Ahad, 6 September 2020

KEADILAN MILIKI RAMAI PEJUANG HEBAT YANG BAKAL MERAMPAS KEMBALI KUASA DARI PENGKHIANAT

 

Keadilan bukan sahaja kekal berprinsip, tetapi parti reformasi ini bertuah kerana memiliki ramai pendokongnya di kalangan rakyat marhaen dari berbagai kaum. Lebih membanggakan lagi Keadilan mempunyai ramai anak didik Anwar Ibrahim yang hebat dan memiliki aura tersendiri seperti Sdr Rafizi Ramli .

Keadilan juga ada tokoh hebat seperti Nurul Izzah dan Puan Hjh Fuziah Salleh yang terkenal berpegang dengan prinsip. Tidak pelik jika sewaktu PH menjadi kerajaan dan Mahathir menjadi PM, tokoh-tokoh seperti ini tidak digemari oleh orang yang anti reform seperti Mahathir. Apabila Mahathir gagal melaksanakan reform seperti yang dijanjikan, Nurul Izzah mula menjauhinya kerana putus harapan kepada beliau. Fuziah Salleh terpaksa bergelut bersendirian mempertahankan prinsipnya apabila sebagai seorang pejuang anti Lynas, tiba-tiba Mahathir merestui kilang Lynas ini terus beroperasi. Mahathir meletakkan MP Kuantan ini hanya sebagai Timbalan Menteri sedangkan 'wanita besi' ini pejuang paling lama dari Keadilan dan menjadi MP tiga penggal berturut-turut.

Saya melihat Rafizi paling kecewa kerana setelah bersusah payah beliau korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menaikkan PH sebagai kerajaan, apa yang beliau impikan untuk melihat Mahathir meneruskan agenda reformasi ternyata gagal. Mahathir ternyata menyusun agenda peribadinya yang utama iaitu memastikan Anwar tidak akan menggantikannya seperti yang dijanjikan. Mahathir mengutip semua musuh-musuh Anwar untuk memegang jawatan-jawatan penting. Azmin menjadi menteri kanan, tolak Fuziah sebagai menteri penuh dan angkat Zuraidah, orang yang diangkat sendiri oleh Fuziah di dalam politik untuk menjadi menteri penuh. Latheefa Koya, seorang lagi yang dikenali sebagai anti Anwar, diangkat untuk mengetuai SPRM. Akibatnya, Azmin dan Zuraidah sendiri mengkhianati Mahathir.

Tindakan Mahathir ini mungkin menjadi salah satu penyebab Rafizi mahu 'berehat' seketika. Biarkan Rafizi mengambil sedikit masa lagi untuk memujuk hatinya. Mahathir kini tiada di dalam kamus Keadilan. Kita boleh maafkan beliau sekali tetapi bukan berkali-kali.

Sesiapa yang masih percayakan orang tua ini, silakan. Keadilan bukan berlagak 'abang' di dalam PH, sebab itu Anwar tidak pernah melarang mana-mana pimpinan di dalam PH untuk meyakini Mahathir Anwar memahami bahawa seluruh ahli dan penyokong Keadilan tidak lagi boleh menerima Mahathir. Jika dahulu, Anwar berjaya memujuk ahli-ahli dan penyokong Keadilan untuk menerima Mahathir, tetapi apabila Mahathir ini jenis manusia tidak tahu berterima kasih, maka Anwar tiada upaya lagi untuk menyakinkan para penyokongnya.

"Kerehatan' Rafizi seketika memberi ruang kepada tokoh muda seperti Akmal Nasir untuk meneruskan gerakan di akar umbi. Akmal semakin aktif bergerak termasuk di media sosial. Nurul Izzah pula telah mula melangkah melangkaui sempadan Permatang Pauh. Fuziah Salleh semakin aktif apatah lagi setelah dinobatkan sebagai Ketua Wanita Pusat. Program latihan di bawah Akademi Keadilan (ARK) yang diasaskannya semakin aktif menyusun aktiviti di seluruh negeri. Anak-anak buah Rafizi meneruskan kerja dengan inisiatif sendiri menyusun berbagai program latihan di bawah Selkom. Lebih banyak program sebegini lebih baik untuk memantapkan parti.

Jangan lupa, terdapat satu lagi pertubuhan yang semakin mendapat perhatian masyarakat. GERAK98 yang kini dipimpin oleh Sdr Ezam Mohd Noor adalah kesinambungan daripada Gerak yang diasaskan oleh Almarhum Us Fadzil Noor, Presiden Pas sewaktu di era reformasi. Ezam tampil melunaskan 'hutang'nya kepada Keadilan iaitu parti yang pernah ditinggalkan dahulu. Ijtihad beliau sewaktu meninggalkan Keadilan dahulu, tiada sesiapa boleh menghukumnya benar atau salah. Apabila beliau berada di pihak lawan kita suatu ketika dahulu, kita lawan Ezam. Apabila Ezam mahu bersama dengan kita untuk mengangkat Anwar sebagai PM, melawan pengkhianat dan si kitol, maka kita harus berlapang dada. Jika kita tidak mahu bergerak, jangan kita halang pihak lain yang mahu bergerak.

Tugas untuk menjatuhkan pengkhianat tidak cukup dengan parti sahaja yang berperanan. Gembelingkan tenaga dengan semua pihak yang sealiran dengan perjuangan kita Terimalah hakikat bahawa Rafizi punyai aura dan pengaruhnya yang tiada sesiapa pun boleh pertikaikan. Akmal, pengikut Rafizi juga seorang tokoh yang berwibawa dan berani. Nurul Izzah sudah tentunya mempunyai aura di kalangan anak-anak muda dan wanita kerana ketegasan dan keberaniannya yang diwarisi dari ayahnya. Fuziah Salleh, pejuang lama yang penuh berpengalaman dan begitu setia dengan 'bos'nya sewaktu senang dan susah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi seorang wanita. Ezam Mohd Noor, satu nama yang tidak dilupakan terutamanya oleh orang-orang lama dan otai reformasi, punyai sejarahnya tersendiri namun kekal menyanjung reformasi.

Ezam hadir ketika kita berada di dalam keadaan sukar, bukannya sewaktu kita sedang berkuasa. Beliau tampil disaat Anwar ditekan dan dikhianati, bukannya beliau tampil ketika Anwar dipuncak kuasa. Maka, berikan ruang untuk Ezam membuktikan bahawa suatu ketika dahulu beliau 'terkhilaf' memilih Umno, dan kini beliau mahu buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa reformasi itu hanya boleh dilaksanakan oleh pemegang kuncinya iaitu Anwar Ibrahim.

Kesemua mereka bakal kembali berganding bahu untuk menyelamatkan negara ini dari terus diperintah oleh pengkhianat. Bersyukurlah, disaat beberapa pemimpin mulai kabur mata dek jawatan dan pangkat, Keadilan masih ada pemimpin dan tokoh yang bermaruah.

"LAWAN TETAP LAWAN"

16 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ko patut tempah satu bot dgn ponorogo balik indon. Bloody indon

      Padam
  2. Tapi jgn buat kesilapan membela org mcm azmin dan zuraidah ( dan semua pengikut depa) dalam parti lagi pada masa kini dan akan datang! Azmin tu tak ada langsung ciri reformis dlm peribadi dia. smh

    BalasPadam
  3. Nak Jadi Ahli Parti Syed Sadiq7 September 2020 pada 1:16 PG

    Selamat berlawan tetap lawan, Tuan Wfauzdin NS. Dari tulisan tuan wf, nampak macam PKR akan pakai bendera sendiri pru nanti? Mungkin tuan maksudkan pkr telah jadi parti yang teramat gagah sekarang. Sebelum tu saya nak tanya, adakah pkr akan datang jmp Pejuang atau tun M sebelum pru 15? Mana tau kot2 dah kurang nombor sokongan(spt yang sering disebut dsai "i have the number"). Rakyat terkejut lihat berita yang berlaku di sabah hari ini apabila ketua kesayangan tuan wf yaitu anwar brahim, bertemu calon PM dari Tun(orang yang tuan wf marah sangat) iaitu dato shafie apdal. Sebelum ni, pkr kata nak bertanding sendiri di prn sabah!....tiba-tiba hari ni jumpa pula Warisan. Jangan marah ye.saya tanya saja. Nak tahu kerana tak tahu. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adab masuk rumah orang. Jumpa tuan rumah, minta apa yang patut. Pasal Atok...takyah cerita aaa. Jumpa PRU 15.

      Padam
  4. Semua ni demi rakyat ke.....maaf tanya.

    BalasPadam
  5. Kahkahkahkah..repobasi..tp tang hang balon madet tu aku suka ..aku pun meluat org tua tu ..tang lain yg hang cerita tu semua cerita lama lah ..pi mai pi mai tang tu juga ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Toksah la meluat sgt.kot nanti hang suka gila kt dia hahaha

      Padam
  6. YUP! RAMAI PEJUANG HEBAT PKR YG DI KENCING MAHAKUTTY.....INI BARULAH TAJUK YG OALING TEPAT!! wakakakakakaakakakakak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yg dok meroyan la ni bila PKR totally boikot Atok kerala? Kah kah kah

      Padam
    2. Boikot selepas bertalu talu Anowar dikencing Berak oleh MahaKUTTY 🤣🤣🤣🤣

      Padam
  7. Betul ke azmin ada akaun berjuta2 dollar di zurich? Termasuk anak2 dia?Baik sungguh papa ni. Tuduhan semasa dia MB Selangor. Hmmmmm.....

    BalasPadam
  8. Negara: Indonesia
    WhatsApp: +62 838-3669-4853
    Alamat: Surabaya
    email saya: nurbrayani750@gmail.com
    nama saya Nurbrayani, saya ingin bersaksi tentang pekerjaan ALLAH yang baik dalam hidup saya, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka mencari pinjaman di antara Anda? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak pemberi pinjaman palsu ada di internet, tetapi mereka sangat asli dalam pemberi pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari pemberi pinjaman 2 kredit yang curang, saya kehilangan banyak uang karena saya sedang mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan teman saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya kepada pemberi pinjaman pinjaman yang andal. Ny. Alicia Radu Saya mendapatkan pinjaman saya sebesar Rp350.000.000 dari Ny. Alicia Radu dengan sangat mudah dalam 24 jam yang saya lamar, jadi saya memutuskan untuk membagikan pekerjaan yang baik dari ALLAH melalui Bunda Alicia Radu dalam kehidupan keluarga saya.

    Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui email: (aliciaradu260@gmail.com)

    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (nurbrayani750@gmail.com)
    Nomor WhatsApp saya: +62 838-3669-4853
    jika Anda memerlukan informasi tentang bagaimana saya mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu

    BalasPadam
  9. Hati2 dgn ezam. Sy bkn org parti. Tapi pkr dekat di hati. Biarkan ezam bergerak sendiri. Jaga parti dari luar. Sehingga tiba masanya.

    BalasPadam
  10. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
    MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

    assalamualaikum wr, wb, saya IBU PUSPITA WATI saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya !!!

    SILAHKAN TLPN DI WHATSAPP AKI: 082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat.!!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    BalasPadam