Selasa, 16 Jun 2009

16 SEPT DAN KERAJAAN PERPADUAN TERLALU JAUH BEZANYA

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA pihak yang tidak menggunakan otak apabila menyamakan objektif 16 Sept yang ingin dibawa oleh DS Anwar dengan idea Kerajaan Perpaduan yang kini masih hangat diperdebatkan. Secara ringkasnya, saya sambil melelap mata boleh mengetahui di mana beza kedua-dua isu tersebut, dan mungkin banyak lagi perbezaan yang boleh kita lihat jika kita gunakan otak untuk mencarinya.

Sasaran 16 Sept adalah pendekatan DS Anwar untuk mendapatkan sokongan MP-MP dari Umno/Bn secara terbuka iaitu mengistiharkan sokongan terhadap PR. Bukan bermatlamat DS Anwar bersekongkol dengan Umno/Bn atau berpakat bersama mereka, tetapi merekalah yang mesti masuk bersama PR. Pendekatan itu dibuat secara terbuka malah kerap diulang berkali-kali oleh DS Anwar sewaktu di dalam Parlimen dan juga di dalam ceramah-ceramahnya. DS Anwar juga sering berkata, beliau bukan bermusuh dengan ahli-ahli Umno di peringkat bawahan dan seringkali beliau mengajak agar ahli-ahli Umno/Bn kembali ke pangkal jalan samada untuk menyertai PKR, Pas atau DAP. Malangnya, rancangan 16 Sept gagal dari segi untuk melayakkan PR berkuasa di Pusat, tetapi banyak kejayaannya jika dilihat dari segi sokongan yang semakin bertambah di peringkat akar umbi. Mudah cakap, plan 16 Sept adalah plan yang dirancang secara terbuka malahan disokong sepenuhnya oleh pimpinan PR termasuk Pas sendiri yang juga mendapat faedah dari semakin ramai yang bersama Pas sekarang.

Manakala, Kerajaan Perpaduanpula adalah satu pendekatan juga tetapi tidak pernah dibincang terlebih dahulu sesama rakan di dalam PR, bahkan ditolak oleh Muktamar Pas sendiri sewaktu Muktamar di Perak tahun sudah. Kerajaan Perpaduan bukan bertujuan untuk menarik ahli Umno/Bn ke dalam Pas, tetapi sebaliknya dilihat untuk mendekatkan Pas kepada Umno walaupun bukan untuk menyertai Umno. Punca mengapa kaedah ini disangsikan adalah apabila melihat cara ianya cuba dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin Pas di Selangor sewaktu kerajaan Selangor dapat dirampas oleh PR. Apakah perbincangan mereka bersama pemimpin Umno Selangor serta Pak Lah ketika itu untuk menarik mereka menyokong PR atau menyokong Pas? Jawapannya tidak. Mereka berbincang bagaimana untuk mewujudkan kerajaan bersama Umno di Selangor, sekaligus menendang PKR dan DAP keluar. Ini fakta dan ramai pimpinan Pas sendiri tahu perkara ini. Oleh sebab itu, pemilihan dalam Pas baru-baru ini agak panas kerana ramai yang mengetahui `hubungan sulit' sedemikian rupa telah dilakukan.

Di antara kedua-dua tersebut iaitu 16 Sept dan Kerajaan Perpaduan seperti yang secara ringkasnya dinyatakan, di mana letaknya persamaan? Mengapa apabila mereka ini terdesak setelah rahsia jahat mereka diketahui, mereka ingin samakan dengan projek 16 Sept itu? Mengapa sewaktu 16 Sept dirancang, mereka tidak membantah malah pimpinan tertinggi Pas pun menyokong atas dasar menyeru mereka dari Umno/Bn kepada PR dianggap jalan dakwah kerana ianya tidak melibatkan unsur rasuah? Tetapi mengapa apabila Kerajaan Perpaduan ini dicetuskan, maka berbagai bantahan didengar bukan sahaja dari rakan PR yang lain, tetapi pimpinan Pas tertinggi pun menentang seperti Mursyidul Am mereka?

Ini jelas menunjukkan kedua-dua kaedah ini berbeza. Satu idea untuk kebaikan bersama di dalam PR, manakala satu idea lagi adalah untuk kepentingan diri dan pengkhianatan kepada rakan-rakan di dalam PR bahkan kepada semua yang selama ini menyokong PR dan Pas. Perbezaan yang paling ketara adalah idea Kerajaan Perpaduan ini tidak dihuraikan secara terperinci terlebih dahulu tetapi timbul pada muktamar. Sekiranya dihuraikan juga, sudah pasti hanya yang buta sejarah dan yang tidak mengenali Umno akan menyokongnya./ wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. mmg berbeza.16 september adalah program menipu rakyat.manakala kerajaan perpaduan adalah gagasan sebuah kerajaan tanpa pembangkang.drpd two-party system kpd one-party system.nmpak sgt bodoh blogger umno ni tak tahu ttg sistem politik

    BalasPadam