maka Zuraidah beserta kumpulan penyokong semburit akan menyokong Anwar untuk menjadi PM ke 8? Mustahil dan tidak masuk akal bagi sesiapa yang mengenali Zuraidah dan "Si Kitol".

Sehubungan itu, adalah lebih baik Anwar kekalkan prinsipnya iaitu sesiapa pun yang telah dilaporkan ke Jawatankuasa Disiplin, biarlah jawatankuasa tersebut menyiasat dan menyerahkan cadangan mereka kepada MPP dan Biro Politik. Di peringkat ini nanti, keputusan MPP atau Biro Politik adalah keputusan berjemaah, bukannya keputusan Anwar seorang.

Sesiapa yang merasakan Anwar akan tunduk kepada sebarang ugutan hanya kerana mahu menjadi PM ke 8 walaupun itu memang hak beliau yang dijanjikan, mereka tersilap besar. Kita tidak boleh mempunyai PM yang mudah diugut. Bagi saya, parti harus bertindak tegas kepada mana-mana pemimpin atau ahli parti yang bukan sahaja biadab malah terus istiqomah dengan biadab dan kurang ajarnya.

2 ulasan:

  1. Salah Satu kelemahan anwar Yg sering diambil kesempatan oleh org sekelian Dia. Dia pemaaf Dan berlapang dada dlm ape juga keadaan. Ko cakap la Dia ape pun, tuduh la Dia, hina la Dia. Tapi bagi dia Itu takde ape pun berbanding ape Yg pernah Dia lalui. TaK perlu bersahabat rapat dgn manusia mcm ni. Tgk Sejarah, tgk sekarang, anwar Tetap anwar Yg dulu. Dilemparkan bermacam tomahan pada Dia Dan keluarga, tgk Kat mane Allah letak Dia sekarang... Isterinya Yg diugut akan ditanam Kat kubur cina, taK layak Jadi MB. Tgk jugak Kat org Yg Kata benda tu. Kat mana Dia sekarang. Jika Allah Dah tetapkan anwar akan ke jawatan tertinggi. Sapa kita nak halang. Cuma kita sebagai penyokong anwar ibrahim, Cuma boleh berdoa yg impian kita akan Jadi kenyataan. Kalau betul la rakyat tak nak Dia Jadi pm. Merwka takkan beri kuasa Kat PH Yg berkali Kali berjanji Siapa selepas tun. Org tak Suka tu normal la. Kita Kata najib mcm tu, mcm ni, Dia org tak percaya. Jadi ape nak heran org Yg sokong anwar. TaK Suka tU dia org punya Pasal.

    BalasPadam
  2. lone ranjer pomen bawah tanah.. ko mabuk ketum ke pepagi ni..!?

    apo point yg ko nak bagitau nih...!?

    kat blog mamak ko sondol Brother kat sini ko puji...


    hansap punya pomen

    BalasPadam