Ahad, 31 Mei 2020

PRK DUN CHINI - PAS TIDAK PERLU NASIHAT PH


Saya merujuk kepada kenyataan TMB Kelantan , Nik Amar yang sekarang ini sedang hangat diasak oleh rakyat Kelantan atas kegagalan kerajaan negeri Kelantan mengatasi masalah air, di mana beliau telah menasihati PH khususnya Keadilan agar tidak bertanding di PRK Dun Chini pada 04 Julai nanti.

Baru-baru ini SPR telah mengumumkan Kerusi Dun Chini kosong dan perlu diadakan PRK berikutan kematian penyandangnya Almarhum YB Abu Bakar pada 07 Mei baru-baru ini. Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar yang memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi, dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi. Kerusi itu mempunyai 20,990 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis.

PRK kali ini turut menyaksikan sekali lagi Pas tidak bertanding sama seperti di dalam beberapa PRK sebelum ini dan hanya sanggup 'berjihad' menjadi tukang pacak bendera 'dacing baghdad' saja sekiranya berlaku pertandingan di Chini. Pas merasakan jika tiada pertandingan, maka Pas tidak perlu bersusah payah "berjihad". Oleh itu, Pas mahu agar PH tidak perlu bertanding di Chini.

Pas membawa dalil bahawa Chini kubu kuat Umno/Bn sejak dahulu, meskipun Keadilan pernah menang sekali di situ pada tahun 1999 dengan majoriti terlalu tipis. Atas hujah tersebut dan adanya PKP sekarang ini, Pas merasakan peluang PH untuk menang di situ memang tiada. Itu yang dinyatakan oleh Nik Amar. Manakala, Pesuruhjaya Pas Pahang, YB Us Rosli Abdul Jabar pula tanpa rasa segan silu menyatakan Pas akan turun menggerakkan jentera untuk membantu memenangkan Umno/Bn. Mungkin Malaikat di langit akan bertakbir sekali lagi apabila mendengar parti yang kononnya membawa dasar Islam ini akan membantu parti Zahid Hamidi dan Penasihatnya Najib yang terkenal di seluruh dunia sebagai 'bapa kleptokrasi".

Tidak pelik sekiranya Pas sanggup tidak bertanding di Kerusi tradisinya di situ kerana Pas kini berada di "dua alam", iaitu bersama Muafakat Nasional (MN) dan Pakatan Nasional (PN). Jantina "dua alam" ini dikenali sebagai "khunsa". Kebanyakan binatang yang hidup di dua alam haram dimakan. Kita pun tahu, di akhir zaman akan ramai golongan ulamak yang suka mengampu pemerintah dan mempertahankan pelaku rasuah atau penyelewengan demi kedudukan dan perut masing-masing.

Keadilan akan memutuskan samada kami perlu bertanding atau tidak di dalam masa terdekat ini. Secara peribadi, saya merasakan Keadilan wajar bertanding di Chini untuk memberikan alternatif kepada para pengundi di Chini yang tidak mahu menyokong parti yang dikenali sebagai kleptokrasi itu dan parti yang mengkhianati mandat rakyat di Persekutuan. Paling tidak, biar mereka tahu bahawa tidak semua masyarakat felda Chini boleh terima parti yang membelakangkan mandat rakyat. Keadilan hanya perlu menyasarkan undi yang meningkat dari PRU14 yang lalu.

Khabarnya, calon Umno yang diwar-warkan akan bertanding di Chini adalah adik Najib. Saya harap biarlah menjadi kenyataan. Namun, khabar dari akar umbi di Chini pula majoriti menolak beliau kerana mereka mahukan anak tempatan di kalangan warga felda di Chini untuk mewakili mereka. Kini katanya lebih dari 5 orang sedang berebut untuk menjadi calon di Kerusi yang mereka yakin boleh menang mudah itu.

Keadilan tidak perlu ambil peduli tentang perebutan di kalangan mereka. Keadilan wajar mengetengahkan calon berkaliber dan berpengaruh dari kalangan anak tempatan untuk memberikan saingan kepada calon Umno/Bn. PKP sememangnya satu masalah besar buat jentera Keadilan nanti. PKP tidak memberi masalah besar kepada Umno/Bn kerana mereka ada jentera kerajaan seperti saluran media milik mereka yang pastinya akan mereka gunakan untuk berkempen.

Sekiranya Keadilan mempunyai tokoh dari anak tempatan di Chini, maka wajiblah Keadilan bertanding. Sekiranya tiada tokoh yang bersesuaian, Keadilan harus membuka ruang kepada rakan-rakan di dalam PH untuk bertanding di situ. Apa yang wajib kita lakukan adalah "jangan izinkan Umno/Bn menang percuma"

2 ulasan:

  1. Nik amar dulu buke maing hebak kutuk umno. Lo ni siak puji siak tulong kempen. Tale duo muko. Aku x fahe makno munafik. Tlg jelas ke.

    BalasPadam