Selasa, 3 Mac 2020

SEJARAH TERCIPTA - PEMBANGKANG YANG MENDAPAT MAJORITI SOKONGAN RAKYAT

Kerajaan PH yang telah mendapat sokongan majoriti rakyat di dalam PRU14 yang lalu masih wujud, tidak perlu bimbang.

Cuma, kerajaan ini telah dirampas secara tidak demokrasi di mana sebilangan MP yang khianat juga minoriti jumlahnya telah mengambil alih kerajaan pilihan rakyat ini.

Alhamdulillah, sebagaimana awal-awal kerajaan PH memasuki Putrajaya, berlangsung dengan aman, waktu kerajaan yang telah dianiayai ini keluar pun berlangsung dengan aman.

Yakinlah, tidak lama kerajaan yang dibentuk seperti ini. Ibarat kita bermain bola, pihak lawan sebenarnya banyak jaringkan gol, namun pasukan kita tetap dikira pemenang. Kita seronok kah?

Bersabarlah, sebagaimana Anwar dan Kak Wan bersabar. Allah tahu pihak mana yang benar, InsyaAllah, Allah akan bantu. Mereka sendiri pun tidak nampak begitu seronok merayakan kejayaan mereka merampas kerajaan secara sebegini sebagaimana kita begitu seronok merayakan kemenangan kita pada Mei 2018. Mereka tidak boleh berpura-pura.

Alhamdulillah, hikmahnya sedikit demi sedikit parasit di dalam parti kita jelas kelihatan dan dapat kita buang lebih awal. Bila diuji begini, baru kita tahu siapa sebenarnya yang ikhlas berjuang dan siapa pengkhianat.

Mungkin Allah mahu bersihkan setiap dari parti kita sebelum kita kembali semula menjadi satu kerajaan yang lebih baik dari sebelum ini.

Di hadapan kita sekarang adalah kerajaan yang kita kenali satu persatu integriti mereka. Hanya PH sahaja yang terus menjadi harapan rakyat dan kita perlu kembali kepada rakyat.

Bersyukurlah, kita jatuh bukan kerana ditolak oleh rakyat tetapi kerana pengkhianatan dari gerombolan yang rakus kuasa serta dibantu oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Terima kasih semua pimpinan PH yang tidak tidur siang malam untuk berusaha mempertahankan kerajaan pilihan rakyat ini.

10 ulasan:

  1. Takda la mcm tu sdr.. ph pun cuma dapat kurang lebih 45% pengundi je.. ertinya bukan majoriti pengundi cuma lebih byk kerusi parlimen tu betul la.

    Dan kes tumbang tak sampai separoh penggal nih pun bukanya salah pehak parti2 lawan (bn, pas dsb) akan tetapi salah sendiri jugak.. terutama pkr yg sentiasa bercakaran sesama sendiri.
    Yg baru bila rasa glemer sikit dah tak hormat pd yg lama dan lain2 hal.
    Serta yg dsai tu yg kalut sgt nak jadi pm pun satu hal, sabor le.. buat dont know je apa salahnya?
    Saya agak la.. geng2 wannabe dlm pkr lah yg antaranya yg menambah kusut keadaan, akui lah benda tu wujud..
    Dan dsai tu yg katanya kenal ramai lebai2 tersohor didunia nih.. tak ke ada pernah dirinya nak bertanya apakah hukumnya bagi sesaorang yg terlampau berkehendak pada sesuatu jawatan?
    Tengik hadis nabi kata mcm mana.. kemudian cerminkan pada diri sendiri.

    Peace.
    (Bekas pemimpin pkn peringkat negeri)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puncanya PKR berbalah kenapa... kerana ada pengkhianat dari team semburit yg nak kuasa.... dan sokongan dari BN dan PAS yg lapar kuasa... maklumanlah dua2 ada kes...

      Padam
    2. Parti pkr dapat undi terbanyak pru 14. Jadi salahkah anwar bercita nak jd pm. Yang parti dapat undi paling sikit naik jadi pm tak gila kuasa ka? Bukan sekali, dua kali berturut2. Yang semburit tak sabar2 nak jadi pm, tak gila kuasa ka? Adakah awak tu pilihan rakyat? Sekurang2nya anwar diantara pilihan majoriti rakyat. Yang Atok tua terkutuk tak mau lepas jawatan pm pada umur 95 tak gila kuasa ka? Yang ketuanan Melayu dok idam rampas kuasa tak gila kuasa ka? Jadi siapa yg gila kuasa??!!! Ada otak ka?

      Padam
    3. Ape yg Anwar & PKR pinta hanyelh mlangsaikan apa yg tlh djanjikn dlm manifesto. APAKH NK TUNAIKN MANIFESTO JD SATU KESALAHAN? ...

      Padam
  2. Anwar gila nak jadi PM..." kata Mahathir dalam sidang media yang disiarkan live melalui FB Parti Amanah Negara. Minggu Video ink akan disebarkan...

    Apa kata geng PH dan PKR?
    Tak nak baling botol ker baling telor lagi baguih..!!

    Haahh Tepokkk pop corn tambah lagi..!!

    Angkara merebut jawatan perdana menteri. Strategi Tun Dr Mahathir Mohamad seperti jatuh ditimpa tangga.
    Pelan awal sekadar mahu mematikan langkah pesaing tradisi, sebaliknya tersilap langkah apabila kapal sendiri ditembuk. Akhirnya ter'checkmate' bontot sendiri maka bahtera PH karam lahh..!!

    Detik-detik akhir Dr Mahathir cukup berliku. Tindak tanduknya minggu lepas banyak mencacat gelarannya sebagai negarawan. U-turn berkali-kali. Begitu juga Anwar Ibrahim dan PH buat pusingan 360 darjah.

    ‘Corner baring’ membuatkan PH terkulai di pintu Istana Negara. Ramai yakin episod politik tidak mati di situ. Gelombang PN seperti sukar dihentikan.

    Hiba menyaksikan detik-detik akhir kerajaan PH Perak. Seorang Exco yang mewakili PAN dikatakan menangis.

    Tak ada lagi yang orang Melayu lebih suka lebih daripada kemenangan kuasa Melayu dan islam ni. Boleh lihat segala komen dan pujian orang-orang Melayu kat media sosial. Semuanya dah tak mampu nak sorokkan lagi rasa gembira mereka.

    BUY MUSLIM FIRST #BMF

    Ini juga satu kemenangan kepada pergerakan BMF. Selain dari usaha mereka mahu berkuasa dalam bidang ekonomi, sekarang mereka dah dapat satu lagi hadiah besar.

    Kuasa politik juga dah berada di tangan orang Melayu dan Islam. Padan muka orang Cina. Padan muka orang bukan Islam. Selama ini orang bukan Islam sentiasa menindas orang Melayu dan Islam.

    Dalam sektor pekerjaan orang Melayu Islam di anak tirikan. Dalam ekonomi produk orang melayu dan Islam juga diketepikan.

    Orang Melayu Islam tak ada pangkat dalam sektor kerja swasta. Produk orang Melayu dan islam tak ada tempat dalam senarai produk popular laku keras.

    Sekarang semua itu akan berubah. Ayohh jihad ekonomi Islam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lapar kuasa apanya ... dah janji dulu sebelum PRU lagi... apakah komen bangang ni...

      BMF konon.... Kelantan beli Merc pun dekat sykt Cina.... walauntut betul..

      Padam
    2. jihad ekonomi islam apa.sembang ja lebih.seluaq dalam hang pakai pon bukan islam yg buat.nk bangga apa dgn melayu-islam klu semua benda nk harap orang bagi.

      Padam
    3. Ya BMF. Buy Mercedes First. Itulah kepala hotak 'pemimpin' ketuanan Melayu. Nak beli merc pakai duit sendiri tak mampu. Tapi nafsu besar perompak jalanan. Jadi guna duit rakyat beli mercedes

      Padam
  3. If you're attempting to lose kilograms then you absolutely have to try this brand new personalized keto meal plan diet.

    To create this keto diet service, licensed nutritionists, fitness couches, and professional cooks have united to develop keto meal plans that are powerful, decent, cost-efficient, and delicious.

    From their first launch in January 2019, hundreds of clients have already completely transformed their body and health with the benefits a proper keto meal plan diet can provide.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones offered by the keto meal plan diet.

    BalasPadam