Isnin, 22 Jun 2009

KENYATAAN TN GURU NIK AZIZ MACAM HITLER - SANG KELEMBAI UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca tulisan Sang Kelembai Umno di dalam blognya, ternyata sungguh bahawa begitu marahnya Sang Kelembai apabila jerat Umno untuk memusnahkan Pas dan PR tidak menjadi. Terlebih berangnya Sang Kelembai ini adalah kepada Mursyidul Am Pas yang beliau anggap kenyataan Tuan Guru tersebut seperti kata-kata Hitler. Saya tidak kisah jika yang berkata itu memang benar Sang Kelembai kerana bukankah Sang Kelembai itu digambarkan seekor binatang di dalam cerita kanak-kanak? Mungkin, perwatakan binatang memang begitu adanya.

Sang Kelembai pun memetik sebuah kitab `Al Ahkamus Shulthaniyah' karangan Al Mawardi yang menyatakan syarat untuk menjadi pemimpin termasuk MB mestilah sihat jasmani dan rohani. Maksud Sang Kelembai adakah Tuan Guru Nik Aziz itu sihat jasmani dan rohaninya? Jika tidak sihat, maka Tuan Guru tersebut tidak menepati syarat untuk menjadi MB atau pemimpin. Saya tidak pasti pula samada pemimpin yang sihat walafiat rohani dan jasamani tetapi menolak hukum dan syariat Islam, membenarkan lesen judi, menguatkuasakan Akta zalim ISA, melindungi pemimpin rasuah dan melantik pemimpin rasuah sebagai Ketua Menteri dan menteri, terlibat dalam jenayah (bukan jenayah Al Tantuya) sebagai contoh kecil, adakah itu mencukupi syarat di dalam kitab karangan Al Mawardi tersebut? Jika dilihat dari apa yang diperkatakan oleh Sang Kelembai, saya yakin ahli keluarga beliau sendiri termasuk semua pimpinan Umno dari PM hingga kepada menteri dan MB kesemuanya mempunyai akhlak Islam yang terpuji dan tentunya keluarga-keluarga mereka mengamalkan kehidupan secara Islam seperti menutup aurat misalnya. Atau mungkin itu semua tidak penting melainkan sihat rohani dan jasmani sahaja seperti yang ditafsirkan oleh Sang Kelembai?

Lebih menunjukkan kejahilan Sang Kelembai apabila dia mengandaikan bahawa jika kematian Tuan Guru Nik Aziz nanti, apakah tahlil dan doa-doa dari DAP seperti Karpal Singh lebih diterima Tuhan daripada tahlil dan doa dari orang-orang Umno? Kenapa dungu sangat Sang Kelembai ini. Semenjak bila ahli-ahli Pas memohon doa dari orang-orang Umno jika mereka mati? Doa yang diangkat oleh Allah adalah doa dari orang yang beriman, Soleh dan takwa bukan doa dari orang-orang Umno. Doa orang-orang seperti inilah yang diharapkan, mudah-mudahan Allah menerima doa-doa dari orang-orang tersebut. Tidak tahulah saya pula jika Sang Kelembai mati nanti, dia berharap sangat agar orang-orang Umno memandikannya, mengkafankannya serta menyembahyangkannya. Kemudian, cari lagi orang-orang Umno untuk mengkuburkan jasadnya seterusnya mentalkinkannya. Janji Umno, tidak kiralah apa latar belakangnya.

Sang Kelembai seterusnya beranggapan Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah mengatasi Tuhan di dalam menilai niat seseorang. Maksudnya, Sang Kelembai ingin katakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz seperti tahu pula Umno itu jahat dan niat Umno itu tidak baik di dalam idea Kerajaan Perpaduan ini. Ingin dinyatakan, bukan Tuan Guru seorang sahaja yang tahu niat Umno, semua rakyat tahu dan Sang Kelembai sendiri pun tahu tapi malu alah nak sebut. Dalam tulisan-tulisan Sang Kelembai sebelum diterima masuk semula ke dalam Umno pun sering memaparkan rupa bentuk Umno, bukan? Takkan setelah masuk Umno semula Sang Kelembai baru nak belajar kenal Umno....

Maka, Sang Kelembai pun bercerita tentang kisah Ratu Balqis dan bermacam-macam lagi lah yang Sang Kelembai sebut bagaikan kenyataan seorang Ulamak Umno pula lagaknya. Bersusah payah sungguh Sang Kelembai ingin meyakinkan Tuan Guru Mursyidul Am tentang cara dakwah dan perjuangan Islam. Ini adalah kerana Sang Kelembai tahu, tidak mustahil Pas nanti boleh diperangkap masuk ke lubang biawak buat kali kedua, ketiga dan seterusnya...., asalkan dipetik sedikit mana-mana hadith atau ayat Al-Quran atau sejarah-sejarah Islam dahulukala. Jika ini anggapan Sang Kelembai, ternyata beliau silap kerana Umno bukan boleh dibandingkan dengan mana-mana sirah, kerana taktik, niat dan perjuangan Umno semua makhluk telah ketahui hatta binatang termasuk binatang yang digelar `Sang Kelembai' di dalam cerita kanak-kanak pun tahu.

Kesimpulannya pada saya, segala yang ditulis oleh Sang Kelembai di dalam blog beliau tersebut membuktikan bahawa Sang Kelembai terlalu dangkal pemikirannya. Tidak hairan bagi kita kerana sesiapa pun yang akan `menjilat kembali ludah'nya pasti akan menjadi seperti hilang akal dan tidak lagi mampu berfikir. Sejarah banyak membuktikannya, / wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. Sang kelembai..hanya degan kekuatan rohani dan jasmani saja tak cukup utk menjadi MB yg baik tanpa pengentahuan ugama.Ada pengentahuan ugama maka lahirlah iman.Tanpa iman wujudlah MB2 rasuah seperti MB2 UMNO sekarang. Bukan sang kelembai tidak tahu..

    BalasPadam
  2. sang kelembai..kita tak bolih jadi MB yg baik hanya dengan kekuatan rohani dan jasmani tanpa pengentahuan ugama yg cukup.Tanpa pengentahuan ugama kita tak ada iman.Tanpa iman wujudlah perasuah2 seperti MB UMNO sekarang.

    BalasPadam
  3. sang kelembai..hanya dgn ada kekuatan rohani dn jasmani sja,kita tak bolih menjadi MB yg baik tanpa pengentahuan ugama.Ada pegentahuan ugama maka lahirlah iman.Tanpa iman wujudlah pemimpin2 rasuah seperti yg ada dlm UMNO sekarang..

    BalasPadam
  4. sang kelembai ni dungu. yg dia jadi pak hangguk, kaki bodek pemimpin UMNO tu apa kelassss nak nasihat TGNA. Yg Madey bapak firaun tu kalau 'bersabda' si sang kelenbai ni mau terkencing dlm seluar( pakai seluar ke sang kelembai ni...).

    BalasPadam
  5. siapa cakap olang hitler dia lagi hitler ooo......

    BalasPadam
  6. lu punya muka lagi hitler.....banyak busuk punya olang...

    BalasPadam
  7. sang kelembai bodoh...belah luu...

    BalasPadam
  8. apalah hang sang kelembai, tergamak hang kata kat orang alim macamtu, "Ya Allah kau buka lah pintu hati Sang Kelembai yang dah tertimbus tu"

    BalasPadam