Rabu, 24 Jun 2009

SEORANG LAGI BEKAS PERASUAH UMNO KATA PAS TAKUT PADA ANWAR

Tokoh yang pernah disabitkan dengan rasuah politik wang

Oleh: WFAUZDIN NS


MANTAN MB Negeri Sembilan yang comel tapi kurang tinggi dan pernah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno atas kesalahan rasuah politik wang, Tan Sri Isa Samad mengeluarkan kenyataan membidas Pas kerana kononnya Pas terlalu takut dengan DS Anwar. Kenyataan beliau itu disiarkan di dalam Sinar Harian hari ini. Isa Samad veteren Umno yang telah pupus pengaruh itu menyebut bahawa Mesyuarat PR yangmembincangkan isu Kerajaan Perpaduan baru-baru ini diPengerusikan oleh DS Anwar, justeru itu katanya Pas takut untuk membantah apa jua keputusan DS Anwar.

Ternyata mantan perasuah Umno tersebut masih bermimpi dan menyangkakan bahawa setiap mesyuarat di dalam PR sama seperti mesyuarat `Burung Belatuk' di dalam Umno/Bn. Jika di dalam Umno/Bn, Presiden Umno atau Pengerusi Bn baru terbatuk sahaja, maka semua pemimpin yang hadir bingkas mengangkat tangan tanda bersetuju. Ini semua adalah pengalaman buat Isa Samad sewaktu beliau di dalam kabinet dahulu sebab itulah beliau menjangkakan semua parti sama dengan perangai Umno/Bn. Hakikatnya, betapa sakit hati dan jiwanya Umno apabila muslihat untuk memerangkap Pas dan PR atas isu Kerajaan Perpaduan ini mudah dapat dibaca oleh pimpinan PR. Lagi pun, kenyataan orang yang tidak bermoral yang pernah disabitkan dengan rasuah seperti Isa Samad ini boleh dipercayai?

Saya tertarik dengan ceramah Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini di Manek Urai yang menganggap Umno sekarang seperti orang sedang `kebulur' (lapar). Apabila orang sedang lapar teramat sangat, mereka akan minta makanan untuk dimakan hatta nasi sejuk, makanan basi dan berulat sekalipun. PR telah mengambil keputusan untuk tidak melayan orang-orang sedemikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa apabila mereka sudah kenyang dan mendapat tenaga semula, sipemberi makan ini akan ditentangnya. Mursyidul Am Pas juga menarik perhatian kita dengan perumpamaan Umno ini seperti `kereta buruk' yang sudah rosak di tengah jalan. Mereka amat gembira jika kita beramai-ramai menolak kereta buruk tersebut, tetapi apabila kereta itu mulai hidup, mereka akan pecut lari dan kita yang menolaknya ditinggalkan dan mendapat bau asapnya sahaja. Itulah Umno yang Isa Samad lebih maklum lagi akan tabiat parti Melayu tersebut.

Dakwaan Isa Samad bahawa Pas takut berdepan dengan DS Anwar adalah dakwaan orang yang pendek akal kebetulan pendek fizikalnya. Pas sebuah parti yang besar dan berpengaruh bahkan lebih berpengalaman dari PKR yang dipimpin oleh DS Anwar. Sepanjang Pas bersama PR, tidak pernah sekali pun DS Anwar menyentuh atau mengarahkan Pas untuk menarik dasar-dasar Islam yang dibawa oleh Pas malah turut disokong oleh DS Anwar. Jika benar Pas takut kepada DS Anwar, sudah tentu Pas telah menarik balik beberapa dasar Islamnya yang kadangkala dipertikaikan oleh DAP sekutu PR sendiri. Sehingga kini, dasar Pas tetap sama cuma pendekatan sudah tentunya berbeza. Pendekatan yang bijak dari Pas kini dapat dilihat kesannya di mana Pas mulai mendapat pengaruh luar biasa dari rakyat khususnya dari orang-orang bukan Islam. Inilah yang paling ditakuti oleh Umno, sebab itulah Umno sentiasa mencari jalan untuk memecah belahkan PR.

Isa Samad juga menuduh Pas sentiasa mencari jalan mencari kesalahan Umno. Sayugia diingatkan kepada Isa Samad, pada ketika ini tidak perlu lagi Pas atau sesiapa pun untuk mencari kesalahan Umno kerana kesalahan Umno terlalu banyak dalam berbagai aspek dan ianya dilihat secara terbuka oleh rakyat tanpa perlu dicari lagi. Dalam aspek ekonomi, sosial, ugama, pendidikan, perundangan, rasuah dan bermacam-macam lagi kini terserlah di mata masyarakat dan Umno tidak mampu untuk berlindung lagi atas kelemahan mereka.

Isa Samad harus sedar, zaman sudah berubah bukan lagi di zaman Almarhum Tun Ghafar Baba yang pada ketika itu Isa Samad agak releven untuk berpolitik sedemikian. Rakyat di Negeri Sembilan sendiri pun sudah mula tidak memperdulikan Isa Samad dan mereka kini mula melihat PR sebagai `kerajaan menunggu' di Negeri Sembilan. Lebih wajar dan bijak jika Isa Samad kembali ke Negeri Sembilan dan perbetulkan tingkah laku MB Negeri Sembilan sekarang yang kelihatan semakin celaru. Tetapi adakah MB Negeri Sembilan akan mendengar nasihat dan tunjuk ajar dari seorang bekas perasuah ini? Itu persoalannya. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. ada lagi timing belt kendur ni..apehal..duit rasuah dah kehabisan ker...podahhh

    BalasPadam
  2. Ni sorang lg nama Isa yg bawak masalah...hehe..tapi Isa yg mmg bermasalah nih bawak masalah kpd diri sendiri & UMNO shj...PAS & PR insyaAllah makin kukuh dgn kutukan & tuduhan Isa Samad yg tak brp rendah & tak brp tinggi nih...hehe

    BalasPadam
  3. Bukannya PAS takut dengan Anwar. UMENO yang takut dengan Anwar sebenarnya..

    BalasPadam