Khamis, 18 Jun 2020

PM 9 - BELAJARLAH DARI PENGALAMAN DAN KESILAPAN LALU

Dikatakan, kalau Anwar jadi calon PM beliau tidak dpt jumlah sokongan kerana Warisan dan Bersatu Tun M tidak akan menyokongnya.
Habis tu, kalau letak Tun M jadi calon PM adakah beliau dapat jumlah sokongan jika Keadilan tidak menyokongnya?

Maksudnya, dua2 tak dapat sokongan. Maka, PH Plus perlu satukan kesemuanya dan angkat seorang calon PM yang mesti disokong oleh semua. Isunya, siapa patut mengalah kali ini di antara Tun M dan Anwar?

Kaji balik, siapa paling banyak mengalah selama ini? Tun M atau Anwar? Di antara dua calon tersebut, siapakah yg telah berpeluang menjadi PM? Siapa yang pernah letak jawatan sebelum ini? Siapa yang ada parti dan siapa yang tidak berparti? Di antara keduanya, siapa yang mempunyai jumlah MP paling ramai di dalam PH ?

Maka, buatlah pilihan dengan betul dan tepat bukannya sekadar guna alasan kita perlu segera rampas kembali kerajaan ini. Benar, rakyat mahu kita segerakan pengambil alihan kerajaan bobrok ini, tetapi bukan bermakna kita tidak kisah siapa calon PM. Calon PM itu adalah asas penting kerana PM akan menentukan baik buruknya kerajaan yang diketuainya.

6 ulasan:

  1. Mana rakyat yg nk balik kat phancing ni , duduk depan cermin boleh tk , londeh semua and tengok kat mana busuk hancing ni.rasa2 kalu depan cermin habis satu badan hancing .ada mp hancing ,ada bloger pun hancing ...jd kerajaan dah pun hancing ..ayat apa lah nk kata kat kamu semua ni ..

    BalasPadam
  2. Hancing bukan sifat..cuci sental betul2 bersiah lah ia..tapi kalau pegkhianat, sampai mati orang kenang jadi sejarah. Ingat tak siapa si kitol, Mendeliar?

    BalasPadam
  3. Mahathir dan PM8 punca hancing tu. Wajib kena cuci bersih.

    BalasPadam
  4. Thank you for all of your work on this web page.

    ufa-bet

    BalasPadam