Ahad, 12 Januari 2020

TULISAN JAWI - UMNO BARU SEDAR PENTINGNYA TULISAN INI?

TPM memakai tanda nama tulisan jawi sewaktu bertemu PM

Tulisan jawi adalah tulisan yang sebati buat orang-orang Melayu sejak zaman datok nenek moyang kita lagi. Ini tulisan yang digunakan di dalam Al-Quran, tetapi Al-Quran ditulis di dalam Bahasa Arab maka dikenali sebagai tulisan Arab.

Tidak perlu akademik sangat untuk membicarakan tulisan jawi atau Arab ini. Bila tulisan ini dieja dengan bahasa Melayu, jadilah dia tulisan jawi. Jika dieja dengan bahasa Arab, jadilah dia bahasa Arab. Di negara-negara Arab, mereka menggunakan tulisan ini tetapi dieja dengan bahasa mereka.

Tulisan seperti ini juga turut digunakan oleh orang-orang Yahudi atau orang-orang bukan Islam di banyak negara di Asia Barat. Tidak sedikit pun mereka bimbang tentang akidah atau kepercayaan mereka.

Di negara kita, sejarah buruk tulisan ini muncul pada sekitar tahun 1966, apabila Khir Johari dari Umno yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran telah menghapuskan tulisan tersebut sebagai bahasa penghantar kepada tulisan Rumi. Semenjak itu, generasi yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah semakin kurang berkemahiran di dalam menulis dan membaca tulisan jawi. Akhbar popular orang-orang Melayu, Utusan Melayu yang sejak sekian lama menggunakan tulisan jawi akhirnya turut mendapat tempias di mana akhbar ini terkubur dan tiada lagi akhbar tulisan jawi di negara kita. Itu jasa besar pemimpin Umno.

Apabila kerajaan PH mengambil alih Putrajaya, kita cuba untuk mengangkat semula tulisan ini bukan sebagai bahasa penghantar, tetapi hanya sebagai salah satu subjek yang patut dipelajari semula dengan lebih serius di kalangan pelajar. Di sinilah pendekatan perlu bijak dan berhemah kerana masyarakat di dalam negara kita tidak sama seperti di era tahun 50-60-an. Posisi kaum turut berubah begitu ketara. Niat yang baik tidak berguna jika pendekatannya tidak baik.

Di era kerajaan yang baru memerintah menuju dua tahun, pendekatan baru berkenaan tulisan jawi ini perlulah lebih cermat dan berhati-hati kerana di luar sana parti musuh yang dulunya bertanggungjawab menghapuskan tulisan jawi bahkan terkenal dengan kerajaan kleptokrasi, kini menunggu masa untuk menyalakan api perkauman dan agama. Apatah lagi mereka dibantu oleh sebuah parti yang menunggang agama. Isu tulisan jawi dikaitkan dengan isu agama. Dap dipersalahkan, tetapi MCA yang begitu lantang menentang tulisan ini mereka tidak nampak. MCA bukan sahaja menentang tulisan jawi, bahkan hukum hudud sejak dahulu lagi mereka tentang. Bagi parti lebai, tiada masalah asalkan bukan Dap.

Hanya pemimpin yang bijak dan mempunyai kekuatan politik serta keikhlasan saja akan dapat menyelesaikan kemelut ini. Kemelut ini tidak boleh selesai hanya kerana memecat seorang Menteri. Pemimpin yang rakyat tunggu adalah Anwar Ibrahim. Itulah sosok tubuh yang akan menggembirakan semua kaum di negara ini. Itulah juga musuh utama Pembangkang kerana sosok tubuh ini adalah pengancam kepada cita-cita Pembangkang untuk mengambil alih semula kerajaan yang mereka pernah rompak hartanya dulu.

Kita doakan bersama agar Mei 2020 ini adalah saat terbaik untuk menyaksikan erti reformasi yang sebenar apabila Anwar akan ditabalkan menjadi PM ke 8. Sementara itu, biarkan dulu Tun M berbuat apa saja yang beliau suka termasuk melantik dirinya memangku jawatan Menteri Pendidikan setelah mencampak tokoh muda yang mula mahu melakukan reformasi di dalam pendidikan.

2 ulasan:

  1. CT KASIM KATA TULISAN JAWI KUNO
    TULISAN UNTUK ORANG TAK SEKOLAH
    CT KASSIM G25 SIS KAN ATOK PUNYO
    BAHANA ACAH2 POWER TAPI HARAMJADAH


    KIKIKIIKI..

    FORMULAACAHPOWER = HAAH TEPUKKK.

    BalasPadam
  2. Bila kuasa dah hilang,baru sedar akan kesilapan masa silam.Kesannya dideritai rakyat jelata.Tapi yg sedang berkuasa jgn pula dok lupa diri, jgn dok ingat dunia ana yang punya...

    BalasPadam