Idea untuk menetapkan hanya 80 orang MP berada di dalam dewan Parlimen pada petang tadi sewaktu Pembentangan Bajet datangnya dari Takiyuddin, MP dari Pas merangkap Menteri Undang-Undang. Saya tidak faham bagaimana seorang Menteri mewakili parti yang kononnya membawa suara Islam boleh menyuarakan idea sebodoh itu.
Alhamdulillah, sebelum pembentangan Bajet bermula, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bangun untuk memohon kepada YDP Dewan agar membenarkan kesemua MP yang berada di luar dewan masuk untuk mendengar Pembentangan Bajet. Ini sesi yang penting di mana Bajet untuk negara dan rakyat dibentangkan maka wajarlah kesemua Wakil Rakyat dibenarkan masuk untuk mendengar dengan teliti sebelum dibahaskan.
Pada awalnya Speaker agak keberatan untuk meluluskan permohonan Ketua Pembangkang atas alasan ia telah diputuskan di dalam mesyuarat bersama Ketua-Ketua Whip. Takiyuddin pun turut bangun mempertahankan idea bengapnya itu. Namun, cadangan Dato Seri Anwar Ibrahim ini telah mendapat sokongan beberapa MP dari Umno seperti YB Noh Omar, YB Tajuddin, YB Shahidan Kassim, YB Bung Mokhtar dan beberapa yang lain termasuk tentuya dari MP mewakili PH.
Akhirnya, Speaker menerima cadangan Ketua Pembangkang sekaligus membakul sampahkan idea mengarut Takiyuddin itu. Maka, kesemua MP samada dari kerajaan pintu belakang mahu pun Pembangkang termasuk dari Bebas dibenarkan masuk dewan.
Tahniah, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mempamerkan kualiti seorang pemimpin yang telah membawa suara kesemua MP tidak kira apa parti sekalipun dan rakyat bawahan yang mahu agar institusi Parlimen benar-benar dimartabatkan bukan diperkudakan sesuka hati.