Selasa, 23 Jun 2009

SUDAH NASIBMU ANWAR...BERTAWAKKAL SAJALAH

Tanggal 1.7.2009 akan bermula suatu lagi sandiwara ciptaan UMNO/BN terhadap Sdr.Anwar Ibrahim.Perbicaraan kes pendakwaan tuduhan liwat buat kesekiankalinya dihadapkan kepada Anwar.Kali ini yang munkin berbeda adalah pengadunya,kalau dulu Azizan Abu Bakar kali ini Saiful Bukhari Azlan. Manakala para dalangnya,mereka-mereka yang dulu juga;para Dewa kekuasaan di atas sana akan berterusan mengaburi mata rakyat bahawa kebenaran adalah seperti yang mereka inginkan.

Saya yakin sebagaimana keyakinan yang terpahat sejak sedekad yang lalu,bahawa pertuduhan ini tidak lebih rekayasa para Dewa kekuasaan yang takut,bimbang dan bacul akan keboborokan yang telah mereka cipta selama ini akan terungkai dek kerana seorang Anwar.Dan saya tetap yakin bahawa seperti sedekad yang lalu,rakyat tidak akan terperdaya dan dibuai oleh muslihat Najib,Musa Hasan,Gani Patail dan para cukong mereka. Bukankah bukti jelas terbentang dihadapan mata?Seperti kes terdahulu bagaimana keterangan di manipulasi sebegitu rupa-dari laporan Pakar Perubatan sehinggalah bagaimana Azizan Abu Bakar mengaku yang dia tidak pernah di ‘anu’kan tatkala di soal oleh Allahyarhan Christopher Fernando (keterangan ini dengan perintah Hakim dibuang dari rekod) dan 1001 lowongan lainnya,maka yang ada pada hari ini juga sedemikian rupa.

Laporan Perubatan dari PUSRAWI mahupun Laporan Pakar Perubatan HKL yang dirujuk oleh Polis dengan jelas,nyata,prima facie dan beyond reasonable doubt jelas menunjukkan tidak ada sebarang kesan-kerosakan-koyakan-kehancuran pada batangtubuh sipengadu,Saiful!Pun begitu,jika Sdr.Anwar sekadar warga biasa,saya percaya tidak akan ada pertuduhan dilemparkan kepada beliau. Malangnya Anwar adalah Anwar.Pemimpin bangsa dan Sang Pemula yang punya keterampilan,bobot dan pencinta rakyat.Maka kerana Anwar adalah Anwar yang bisa menggugat kekuasaan para Dewa dan para cukong maka seorang Anwar ini perlu ditangani dengan segala fitnah,konspirasi dan pertuduhan yang direkacipta. Kerana Anwar adalah Anwar yang rakyat dekat dihatinya dan rakyat juga disisinya bukan kerana watak yang dihidupkan oleh media songsang atau di dukung oleh alat kekuasaan negara tetapi tautan kerana rakyat inginkan keadilan,inginkan harakat dan maruah sebagai warga merdeka,inginkan demokrasi subur dan negara tanpa penindasan,rasuah dan salahguna kuasa maka para Dewa yang berjiwa kerdil melihat manusia Anwar Ibrahim ini suatu ancaman terhadap kekuasaan yang dibina diatas kebejatan dan diatas tangisratap rakyat.

Kerana Anwar adalah Anwar yang peduli rakyat,yang berjuang untuk rakyat dan bergelut untuk membebaskan warga dari rantai yang membelit sekian lama,maka Anwar perlu disisihkan,perlu diketepikan,perlu dimatikan karier politiknya (political assination) dan perlu diamankan biar kembali mendekam dalam penjara. Dan inilah citra politik haprak,kotor,jijik,penuh dendam kesumat dan diluar dari norma etika mahupun tuntutan agama.Akan apakah yang mahu dihidangkan kepada generasi jika layaknya tingkah sebegini yang ingin diwarisi kepada mereka?Apakah yang ingin diteladani kepada para pewaris kepimpinan bangsa bahawa demi kekuasaan dan takhta maka apa sahaja kaedah cara walaupun dengan fitnah dan diluar dari garis agama boleh sahaja dihalalkan?

Apa yang berlaku kepada Anwar adalah manifestasi betapa buruknya wajah-wajah pelaku dan Dewa politik pimpinan UMNO/BN.Rakyat berhak bertanya,sebagaimana rakyat bertanya 10 tahun yang lalu,jika sebegini layanan terhadap Anwar Ibrahim,pemimpin bangsa,mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO,bagaimanakah pula nasib rakyat kecil seperti kami? Pun begitu jika mereka beranggapan fitnah jahat dan konspirasi terhadap Anwar kali ini akan melunturkan semangat rakyat menuntut perubahan,jelas mereka mengulangi kesilapan yang sama seperti 10 tahun lalu.

Rakyat sudah matang dan bijak,bukan lagi boleh dibuai dengan retorika pemimpin atau menelan bulat-bulat sabda para Dewa;dan rakyat tentunya tidak akan sekadar berpeluktubuh melihat fitnah,konspirasi dan kebejatan bermaharajalela kerana keadilan bukan sekadar mimpi indah dihujung pelangi tetapi hak yang ditentukan oleh Ilahi. Maka,kepada para Dewa dan sang penguasa,dengarkanlah,RAJAWALI itu tidak akan dibiar terbang bersendirian dan luka RAJAWALI adalah kedukaan rakyat.Tidak ada tembokbenteng yang dapat menghalang arus apabila rakyat benar-benar murka. -catatan pinggir,DenPasar,22 juni 2009 Apabila usul ditolak tanpa ditimbang suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan dituduh subversif dan mengganggu keamanan maka hanya ada satu kata: lawan!
(Peringatan Solo,1986) Dikirim dari Blog Lanai Lestari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan