Ahad, 26 Julai 2020

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MENGHARGAI KARTUNIS OTAI


Siapa tidak kenal kartunis terkenal Ujang? Jika tidak kenal, ertinya anda tidak pernah membaca komik kartun "Gila-Gila" atau komik "Ujang". Saya adalah peminat utama majalah 'Gila-Gila' dan juga "Ujang", bukan kerana dia anak Nogori sekampung dengan saya, tetapi dia adalah kartunis hebat.

Tidak boleh dinafikan Majalah "Gila-Gila' suatu ketika dahulu amat popular kerana adanya watak "Ujang" dan "Atok". Kartun beliau penuh homur dan kelakar di mana kebanyakan yang digambarkan di dalam kartunnya adalah peristiwa yang berlaku seharian di kampung-kampung. Beliau selitkan adegan-adegan lucu yang membuatkan kita pecah perut bila membacanya. Memang lawak.

Tahniah kerajaan Negeri Sembilan kerana sempat memandang kehidupan kartuis-kartunis otai ini. Ujang telah diberi penghargaan untuk melakarkan kartunnya di dinding dan tembok-tembok Terminal 1 Seremban. Lakaran 'mural' yang mempunyai maksud tersirat di sebalik kartun yang kelakar itu telah menarik perhatian orang ramai. Beginilah cara terbaik kerajaan Negeri Sembilan untuk memberi penghargaan kepada para seniman. Sebagai anak jati Negeri Sembilan, sudah pasti Ujang akan merasa dihargai bakatnya oleh kerajaan negeri.

Semoga kerajaan negeri akan terus mencari para seniman yang dipandang sepi atau terpinggir untuk memberikan khidmatnya kepada negeri adat perpatih ini. Tahniah MB Negeri Sembilan YAB Dato Aminuddin Harun. Tahniah semua Exco kerajaan negeri yang telah membangunkan negeriku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan