Sabtu, 20 Jun 2020

TUN M BUKAN ORANG YANG BOLEH DIHARAPKAN UNTUK DAPATKAN MANDAT RAKYAT

Apabila saya mendengar beberapa klip audio yang diviralkan tentang pandan Tun M terhadap Anwar juga Dap, saya tidak percaya kesemuanya dlm audio ini, tetapi sukar nak tolak kesemuanya. Apa pun, hakikatnya kita dah pernah beri dia peluang jadi PM. Selepas dia meletakkan jawatan, dia mahu semula jawatan tu walaupun dia tiada parti. Orang yg bercakap seperti yg didedahkan di dlm rakaman audio ini, skrg mahu berjanji untuk jadi PM semula selama 6 bulan saja, kemudian mahu satu tahun ? Orang waras tidak akan percaya. Dia kata terimalah dia demi selamatkan mandat rakyat. Selamatkan mandat rakyat kah atau mandat Tun?

Oleh itu, tidak perlu kita di dlm PH ni bergaduh atau berpecah kerana orang tua ini. Jelas depan mata kita tingkah laku orang tua ini amat menyolok mata kita selama dia memimpin PH. Bahkan, ketika nyawa politik dia dihujung halkum sewaktu beliau hilang sokongan dari Muhyidin dan Bersatu, beliau masih bercadang untuk mengkhianati PH spabila mahu wujudkan kerajaan perpaduan. Beliau sangka cadangannya itu akan diterima oleh semua parti termasuk Umno dan Pas. Malangnya, bukan semua orang nyanyuk macam dia. Banyak janji dan tugas dia dalam kerajaan PH dulu yang masih belum terlaksana, dia sibuk mahu wujudkan kerajaan perpaduan, apa hal?

Tidak terbayang oleh fikiran kita, tergamak dia membuli pimpinan2 PH dengan meletakkan jawatan PM secara senyap2, hanya dia dan mungkin Tun Hasmah saja yang tahu. Angkara perbuatannya itu, gelabah puyuh semua menteri dan timbalan menteri balik ke pejabat masing2 untuk berkemas kerana kabinet terbubar dengan sendirinya bila dia umum letak jawatan. Tanpa bincang, tanpa runding dan tanpa guna otak.

Sebak tengok tiga pimpinan utama PH, Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu macam budak2 pejabat berdiri tercegat di luar rumahnya kerana menunggu untuk bertemu dengan beliau bagi menyelamatkan kerajaan PH yang ketika itu di hujung halkum juga. Ada beliau kisah kepada PH waktu itu?

Banyak mahu sembang pasal orang tua ini, cuma tidak larat mahu cerita. Apa yang penting, kita wajib bersyukur kerana akhirnya Keadilan dan Anwar "surrender", tidak mahu lagi percaya kepada spesis seperti ini. Jika ada seorang dua pimpinan PH yang masih yakin, negara ini tidak boleh sesiapa terajui kecuali orang tua ini, aku harap ijtihad dia betul. Aku pernah berijtihad salah apabila menyokong keputusan PH menerima Tun sebagai bakal PM sekiranya PH ke Putrajaya kerana aku yakin dia boleh jadi PM yang terbaik.

12 ulasan:

  1. Yg Anowar bodoh sangat caya kat MahaKUTTY apasal? Sekarang tanggung lar sendiri akibat kebodohan Anowar yg melampau

    BalasPadam
  2. Banyak masa terbuang dengan kerenah Mahathir. PH bukan barang mainan. Layan kehendak Mahathir bukan jalan terbaik.

    BalasPadam
  3. Slps bulan feb...ratib mandat1000x

    Giler sangat dgn mandat raykat...bubar jer parlimen!!!!

    Ko yg merancang, Allah swt tak sudi dgn perancangan ko....bermuhasabahlah!!!

    Usia dah lanjut...majoriti raykat dah tak sudi...berehat jer lah.

    Semoga mp2 pn dan ph tak payah layan sgt mangkuk tua tu. Biar dia ditekan dan tertekan melayan kehendak legasinya yg tamak haloba.

    Biar dia menyalak sampai kering tekak.
    Biar dia mereput sampai hujung nyawa.

    Jangan sesekali dilayan kehendak kuasa legasi mrk yg pernah mendominasi negara yg tercinta ini.
    Ramai dah kawan dan lawan dijadikan mangsa demi cita-citanya. Biar dia nyanyuk sehingga bumi menjemputnya.

    BalasPadam
  4. Aku dah nampak kebodohan kau orang sejak dulu lagi.

    Apa tak bodonnya, masa Tun M, jadi pemimpin BN, kau tuduh dia macam-macam, ketua pelingkup negara lah, mahafiraun lah, mengkayakan kroni lah dan macam-macam lagi.

    Bila dia berbalah dengan DS Najib disebabkan DS Najib menyekat peluang perniagaan (sebenarnya merompak harta kerajaan) kroni dan anak-anak. Kau ambik dia jadi pemimpin PH. Tak kah bahlol namanya tu.

    BalasPadam
  5. Takyah layan.
    Kalau tak dia, kita yang mental.

    BalasPadam
  6. Dengar suara rakyat sebenar. Bukan pendapat wakil rakyat semata2. Majoriti penyokong PH kata kpd Atok : Berambus!! Get lost!! U are not wanted anymore!! U have been a pain in the a**

    BalasPadam
  7. Elok kita berpegang pd prinsip. Atok dah tak ada parti. Parti yg dia tubuhkan juga menolaknya. Berapa kali PH nak kena kencing? Siapa yg merancang perhimpunan Melayu? Awas niat jahat atok ini. Anuar tak dpt jafi PM pun tak apa..asalkan jgn dikhianat oleh atok buat entah ke berapa kali lagi...

    BalasPadam

  8. This are new articles style for you. บ้านผลบอลสด You can find some new idea on this. บ้านผลบอลสด It might help you to write or think some new idea.
    บ้านผลบอลสด Thanks for sharing such a wonderful post.
    บ้านผลบอลสด I am very glad for reading my articles.

    BalasPadam

  9. This Is Really Useful And Nice Information. บ้านผลบอลสด
    This are such great articles. บ้านผลบอลสด This articles can help you to make some new ideas.
    บ้านผลบอลสด I appreciate for reading my blogs.

    BalasPadam
  10. Kita sudah berasa suspicios bila Atok begitu mudah setuju dgn deal drp DAP dan Amanah bahawa dia akan jadi PM utk tempoh 6 bulan sahaja. Itu bukan cara operasi Atok. Bagi orang lain, 6 bulan merupakan masa yg singkat. Tetapi bagi Atok bukan tempoh masa yg penting tetapi KUASA sbg PM!!! Dengan kuasa itu dia boleh robohkan PH sama sekali, once and for all. Matlamat final Atok tetap nak naikkan blue-eyed boy dia sisemburit sbg PM utk pastikan dia dan ahli keluarganya selamat drp didakwa pada masa depan. Betapa bodohnya Anthony loke dan khalid samad tak dapat baca lagi perancangan rapi Atok....how the 2 of u are so easily fooled dan kena makan dgn Atok, ish ish ish

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika Atok mungkir janji lagi lepas 6 bulan, aku cadangkan tony dan khalid bersara drp politik dan dap & amanah dibubarkan. Ok?

      Padam