Jumaat, 31 Januari 2020

MENGAPA HARUS BUANG 'SENJATA" UMNO DULU?

Kita tahu, salah satu senjata tajam yang menjadi kekuatan kerajaan Umno/Bn dahulu adalah JASA dan BTN (Biro Tata Negara). Mereka gunakan senjata ini sepenuhnya untuk memperkuatkan kerajaan mereka waktu itu berpuluh tahun sehinggalah akhirnya tumbang pada Mei 2018.

Kerajaan PH ambil alih, tetapi kerajaan yang cuba untuk menjadi 'kerajaan Malaikat" ini telah membuang 'senjata' tersebut. Kita ingatkan kerajaan baru ini ada senjata ampuh yang lain, malangnya kita tiada apa2 bahkan media kerajaan pun seperti tidak berfungsi. Sebab itu, tidak pelik jika banyak perkara baik yang telah kita lakukan tidak diketahui oleh rakyat. Tidak hairan jika isu perkauman dan agama menjadi senjata baru buat Pembangkang sekarang.

Saya merasakan kerajaan PH perlu guna semula senjata peninggalan kerajaan kleptokrasi terdahulu, tetapi kita gunakan dengan cara betul bukan dengan cara guna senjata untuk menfitnah, menzalimi atau meniupkan sentimen perkauman agama seperti yang mereka guna dahulu. Tidak perlu melalak, melolong dan menangis mendayu2 sambil nyayi lagu "Anak Kecil Main Api".

Kerajaan PH harus jadikan BTN sebagai tempat menyuntik semangat integrasi nasional, patriotik dan sayangkan negara Di dalam kursus di BTN, semua kaum dijemput bersama dan kerajaan boleh sampaikan dasar-dasar kerajaan yang sebenar di samping menjawab sebarang tohmahan dan fitnah dari Pembangkang. Konsep "Islam Rahmatan Lil Alamin" diterangkan dengan baik kepada semua peserta kursus di kalangan kakitangan kerajaan. Jangan gunakan BTN untuk menfitnah sesiapa termasuk Pembangkang. Kita perlu menjawab hujah2 Pembangkang yang jelas mengelirukan.

Peranan JASA juga penting untuk kerajaan mengukur sejauh mana rakyat di bawah memahami dan menerima dasar2 kerajaan, bukannya sebagai juru kempen atau spy politik. Kita perlu berbeza dengan kaedah kerajaan Umno/Bn.

Kalau dizaman kerajaan terdahulu, "pisau' atau senjata itu digunakan untuk membunuh orang, kita guna "pisau" dan senjata yang sama tetapi bukan untuk membunuh, kita gunakan untuk memotong sayur, potong daging di samping untuk pertahankan diri jika diserang musuh.

Tidak perlu menjadi "kerajaan Malaikat" , tetapi tidak menjadi "kerajaan Iblis" seperti mereka pun sudah cukup bersyukur.

WALAUN CALL AKU....

Tiba2 call aku, marah aku hina ulamak. Kemudian suruh aku terjemahkan bahasa melayu "Baca" kepada bahasa Arab. Kalau tak tahu, jangan tunjuk pandai nak lawan ulamak, kata walaun bodo ni. Dah la tu, bila aku minta perkenalkan nama, tak mahu kasi tau. Haha..

Aku jawab, samada kita tahu atau tidak bahasa Arab, memang haram dan berdosa besar kita menentang Ulamak. Ulamak itu pewaris Nabi. Bila aku tanya dia balik ciri2 ulamak sebagai pewaris Nabi itu apa dia, dia meroyan entah apa2. Haha..

Kalau setakat tahu bahasa Arab, Abu Jahal dan Abu Lahab lebih fasih berbahasa arab dari Hadi awang. YB Mazlee Malik pun fasih berbahasa Arab, ulamakkah dia? Mokhtar Senik tak pandai berbahasa Arab, adakah dia kapir?

Buang kredit je ko call aku setakat nak tunjuk kebodohan ko....ehehhh

Khamis, 30 Januari 2020

DEMONTRASI TIDAK MEMPENGARUHI TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN KEADILAN TERHADAP ZURAIDAH


Samada kumpulan pro Zuraidah atau Anti Zuraidah yang berhimpun hari ini tidak mengubah apa-apa atau boleh mempengaruhi keputusan lembaga disiplin parti. Itu yang ditegaskan oleh Anwar selaku Presiden Keadilan.

Biarkan lembaga disiplin tentukan, dan Zuraidah yang pernah berkata beliau bila2 masa bersedia untuk dipecat, hanya perlu menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya. Mungkin beliau menjawab dengan ayat yang sama, " Saya sedia dipecat bila2 masa". Itu hak Zuraidah.

Ada yang mengugut sekiranya Zuraidah dipecat, 10K ahli parti akan keluar parti. Ugutan yang melucukan itu juga tidak akan mempengaruhi lembaga disiplin. Jika benar Zuraidah ada 10K atau majoriti bersamanya, tidak perlu beliau cabut keluar sewaktu Kongres berlangsung baru2 ini di Melaka.

Pokoknya, adakah Zuraidah telah melanggar disiplin dan etika parti? Zuraidah kena menafikan tuduhan ini. Lembaga disiplin pula perlu menyiasat segala aduan dan bukti yg ada.

Selasa, 28 Januari 2020

MEMANDU MABUK BUKAN ISU KAUM

Apabila tular kisah seorang pemandu Cina yang mabuk telah terlanggar seorang lelaki Melayu, maka puak2 ekstremis pun mengambil kesempatan dengan memaki hamun kaum Cina.

Tabiat mabuk ini tidak khusus kpd kaum Cina atau India atau mana2 kaum tertentu sahaja. Siapa kata bangsa Melayu terpelihara dari tabiat mabuk arak? Siapa kata semua kaum Cina itu kaki botol? Kalau ada yang berfikiran begitu, itu tanda otaknya tidak berfungsi.

Ada Cina mabuk yang memukul isterinya, ada India mabuk yang mengganggu orang lain dan ada Melayu mabuk yang memperkosa anaknya sendiri. Apabila seseorang itu mempunyai tabiat mabuk arak, sudah pasti akan berlaku sesuatu yang tidak baik samada ke atas dirinya atau terhadap orang lain. Sebab itu, Islam mengharamkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan. Ramai Melayu Islam yang tidak endah larangan Allah ini.

Beberapa kejadian terpencil melibatkan kaum Cina, kita cepat2 melatah dan bermain dgn isu perkauman. Semua kaum Cina kita maki hamun. Adakah pembunuhan gadis Mongolia yang tengah mengandung, iaitu Altantuya telah dibunuh dengan kejam oleh dua anggota polis berbangsa Melayu, maka berhak kaum Melayu dimaki hamun dan dituduh sebagai bangsa pembunuh?

Tidak pernahkah kita dengar kisah seorang Cina membantu melayu yang kemalangan atau sakit? Tiadakah Melayu yang pernah membantu kaum Cina yang susah? Tidak kena pada diri kita atau anak atau keluarga kita yang berada dalam kesusahan atau kemalangan, tiba2 dibantu oleh kaum lain, waktu itu baru kita tahu nikmat Allah mencipta manusia itu di dalam berbagai kaum.

Justeru itu, jangan kita babitkan isu kaum di dalam perkara2 yang tidak baik. Baik atau buruk, bukan ditentukan oleh kaum. Jangan kerana politik, kita sanggup musnahkan perpaduan kaum yg terjalin puluhan tahun di negara ini.

BUKAN LAGI UMNO, BUKAN LAGI MCA, BUKAN LAGI TUN M, TETAPI DAP ADALAH BEBAN KEPADA NEGARA, KATA PARTI LEBAI


Tidak ramai yang lupa suatu ketika Hadi Awang begitu tegas mempertahankan Dap. Katanya, satu2nya parti yang begitu kuat menentang tindakan kerajaan persekutuan sewaktu mengistiharkan dharurat di Kelantan untuk merampas kuasa dari Pas, parti itu adalah Dap, kata Hadi. Pas tidak pernah lupa jasa orang, tambah Hadi lagi sewaktu berucap di kempen PRK Teluk Intan di mana calon Dap, Dyana Sofya bertanding mewakili PR pada tahun 2014.

Sebenarnya terlalu banyak "fatwa" Hadi yang menghalalkan Dap dan mengharamkan Umno serta MCA. Hadi mungkin telah lupa kerana usianya sekarang. Amanat Hadi di Banggol Peradong yang jelas serta nyata mengkapirkan Umno kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah serta Umno menyatakan "politik suku, agama suku". Amanat ini membawa kepada tragedi Memali sehingga berbelas orang Melayu Islam mati tanpa dimandi dan disolatkan. Kematian juga berlaku di kalangan anggota pasukan keselamatan waktu itu. Mereka yakin kematian mereka adalah "syahid". Sehingga sekarang Hadi tidak menarik balik amanatnya walaupun kini berada di dalam kelambu bersama Umno.

Apa yang Hadi tidak kata pada Tun M sejak dulu? Bahkan, menjelang PRU14, Hadi memperkekehkan Tun M bahawa Tun hanya layak jadi "doktor klinik 1Malaysia". Pas juga pernah sebut, kalau Tun M jadi PM semula, negara ini akan hancur binasa.

Semua itu berlaku sebelum "ikatan perkahwinan" dengan Umno terjadi. Selepas PRU14, Umno/Bn telah tercampak keluar dari Putrajaya dan Pas pula yang kononnya mahu menjadi "King Maker" tetapi bertukar menjadi "King Joker", tiada pilihan lain untuk meneruskan nyawa parti cap bulan itu. Parti yang sering menjual agama itu akhirnya melutut kepada Umno/Bn yang dicampak keluar oleh rakyat kerana kleptokrasinya. Tapi Pas dengan laju mengutip parti sejijik itu. Hanya anjing akan mencari bangkai.


Kerajaan PH jauh berbeza dari rejim Umno/Bn. PH tidak perlu tunggu pembangkang untuk betulkan kerajaan kami. Di kalangan kami, teguran, kritikan, hentaman datang bertubi2 apabila kerajaan kami melakukan sesuatu yang bertentangan dengan dasar dan prinsip reformasi, asas PH. Kami kritik banyak terhadap Tun M selaku PM, terhadap Azmin selaku Menteri, Gobind, Rina Harun, Zuraidah, Syed Sadiq, Mat Sabu, Dr Zul dan ramai lagi apabila mereka jelas berbuat sesuatu yang menyalahi prinsip atau dasar reform yang kami perjuangkan. Majlis Presiden PH turut kami kecam dan kritik. Keadilan, Dap, Amanah dan Bersatu tidak pernah lepas dari kritikan kami. Adakah bermakna kami telah bersama Umno dan Pas? Ohh..tidak, minta dijauhkan. Seburuk2 PH jika ada pun, buruk dan huduh lagi Umno dan Pas.

Hadi mula 'berfatwa' pelik2 terutamanya setelah dapat sebungkus nasi lemak di rumah Tun. Tiba2 perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar yang dibuat oleh PH itu tidak islamik, menurut Hadi. Hadi menyatakan sokongan kuatnya kepada Tun M untuk terus menjadi PM, walaupun dia tahu kalau Tun M jadi PM negara akan musnah seperti yang pernah diperkatakan oleh partinya. Tiba2 fatwa lebih baik minum kopi bersama kapir Dap berbanding minum arak bersama Melayu Umno itu, telah terbalik hukumnya. Tiba2 seketul daging babi di dalam kawah bersama daging lembu itu halal untuk dimakan.

Umno kini penyelamat ugama. MCA kini boleh diharap untuk menyokong hudud dan Tun M pula adalah mujaddid kerana telah memberi "ang pow" RM 400 juta kepada Serambi Mekah sehingga mampu mereka membeli 14 buah kereta Mercedes baru. Lihat, betapa habuan dunia boleh membeli otak2 beberapa ulamak dunia.

Tidak pelik kalau Tun M jumpa Hadi, maka Hadi sokong Tun M. Tidak hairan kalau Azmin pula bertemu beberapa MP dari Umno untuk menyokong Tun M agar terus menjadi PM dan melanggar perjanjiannya sebelum ini.

Bagi kami, tiada pilihan lain. Hanya ada dua parti terbesar yang menentukan kuasa di dalam negara ini iaitu PH dan Bn atau muafakat nasional. Jika itu saja pilihan yang ada, kami tetap bersama PH walaupun setiap hari kami "memukulnya". Kami yakin, PH akan betul2 berada di landasan yang tepat apabila Anwar diangkat sebagai PM ke 8 pada Mei 2020 nanti.

Bn dan Pas memang tidak suka kepada Dap kerana Dap telah membantu menguburkan Umno/Bn sehingga hilang kuasa di Putrajaya. Untuk memburukkan Dap, maka cara paling baik adalah membawa isu perkauman dan agama. Sehingga sekarang, tiada satu bukti pun yang boleh mereka tampilkan untuk menunjukkan Dap telah menghancurkan Islam melalui PH kecuali propaganda yang mereka reka sendiri.

MAJLIS PRESIDEN PH JANGAN TERPEDAYA DENGAN DAKYAH HADI YANG SONGSANG


Hadi kata, tukar PM tak mcm tukar pemandu bas. Dia kata perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dgn Anwar tu tak menepati Islam.

Apa yg menepati Islam kalau ikut Hadi punya hukum? Iaitu;

Menepati Islam adalah dgn menyokong Umno yg dipimpin oleh Najib kleptokrasi sbg Penasihat, Zahid yg ada byk kes seleweng di mahkamah tu sbg Presiden Umno dan mesti bersama MCA yg terang2 menolak hudud serta bantah tulisan jawi di sekolah. Menepati Islam ikut Hadi adalah beli kereta mercedes utk semua Exco dan MB dgn menggunakan duit rakyat yg kerajaan negeri berhutang dgn kerajaan Pusat.

Kalau Hadi hidup di zaman Nabi, tentu Hadi akan kata Nabi tidak ikut Islam kerana mematuhi perjanjian Hudaibiyah dgn orang kafir. Sedangkan perjanjian sesama Islam melibatkan Tun M dan Anwar pun hadi kata wajib dimungkiri kerana tidak ikut Islam, apatah lagi Nabi membuat perjanjian dgn orang kapir.

Begitulah apabila ugama itu dijual beli ikut kepala Hadi. Walaun yg lain akan terus wala' kerana mahu cepat masuk syurga tanpa gunakan otak dan ilmu yg Allah kurniakan. Tidak peliklah kalau Tun M bermesra dengan Hadi sekarang. Semoga Majlis Presiden PH tidak terikut dengan dakyah Hadi Awang.

UNDIAN DI MEDIA SOSIAL BANYAK MENUNJUKKAN KEINGINAN MEREKA TENTANG PERALIHAN KUASA



Di sini, adalah keputusan undian semasa yang berakhir jam 12.30 tengahari hari ini. Banyak pihak mengadakan 'Poll' bagi mengetahui sejauh mana peralihan kuasa ini menarik minat pengguna2 media sosial.

Keputusan pengundian di media sosial bukanlah penunjuk tepat, namun cukup untuk menyatakan isu yang dibawa di dalam pengundian tersebut mendapat perhatian mereka.

Isu peralihan kuasa bukan sahaja menarik minat media tempatan, bahkan media asing turut memperkatakannya. Media asing kebanyakannya profesional dan mereka tidak akan berminat dengan sesuatu yang remeh. Apabila mereka juga turut tertarik dengan isu peralihan kuasa, ertinya isu ini bukan remeh. Isu ini akan membuktikan samada Tun M boleh dipercayai atau tidak di dalam janjinya kepada PH.

Tun M akan dikenali sebagai negarawan ulung yang hebat dan memecah sejarah menjadi PM dua kali. Tun M.akan dikenang sebagai PM yang setia kepada rakan2 komponen yang mengangkatnya. Tun M akan diingat sebagai negarawan yang telah membuka pintu laluan reformasi untuk dilakukan oleh penggantinya, Anwar Ibrahim.

Itu yang kami harapkan dari Tun M. Jangan berlaku sebaliknya kerana kami tidak mahu berkelahi dengan orang yang sama sepanjang masa. Jika ada peluang untuk berbuat baik, mengapa perlu pilih permusuhan?

Isnin, 27 Januari 2020

LEBIH BANYAK KEBAIKAN KEKALKAN DISIPLIN PARTI DARIPADA BIARKAN PARTI MUSNAH OLEH PARASIT

Ada penganalisa politik meramalkan Anwar tidak akan berani memecat Zuraidah kerana bimbang kepada pergolakan dalaman parti lebih parah dan beliau tiada harapan untuk menjadi PM ke 8.

Mereka juga berpendapat, sekiranya Anwar memecat tokoh wanita yang bermulut lancang ini maka akan menyebabkan lebih ramai penyokong menteri ini akan keluar parti. Maka, dikatakan Anwar kini berada dalam dilema.

Saya berpendapat, Anwar samasekali tidak akan campurtangan di dalam menentukan samada wanita yang digelar 'mak.lampir' ini dipecat, digantung atau diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Parti. Buktinya, di dalam kes pemecatan KC Bera yang juga seorang Ahli MPP, Sdr Zakaria, Anwar sendiri mencadangkan di dalam Mesyuarat MPP bahawa Sdr Zakaria hanya perlu 'digantung' keahlian sahaja. Malangnya, ahli MPP yang lain banyak mencadangkan agar Sdr Zakaria dipecat kerana mereka berpendapat parti reformasi seperti Keadilan ini tidak harus memaafkan perbuatan rasuah. Akhirnya, Anwar terpaksa akur dengan keputusan MPP. Keputusan tersebut selari dengan cadangan Jawatankuasa Disiplin Parti.

Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak akan membuat keputusan bersendirian. Di dalam kes Zuraidah ini, samada Zuraidah dipecat atau tidak, bukannya ada kaitan dengan Anwar menjadi PM atau tidak. Apa guna Anwar menjadi PM sekiranya beliau meninggalkan parasit di dalam parti? Adakah sekiranya Anwar tidak menghukum Zuraidah maka Zuraidah beserta kumpulan penyokong semburit akan menyokong Anwar untuk menjadi PM ke 8? Mustahil dan tidak masuk akal bagi sesiapa yang mengenali Zuraidah dan "Si Kitol".

Sehubungan itu, adalah lebih baik Anwar kekalkan prinsipnya iaitu sesiapa pun yang telah dilaporkan ke Jawatankuasa Disiplin, biarlah jawatankuasa tersebut menyiasat dan menyerahkan cadangan mereka kepada MPP dan Biro Politik. Di peringkat ini nanti, keputusan MPP atau Biro Politik adalah keputusan berjemaah, bukannya keputusan Anwar seorang.

Sesiapa yang merasakan Anwar akan tunduk kepada sebarang ugutan hanya kerana mahu menjadi PM ke 8 walaupun itu memang hak beliau yang dijanjikan, mereka tersilap besar. Kita tidak boleh mempunyai PM yang mudah diugut. Bagi saya, parti harus bertindak tegas kepada mana-mana pemimpin atau ahli parti yang bukan sahaja biadab malah terus istiqomah dengan biadab dan kurang ajarnya.