Khamis, 10 September 2020

PENOLAKAN TERHADAP MAHATHIR BERSAMA PH AMAT KETARA

 


DARIPADA 4, 281 RESPONDEN, 97% MAHU AGAR PH MENERUSKAN PERJUANGAN MENENTANG PENGKHIANAT KERAJAAN PINTU BELAKANG TANPA TUN MAHATHIR

Saya telah mengemukakan kaji selidik/poll bertajuk " PAKATAN HARAPAN HARUS KE HADAPAN TANPA MAHATHIR". Bersetuju atau tidak? Kaji selidik ini bermula pada 01 Sept 2020 dan berakhir semalam 08/9/20. Saya telah memperolehi keputusan seperti berikut:

1. SOKONG PH TANPA MAHATHIR - 97.0%
2. SOKONG PH BERSAMA MAHATHIR - 2.9%


Keputusan melalui Poll atau kajiselidik melalui apa cara sekalipun sememangnya bukan keputusan yang muktamad, namun kajiselidik ini sudah memadai untuk memberi gambaran betapa Tun Mahathir bukan lagi tokoh yang popular malah dibenci ramai angkara kegagalan dan kecuaian serta kerjasamanya sehingga kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu ditumbangkan dengan mudah oleh para pengkhianat.

Dosa besar Mahathir adalah apabila beliau meletakkan jawatan disaat kerajaan PH masih lagi berupaya untuk menghalang rampasan kuasa tersebut. Alasannya iaitu beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada MP-MP dari partinya Bersatu serta segelintir dari kumpulan semburit menjadi penyebab beliau meletakkan jawatan amat tidak boleh diterima. Ini adalah kerana kerajaan PH bukan hanya bergantung dengan Bersatu mahupun segelintir dari puak yang diketuai oleh semburit.

Sewajarnya beliau mendapatkan pandangan atau nasihat daripada pimpinan PH terlebih dahulu sebelum menggunakan otaknya yang tidak lagi berfungsi ketika itu. Malangnya, beliau sememangnya mahu PH tumbang kerana beliau bercadang untuk menjadi PM kali ketiga di bawah kerajaan perpaduan kononnya. Jika beliau berjaya menubuhkan kerajaan perpaduan, maka beliau akan dapat menggagalkan usaha PH untuk mengangkat Anwar sebagai PM dan beliau akan menjadi PM sehingga nyawanya dicabut.

Wajib bagi PH menjauhi manusia ego, sombong dan busuk hati ini. Mana-mana pimpinan dari PH yang masih mahu melutut dan menyembah Mahathir, sudah pasti akan dihukum oleh rakyat. Jangan marah jika kamu juga akan diserang habis-habisan kerana menjadi perisai kepada manusia tidak sedar diri ini.

6 ulasan:

  1. Try la online utk AI for PM. Mesti 150% yg setuju. Kikiki

    BalasPadam
  2. Kalau antara 45% ke 50% masih ok lagi.. kalau 97%... rasa tengok gambar pun menyampah dah..

    BalasPadam
  3. Itu sebab aku dah kata dari dulu. Pemimpin PH, terutama pencacai madey (u know who u are!) perlu dengar suara pengundi PH. Jangan ingat hampa pandai tau semua. Pengundi yg akan pangkah. Jangan terkejut bila tiba2 hampa kalah teruk spt di tanjong piai dan slim!!! Madey saja yg tak tau malu dan tak mengaku penyokong PH dah REJECT dia. Madey boleh sama2 perkuatkan PH TAPI dia tak boleh nak jadi boss dan semua orang mesti ikut cakap dia lagi.

    BalasPadam
  4. Sebelum pru14 pun mcm ni la jgk,menang pru jd pm la pulak,ko kaji dan ramal kl banjir petang td lagi bagus, boleh selamatkan harta benda

    BalasPadam
  5. Baru skrg x percayakan atok,kenapa tidak sebelum pru14?,sebelum orang2 ph jugaklah duk maki hentam atok,mahazalim..mahafiraun,kronisme,nepotisme bagai..kalau tidak kerana atok ph boleh menang ke pru14,ingat org melayu nk sokong membuta tuli je,nk lantik pm sebelum atok dipanggil jadi pmً pun ph tiada calon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg baru pkr boikot Atok, belum dap dan amanah. Tengok apa dah jadi di Slim. Kuat sangat ka Atok? Klu dap dan amanah pun mejauhi Atok, akibat mampus la Atok. Klu tidak kerana pengundi ph boleh ka Atok menang? Tg piai slim??!!?

      Padam