Jumaat, 6 November 2020

KERAJAAN TANPA DAP, RUU 355 DAN HUDUD TERUS SEPI TANPA BERITA

 

Ini cerita lebai tahun 2018. Waktu tu, siang malam lebai maki kita dan tuduh kita tak sokong RUU 355 dan hudud. Lebai kata kita ikut Dap, tak sokong RUU 355. Sampai ada lebai yg nak jiratkan Wan Azizah kalau tak sokong RUU 355. Hadi diarak ke Parlimen beramai2 seperti pahlawan kononnya berjaya BACA USUL RUU 355. Lepas tu, Hadi sendiri minta tangguh untuk bahas. Pastu, tangguh lagi. Sampai Umno/Bn tumbang, RUU 355 terus dlm poket jubah Hadi.

Sebelum tu, penuh padang merbok lebai dan walaun berhimpun seolah2 serius sangat nak buat pindaan RUU 355. Kutip derma tin milo. Jual baju unggu. Stiker kereta pun laris. RUU 355 dan hudud nyawa kita, kata lebai. Walaun pun bertakbir sampai hilang suara. Pak Mat dari Kedah kayuh basikal ke Padang Merbok untuk sokong RUU 355. Jihad.

Akhirnya? Sekarang dah ada kuasa, Dap pun tiada dlm kerajaan. Menteri undang2 pulak puak lebai. Menteri agama pun golongan lebai. Yang duduk di Yadim tu pun hebat, serban besar. Tunggu apa lagi? Tukang potong tangan dah lama ada, kata Nik Amar. Apa alasan lagi?
Mesti alasan Covid kan? Haha....

Aku simpati dengan walaun yg wala' dgn pemimpin mereka yg jelas mmg menjual agama demi kepentingan diri. Mereka dah jadi menteri melalui kerja bersekongkol dgn pengkhianat. Nak laksanakan Islam macam mana dari hasil kerja khianat? Itu puncanya.

6 ulasan:

  1. Bawa ke parlimen...khadam2 dapigs dan melayu urban akan tolak ruu355.
    Belum lagi peguam2 melayu liberal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen Pas atau Umno ni? Kalau komen Pas boleh juga cuit-cuit sikit. Kalau komen Umno... takpa laa. Membaziq. Hipokrit.

      Padam
    2. Apabila manusia merasa diri tu mulia dan memandang manusia lain dengan hina..maka tunggulah Azab Allah kepada mereka..mereka merasa mereka beriman sedangkan merekalah sekufur2 manusia..

      Padam
    3. Takut nak bawa kerana takut kena tolak olh dap. Awal2 dh mengalah. Tp x takut pulak pd Allah kerna mungkir janji..

      Padam
  2. Terkenang zaman RU355. Babak RU355 tak kuat mana. Penat jer bentang kat Padang Merbok. Tangguh. Tunda. Tangguh.Tunda. Akhirnya BN tersungkur. Hadi tu pelawak. Najib pelawak. Tuan Speaker pelawak. Menteri Undang2 pelawak. Letih walauncai berarak, niat depa bukannya betul sangat. Hadi nak selamat Najib sebab babak Najib 1MDB dah jadi ghostbuster. Kasi hangat, kononnya Najib BN sokong RUU355. Wayang.

    BalasPadam
  3. Ada duit lebih kerajaan kelate beli Mercedes utk exco tmb dan MB. Tengah rakyat susah akibat covid parti angkut sampah ni umum naik elaun adun. Adoiii orang merentah dia nok merentah. Bila orang kata dia Tak panda merentah dia melenting. Masalahnya puak-puak Ni rasa puak dia Tak salah apa-apa sebab ahli syurga lah katakan.

    BalasPadam