Jumaat, 6 Mac 2020

"MAZHAB" DI DALAM PARTI BERSATU

Ramai teman2 kita di dalam PH marah2 bila PH masih bersama beberapa orang pimpinan Bersatu termasuk Pengerusinya, Tun M di dalam PH.

Status PH setakat ini, kita masih kekal dengan KEADILAN, Dap dan Amanah apabila Bersatu melalui Presidennya mengumumkan untuk keluar dari PH bagi membentuk kerajaan pintu belakang. Tetapi, Pengerusi Bersatu iaitu Tun M dan beberapa pimpinan yang lain masih menyokong PH. Ada yang kata, Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu kerana Tun M telah menghantar surat meletakkan jawatannya. Tetapi ramai yang lupa termasuk Presiden Bersatu sendiri bahawa perletakan jawatan Tun M itu telah ditolak melalui mesyuarat MPT Bersatu. Ertinya, Tun M masih kekal sebagai Pengerusi Bersatu.

Maka, PH yang terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah masih disokong oleh Bersatu yang pro Tun M. Sama juga seperti parti Warisan, meskipun Warisan bukan gabungan di dalam PH, tetapi Warisan adalah parti yang pro PH sebelum PRU14 yang lalu hingga sekarang.

Bersatu kini ada dua 'mazhab'. Satu, mazhab yang dipimpin oleh Tun M yang mengharamkan kerjasama dengan Umno sebuah parti yang dikenali sebagai parti kleptokrasi sebelum ini serta mahu berpegang kepada janji2 mereka kepada PH yang dimeterai sebelum PRU14 yang lalu. "Mazhab' ini juga telah berjaya mengekalkan kerajaan PH di Kedah sekarang ini.

Satu lagi "mazhab" adalah mazhab mengikut kepala Presiden mereka iaitu Muhyiddin. Mazhab ini berpendirian bahawa 'halal' mengengkari janji dengan PH dan halal untuk bekerjasama dengan Umno yang pernah menendang Muhyiddin dari parti itu apabila Muhyiddin mendedahkan skandal 1MDB. Bagi mazhab ini, demi untuk mengangkat Muhyiddin menjadi PM, maka boleh lakukan apa sahaja walaupun mengkhianati mandat rakyat. Aliran mazhab ini juga telah banyak membantu meruntuhkan beberapa kerajaan negeri di bawah PH sebelum ini dan yang paling besar 'dosa' dan khianatnya adalah mazhab ini telah meruntuhkan kerajaan persekutuan yang diberi mandat oleh rakyat di dalam PRU14 yang lalu.

Sehubungan itu, marilah kita meraikan rakan2 kita di dalam Bersatu yang cenderung kepada "mazhab' bersama Tun M. Jangan kita hukum mereka kerana tidak memilih untuk bersama pengkhianat.

UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN, HADI JANGAN KAITKAN AGONG

Parlimen adalah tempat di mana semua Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat di Parlimen masing-masing bersidang dan membahaskan sebarang usul atau Rang Undang-Undang atau apa jua yang melibatkan rakyat dan negara ini.

Sekiranya seseorang PM itu didapati oleh rakyat menjadi PM tanpa sokongan majoriiti Ahli-Ahli Parlimen yang mewakili rakyat, maka Parlimen adalah tempat rujukannya di mana Parlimen berhak menentukan samada seseorang PM itu mendapat sokongan majoriti ahli-Ahli Parlimen untuk melayakkannya menjadi seorang PM.

Hadi Awang tidak perlu kaitkan Tuanku di dalam isu ini hanya kerana ada cadangan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada PM kerajaan pintu belakang sekarang. Bukankah Umno dan Pas juga pernah pertikaikan perlantikan Peguam Negara? Bukankah Umno dan Pas pernah pertikaikan perlantikan seseorang Menteri? Bukankah perlantikan Peguam Negara dan seseorang menteri itu juga medapat perkenan Agong? Adakah boleh dikatakan waktu itu Umno dan Pas mahu melanggar kuasa Agong?

Kalau Umno dan Pas pernah pertikaikan perlantikan Peguam Negara oleh kerajaan PH sebelum ini dianggap bukan mempertikaikan kuasa Agong, mengapa di dalam isu PM sekarang mereka boleh kaitkan dengan Agong? Begitu bersungguh Hadi mempertahankan PM kerajaan pintu belakang ini. Inikah namanya parti Islam? Memalukan.

HADI JADI TPM ?



Bila disebut tentang jawatan TPM yg masih kosong di bawah kerajaan pintu belakang skrg ini, yg sering disebut oleh puak2 mereka adalah nama Zahid, Hishamuddin dan Azmin saja. Inilah nama2 yg sering terpapar di mana2 media pun.

Tiada siapa pun bertanya dan tiada siapa yg offer, tiba2 lebai Hadi kata, " Ana tak kisah kalau dilantik jadi TPM". Ditambah lagi dengan ayat minta kesihan, "Kalau tak pilih Ana pung takpe, Ana boleh ke laut semule....".

Nama Hadi hanya disebut oleh seorang budak Bersatu dan Armada di Kelantan dan Tganu. Partinya sendiri tak sebut untuk calonkan bekas MB Tganu sepenggal ni untuk jadi TPM. Kalau tanya aku, aku pun setuju Hadi jadi TPM kerana partinya ada 18 Kerusi berbanding Azmin. Isu dia boleh dan layak jadi TPM itu isu lain kerana kalau difikirkan kelayakan, kerajaan pintu belakang itu sendiri tidak layak jadi kerajaan kerana itu bukan kerajaan pilihan rakyat.

Begitulah nasib diri lebai bila berada di tengah2 gerombolan pengkhianat. Mana maruah kamu?

KENAPA SUKAR SANGAT WUJUDKAN KABINET WALAUPUN TANPA DAP?

Kami dulu ada Dap dlm gabungan kami, tapi tetap aman tenteram dan dpt wujudkan barisan kabinet dgn pantas.

Dalam parti 'Pengkhianat Negara" (PN), tiada Dap kononnya Dap tu komunis, kononnya PN tu kerajaan Melayu Islam, tapi sampai sekarang Kabinetnya hanya ada sekor PM. Sebab apa? Sebab masing2 berebut nak jadi menteri. Buat malu melayu dan Islam je. Pak lebai pun bukan main lagi, tersingkap jubah dan serban bila berdepan dgn jawatan.

Kerajaan tak berkat mmg Allah sempitkan jalan. Percayalah, kerajaan pengkhianat ini akan tunbang bila2 masa saja.

USAHA PUJUK AHLI2 KEADILAN KELUAR PARTI, TETAPI KETUA CABANG TIDAK BERANI KELUAR

Tersebar skrg surat tawaran keluar parti, disebarkan oleh kumpulan kartel yg semakin gelisah kerana semenjak pengkhianat si kitol azmin dan mak lampir dipecat, beberapa ekor saja yg ikut mereka keluar parti.

Aku nasihatkan kpd ahli2 Keadilan yg masih ada maruah diri, jangan termakan dgn umpan mereka. Percayalah, kerajaan pintu belakang skrg ini tidak akan lama. Anda akan menyesal nanti jika bertindak sebodoh itu. Jika mereka pujuk anda keluar parti, anda cabar ketua2 cabang yg kartel itu keluar dulu.

Jangan jadi bodoh, anda keluar tapi ketua2 cabang dan ajk2 cabang kartel masih bertenggek atas parti Keadilan. Jadilah seorang manusia yg berakal, jgn jadi robot kepada pemimpin kartel yg pengkhianat.

Selasa, 3 Mac 2020

MENIPU MANDAT PENGUNDI ITU BUKAN KHIANATKAH ?



Saya tidak pasti samada Muhyidin Yassin faham maksud 'pengkhianatan". Beliau berkata beliau bukan pengkhianat sebagaimana rakyat Malaysia dan seluruh dunia mengenalinya sekarang.

Apakah dengan memenangi pilihanraya di Parlimen Pagoh dengan menggunakan logo KEADILAN atas nama Pakatan Harapan, kemudian melompat keluar dari Pakatan Harapan untuk bersama musuh Pakatan Harapan itu bukan khianat?

Apakah setelah bersetuju dengan Pakatan Harapan di dalam manifesto PRU14 iaitu Tun M adalah PM 7, kemudiannya Anwar Ibrahim sebagai PM 8, tiba-tiba Muhyidin keluar dari Pakatan Harapan untuk bersama musuh PH bagi menjayakan cita-citanya sebagai PM 8 itu bukan khianat?

Pengundi-pengundi memilih Muhyidin sebagai Wakil Rakyat yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan yang menggunakan logo KEADILAN adalah kerana pengundi-pengundi yakin dengan Pakatan Harapan, tiba-tiba mandat rakyat ini dicuri dan dibawa lari oleh Muhyidin untuk kepentingannya bersama Pakatan Nasional iaitu musuh Pakatan Harapan, apakah tidak boleh digelar satu pengkhianatan kepada para pengundi?

Beliau tidak boleh bermain dengan kata-kata dengan memberikan seribu alasan untuk menghalalkan apa yang beliau lakukan. Alasannya untuk menstabilkan kerajaan amat melucukan kerana tiada kerajaan yang boleh stabil apabila kerajaan itu wujud hasil dari pengkhianatan kepada rakyat, bukannya pilihan rakyat. Rakyat pilih kamu atas nama Pakatan Harapan dan sekiranya di dalam PRU14 yang lalu kamu bertanding atas logo dacing baghdad, pasti kamu tewas dengan teruk.

Jelaslah, gelaran pengkhianat itu memang secucuk dan sinonim dengan apa yang telah kamu lakukan. Ingatlah, alangkah busuk dan malangnya jika gelaran itu kekal kamu bawa sampai ke penghujung nyawa.

RAMPAS KUASA, TIDAK MELALUI PILIHANRAYA, ITU KERJA FASIK DAN DILARANG ISLAM - TOK GURU NIK AZIZ

Sejarah kejatuhan kerajaan Perak yang dipimpin oleh Nizar Jamaludin (Pas) akibat 4 orang Adun dari PR waktu itu telah melompat menyokong Bn pada tahun 2009, sepatutnya memberi pengajaran kepada kita semua.

Demokrasi dihina sedemikian rupa dan rakyat diperbodohkan oleh golongan elit yang tiada peri kemanusiaan, tamak dan rakus. Lebih jijik lagi mereka ini menggunakan hujah perkauman atau agama untuk menghalalkan perbuatan fasik mereka.

Almarhum Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) sendiri mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mungkar tersebut. Saya masih ingat, sewaktu tragedi tersebut berlaku, pimpinan Pas memohon agar umat Islam berdoa dan mengadu kepada Allah agar tangan-tangan yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu dilaknat Allah dunia dan akhirat.

Hari ini, paling menyedihkan berlaku. Pimpinan-pimpinan dari parti yang sama yang masih hidup telah membenarkan tangan-tangan mereka untuk bersubahat bersama satu lagi parti yang dulunya dikenali sebagai kleptokrasi yang telah ditolak rakyat pada PRU14, untuk menjatuhkan kerajaan PH bagi menubuhkan kerajaan pintu belakang. Apakan mereka lupa asal usul parti mereka serta dasar parti mereka? Tidak ubah seperti parti orang Yahudi kelihatannya.

Pas tidak boleh menyatakan mereka tidak terlibat atau bersubahat melakukan rampasan ini. Pas bukan merompak, tetapi Pas telah bersubahat merayakan dan memakan bersama hasil rompakan itu. Apa lagi hujah dan dalil agama untuk Pas ambil bagi mempertahankan kerja terkutuk mereka? Tidak malukah mereka kepada rakyat jelata? Inikah gambaran politik Islam yang Pas mahu tunjukkan kepada orang-orang bukan Islam? Haji Hadi berjanji dengan Tun M akan tetap sokong Tun M sehingga PRU15, apakah Hadi telah mempersendakan janji-janji yang telah dibuat terhadap Tun M dan lebih parah lagi Hadi telah membawa partinya ke lembah kehinaan apabila bekerjasama mewujudkan kerajaan pintu belakang.

Pakatan Harapan tidak malu jatuh melalui cara jijik seperti ini. Kami malu dan paling takut jika kami jatuh ditolak oleh rakyat melalui pilihanraya. Percayalah, kerajaan seperti ini tidak akan berkat dan selamat. Kami di bawah akan terus berjuang agar kerja-kerja khianat dan mungkar ini akan dihentikan secepat mungkin. Kepada parti Pas, jika kamu masih ingat pesanan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, tidak terlambat untuk kamu menyucikan diri dan keluar dari tong najis itu segera.

HUKUM JATUHKAN KERAJAAN YANG SAH

Hari ini kalau tanya lebai, apa hukumnya menjatuhkan kerajaan yg sah dipilih oleh rakyat selagi kerajaan itu tidak menentang syiar Islam? Lebai akan jawab halal ke haram?

Lebai kata, bukan mereka yg jatuhkan kerajaan, tetapi pihak lain. Lebai cuma berada dlm kerajaan yg telah dijatuh saja, katanya.

Sama juga, bukan saya yg merompak bank. Orang lain yg merompak. Saya cuma ambil duit hasil rompakan tu je.

Pening....ehehh

TERIMA KASIH, MUHYIDIN


Tkasih Muhyidin. Tatkala parti kamu belum diluluskan, program ceramah kamu di Paya Besar, di kawasan kubu kuat Umno, kami telah menyediakan tapak ceramah di perkarangan pejabat Keadilan Paya Besar di Batu Sawar. Kami juga bekerja keras mempromosikan program kamu dgn beberapa hari membuat siaran raya dan mengawal keselamatan kamu. Kini kamu telah jadi PM. Patutnya kami paling berbangga, tetapi.....(tak sanggup mulut nak berkata benda2 yg keji kpd kamu) Biarlah Allah membalas apa yg kamu lakukan kpd rakyat. Hari ini kamu boleh tersenyum...

SEJARAH TERCIPTA - PEMBANGKANG YANG MENDAPAT MAJORITI SOKONGAN RAKYAT

Kerajaan PH yang telah mendapat sokongan majoriti rakyat di dalam PRU14 yang lalu masih wujud, tidak perlu bimbang.

Cuma, kerajaan ini telah dirampas secara tidak demokrasi di mana sebilangan MP yang khianat juga minoriti jumlahnya telah mengambil alih kerajaan pilihan rakyat ini.

Alhamdulillah, sebagaimana awal-awal kerajaan PH memasuki Putrajaya, berlangsung dengan aman, waktu kerajaan yang telah dianiayai ini keluar pun berlangsung dengan aman.

Yakinlah, tidak lama kerajaan yang dibentuk seperti ini. Ibarat kita bermain bola, pihak lawan sebenarnya banyak jaringkan gol, namun pasukan kita tetap dikira pemenang. Kita seronok kah?

Bersabarlah, sebagaimana Anwar dan Kak Wan bersabar. Allah tahu pihak mana yang benar, InsyaAllah, Allah akan bantu. Mereka sendiri pun tidak nampak begitu seronok merayakan kejayaan mereka merampas kerajaan secara sebegini sebagaimana kita begitu seronok merayakan kemenangan kita pada Mei 2018. Mereka tidak boleh berpura-pura.

Alhamdulillah, hikmahnya sedikit demi sedikit parasit di dalam parti kita jelas kelihatan dan dapat kita buang lebih awal. Bila diuji begini, baru kita tahu siapa sebenarnya yang ikhlas berjuang dan siapa pengkhianat.

Mungkin Allah mahu bersihkan setiap dari parti kita sebelum kita kembali semula menjadi satu kerajaan yang lebih baik dari sebelum ini.

Di hadapan kita sekarang adalah kerajaan yang kita kenali satu persatu integriti mereka. Hanya PH sahaja yang terus menjadi harapan rakyat dan kita perlu kembali kepada rakyat.

Bersyukurlah, kita jatuh bukan kerana ditolak oleh rakyat tetapi kerana pengkhianatan dari gerombolan yang rakus kuasa serta dibantu oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Terima kasih semua pimpinan PH yang tidak tidur siang malam untuk berusaha mempertahankan kerajaan pilihan rakyat ini.