Sabtu, 8 Februari 2020

SUA PAS, TAKIYUDDIN MAHU KELENTONG SIAPA ?

Dalam kenyataan terbaru SUA Pas, Takiyuddin Hassan di dalam menjawab kenyataan SUA Keadilan, Saifudin Nasution yang menyindir Pas kerana menyokong Tun M, Takiyuddin menyatakan bahawa Pas sebenarnya menyokong Tun M sebelum PRU 14 lagi, katanya.

Mahu kelentong siapa Takiyuddin? Mungkin walaun yang 'wala' bodoh bolehlah terpedaya dengan kamu, tetapi tidak semuanya bodoh untuk menerima apa yang kamu kata kerana fakta dan bukti kukuh jelas menunjukkan bahawa Pas sejak sebelum PRU14 lagi begitu kuat menghentam Tun M, lebih2 lagi apabila PH mengumumkan Tun M sebagai PM sekiranya PH membentuk kerajaan.

Hadi Awang pada kenyataan akhbar Berita Harian bertarikh 06 Mei 2018 sebelum PRU14, menyatakan negara di dalam bahaya sekiranya PH menang dan Tun M menjadi PM. Rujuk di sini
https://www.bharian.com.my/…/kemenangan-tun-m-bahayakan-neg… . Hadi pernah berkata, Tun M hanya layak jadi doktor klinik 1 Malaysia, dia terlalu tua untuk bertanding pilihanraya. Kenyataan Hadi ini adalah pada bulan April 2018, sebelum PRU 14 lagi. Rujuk di sini https://www.youtube.com/watch?v=xWoztisJX1k . Disiarkan juga kenyataan Presiden Pas yang menghina Tun M itu di sini
https://www.malaysiakini.com/news/420090 . Sebenarnya banyak lagi bukti menunjukkan Pas konsisten menolak Tun M sebelum PRU 14 lagi. Takiyuddin mahu kelentong siapa?

Kalau kita bijak, masuk akalkah Pas menyokong Tun M sebelum PRU14 yang lalu tetapi Pas sanggup jadi pengacau kononnya mahu jadi "King Maker" di dalam PRU14 tersebut? Pas sedar waktu itu, peluang untuk PH menang agak sukar jika Pas berjaya pecahkan undi dan secara tidak langsung Umno/Bn mempunyai harapan untuk menang dan terus memerintah negara. Itu kepala otak Hadi fikir sedangkan Allah berkuasa menjadikan sesuatu di luar kepala otak manusia. Bahkan, setelah Tun M menjadi PM, Pas konon-kononnya menyokong Tun M apabila dapat royalti minyak tetapi setiap kali PRK diadakan Pas turun bantu Umno/Bn dan sanggup jadi barua tukang pacak bendera dacing baghdad itu. Sokong Tun M kah itu? Di Tg Piai, Pas paling seronok apabila parti Tun M iaitu Bersatu tewas kepada calon MCA yang mewakili Bn kerana Pas secara terus terang menyokong Bn.

Sudah2 lah lebai Pas buat kerja membohongi rakyat. Janganlah jual agama demi untuk kepentingan parti. Sekarang ini, bersembur air liur lebai Pas memuji Tun M, maklumlah Kelantan dapat "One Off" RM 400 juta baru2 ini. Dapat juga berbelanja beli 14 buah Mercedes untuk Exco2 mereka dan RM 50k untuk setiap Exco 'duit bonus". Mereka lupa bertahun2 kerajaan negeri Kelantan minta duit dengan kerajaan Pusat hanya untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Tidak malukah, lebai?

Hakikatnya, sekarang ini Pas berpura2 sokong Tun M adalah kerana bimbang kalau Anwar jadi PM pada bulan Mei ini nanti. Anwar memang seteru lama Hadi Awang. Semua tahu.

6 ulasan:

  1. Itu lah politik . Yg ko gelisah ni kenapa . Anwar ke . Terima lah hakikat yg pkr sekali presdin dan anak buah dh kena main dengan madet lagi . Kali ni lebih sadis dan menyayat hati . Usaha lah sesuatu Din mujur2 ada jalan untuk boss ko yg kena game tu bangkit semula dari jd Pm tepi . Itu lah bahana pèrcaya dgn madet yg mmg tk boleh percaya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngok betullah kau ni.. cerita game2 tun m.. buatlah kiraan MP2.. anuar awal2 dah pegang MP2 ni yg pro pada dia. Nak menulis biarlah ikut fakta..jgn komen tgk mula depan.. fakta dia di dalam..

      Padam
    2. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
      senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

      Padam
  2. Contoh akhlak yg buruk bagi yg mencanangkn mmperjuangkn Islam...
    Islam tu trtegak antaranya kerana akhlak Islam yg ada pd diri. Mcmana bukan Islam nak yakin dgn Islam kalau cakap lain buat lain..
    Jgn jual nama Islam kalau perjuang akhlak Islam dlm diri masih jauh....

    BalasPadam
  3. As reported by Stanford Medical, It's really the ONLY reason women in this country live 10 years more and weigh an average of 19 KG less than us.

    (And actually, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and really, EVERYTHING about "HOW" they are eating.)

    P.S, What I said is "HOW", and not "what"...

    Click this link to discover if this easy questionnaire can help you discover your real weight loss potential

    BalasPadam