Ahad, 26 Julai 2020

WAJAH PIMPINAN MASA HADAPAN


Foto sebelah kiri tu baru dua hari lepas. Memang nampak berbeza dari foto sebelah kanan. Berbeza dari susuk tubuh, Rafizi agak berisi, Izzah nampak biasa tapi bertambah cantik dengan batiknya, dan KJ kelihatan lebih dewasa dengan janggut dan jambangnya.

Satu hari nanti wajah2 ini mungkin memimpin negara kita. Ketiga2nya tiada isu yang kontroversi dan raai peminat masing2. Rafizi Ramli , tidak perlu kita bicarakan lagi tentang semangat juangnya dibekalkan dengan kebijaksanaannya di dalam mengatur strategi politik. Bacaan politiknya jarang silap. Beliau bukan sahaja mahir di dalam strategi atau mengulas data di atas kertas atau tayangan skrin, malah beliau begitu praktikal dengan turun ke akar umbi bagi menentukan formula di atas kertas itu berjaya dilaksanakan. Kejayaan PH di dalam PRU14 yang lalu tidak keterlaluan jika kita katakan adalah hasil dari gerak kerja rafizi bersama Invoke nya. Invoke membentangkan data dan diikuti dengan praktikal di lapangan dengan jelajah Invoke ke seluruh negeri. Rafizi telah melunaskan tanggungjawabnya hingga PH berjaya membentuk kerajaan, malangnya kerajaan PH gagal dijaga dengan baik. Amaran Rafizi tentang pengkhianatan bakal berlaku waktu itu dipandang sepi oleh kita. Mungkin kita terhayal dengan keempukan kerusi di Putrajaya.

Izzah, jiwanya kental tidak ubah seperti ayahnya, Anwar Ibrahim. Berpegang kuat dengan prinsip malah pernah dikatakan bertegang urat dengan ayahnya bagi mempertahankan prinsipnya. Semangat juang ayahnya berada dijasad insan yang pernah ditabalkan sebagai Puteri Reformasi ini. Cuma, Izzah tiada sikap 'dewa' seperti ayahnya. Kurangnya beliau bercakap tentang urusan negara sewaktu PH memerintah mungkin kerana beliau tidak begitu senang dengan cara Mahathir mentadbir negara. Beliau seolah menyepi dan hanya melakukan tugasnya di Permatang Pauh. Mungkin apa yang beliau harapkan dari Mahathir bagi merealisasikan agenda reformasi tidak kesampaian.Kini, wanita muda ini sudah mula bergerak kerana era Mahathir telah berkubur.

KJ, bekas Ketua Pemuda Umno adalah satu2nya pemimpin dari Umno yang begitu lantang memperkatakan skandal 1MDB dan pernah menyarankan agar Najib mengaku sahaja tentang apa yang berlaku di dalam skandal terbesar di dunia itu.. Malangnya, KJ tidak diihat begitu kuat semangatnya kerana beliau hanya menyanggah Najib apabila Bn tumbang di dalam PRU14 yang lalu. Ertinya, beliau tidak cukup kuat untuk menyaingi kehebatan dua lagi rakannya itu. Namun, KJ masih dianggap yang baik di kalangan ramai yang tidak baik di dalam Umno.

Keadilan beruntung memiliki Rafizi dan Izzah. Semakin ramai yang memperkatakan tentang bila Rafizi akan menemani Izzah memasuki gelanggang politik yang semakin getir ini. Bagi mereka yang memahami, ketiadaan Rafizi dilapangan ada hikmahnya. Rafizi tinggalkan kepada pemimpin2 muda contoh bagaimana untuk bekerja bagi mencapai kemenangan. Air liur dan bercakap berapi2 di dalam konvensyen atau kongres atau di dalam forum2 juga mesyuarat tidak cukup untuk menyemai kemenangan. Buat analisa, atur strategi dan turun ke lapangan dan bentuk tenaga kerja di akar umbi. Apakah pemimpin muda tidak mampu lakukan?

Apakah kita masih mengharapkan Rafizi lagi untuk PRU15? Tidak cukupkah kita menumpang hasil peluh keringat beliau sebelum ini? Kita yakin Rafizi akan kembali tetapi jangan kita berpeluk tubuh menanti kehadirannya. Kita patut menyambung apa yang telah beliau lakukan.

2 ulasan:

  1. Rapiji banyak formula yerr...


    kikikkiki.. formula bodo bodo, waris foolmula pluralist pun ada

    BalasPadam
  2. Terbaik. Gandingan anak muda yang ada aspirasi demi agama, bangsa dan negara. Jauhkan diri daripada kleptomaniac...lawan tetap lawan.

    BalasPadam