Rabu, 24 Jun 2020

TIDAK MUDAH UNTUK JADI TPM, TETAPI MENGAPA ANWAR TOLAK PELUANG INI?

Ingat senang ke nak jadi TPM, kedudukan no 2 tertinggi dlm negara? Mengapa Anwar tolak? Patutnya Anwar terima saja, bukan lama, 6 bulan saja lepas tu jadi PM. Mengapa Anwar tolak?

Anwar tahu, jawatan bukan segala2nya. Tidak guna jadi kerajaan kalau kita mempermainkan rakyat. Dah jadi PM, kita letak jawatan, kemudian kita mahu jadi PM kerajaan perpaduan, sanggup tinggalkan parti yg angkat kita. Bila gagal, kita mahu jadi PM semula atas parti kita. Mana prinsip kita?

Apakah kita semua sanggup terima orang seperti ini untuk jadi PM kita walaupun sesaat? Isunya bukan dapatkan mandat rakyat, tetapi kita telah bantu dia kembali untuk dapatkan mandatnya semula setelah dia cuba sabotaj kita.

Anwar tidak mahu terlibat dgn kerja tidak bermaruah seperti ini. Sebab itu, Anwar rela tolak jawatan TPM. Beliau tidak mahu jadi timbalan kepada orang yg telah menjual maruah sedemikian rupa.

2 ulasan:

  1. Atok licik main politik sampai mrk yg mengkagumi dia dah hampir anggap dia Tuhan politik. Tapi jangan lupa Tanjong Piai! Kuasa sebenar ditangan rakyat. Tanjong Piai buat Atok jatuh tersungkur sembah bumi. Ingat tu Tony Loke, khalid samad et al......The same thing can happen to u!!

    BalasPadam