Selasa, 16 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN - SIDANG MEDIA PAS ESOK

KUALA LUMPUR, 16 Jun - PAS akan mengadakan sidang media khas bagi menjawab kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait dengan kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau akan membuat sidang media khasnya mengenainya jam 11 pagi esok.

Dalam kenyataannya hari ini, Najib berkata, Umno bukan tidak memberi respon terhadap cadangan PAS itu bahkan sudah berkata, "Kami terbuka dan bersedia mendengar cadangan mereka. Kami tidak pernah menolak cadangan untuk kebaikan negara."/Siasahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan