Selasa, 23 Jun 2009

BERAHIM AL KATAKI MENGAMUK KAT DAP PULAK


Oleh: WFAUZDIN NS

APA la nak jadi dengan Berahim katak ni aku pun tak tau. Mula-mula marah kat PKR terutamanya DS Anwar, lepas tu macam-macam pulak kata kat Pas yang kasi dia makan dengan tempat tinggal. Terbaru ni pulak di melenting kat DAP. Orang kuat PERKASA ni memang dah tak betul otak dia semenjak menderhaka pada Pas terutamanya Tuan Guru Nik Aziz. Maklumlah, bersusah payah dia mengampu, menjilat buntut Umno siang malam, Umno buat tak perasan je kat spesis katak ni.

Dia tahu nyawa dia kat Pasir Mas tak lama, tunggu je la selewat-lewatnya tahun 2013 nanti. Tu pasal dia terpaksa tebalkan muka menenggek kat Pasir Mas hasil sedekah Pas kat dia. Kalau Pas tak kasi dia menenggek kat Pasir Mas dalam pilihanraya 2008 dulu, aku rasa spesis katak busuk ni dah lama dok dalam kumbahan najis. Aku tak tau macam mana dia nak letak muka bila datang berkempen kat Manek Urai nanti. Kalau kat tempat lain, mungkin orang tak berapa kenal sangat tabiat spesis katak ni, tapi kalau kat Kelantan tanya segala jenis ular kat Kelantan pun tak lalu nak makan katak hina tu.

Sebenarnya tiada siapa yang bagus pada pandangan Berahim ni. Dulu kata Umno tak elok maka masuk Semangat 46. Bila rasa Semangat 46 tak bolehkasi dia makan sampai buncit, dia terhegeh-hegeh minta sedekah balik kat Umno. Dapat la makan sekejap dalam Umno. Lepas tu, Umno sepak terajang dia secara hina dalam kampung halamannya sendiri. Merempat la katak ni ke hulu ke hilir minta simpati. Masuk bertanding berkali-kali, tewas teruk pulak. Merana lagi teruk hidup katak dan terhegeh-hegeh tunjuk baik kat Pas. Pas punyalah baik sangka dengan spesis katak ini kasi dia tempat untuk dia bernafas sikit. Ewaahh...lawan tokeh pulak. Kata macam-macam kat Pas dan pembangkang yang lain. Semuanya tak elok pada Berahim. Agaknya dia perasan dialah sorang-sorangnya wira rakyat dan terbaik buat rakyat. Ptuihhh....naik muntah aku.

Marah sangat Berahim pada DAP kerana seorang Pemimpin DAP minta kerajaan haramkan PERKASA. DAP kata PERKASA ni membahayakan kerana sering bermain dengan isu perkauman. Alah, itu semua orang tau. Kalau tak sebut pasal Melayu, Berahim nak sebut pasal apa lagi? Nak sebut pasal Islam? Erkkk...termuntah lagi aku. Tak semena-mena Berahim puji pulak konsep 1 Malaysia. Wah....tiba-tiba bagus pulak konsep tu ye. Aku harap Najib beri perhatianlah sikit usaha kuat Berahim tu. Jangan dipersiakan ampu-ampuan dan puji-pujian dari sang katak ini. Lepas ni, Berahim boleh pula puji sikit-sikit Kak Rosmah kita tu. Mana la tau kot-kot berjaya cita-cita dihati.....

Lain kali belajarlah dari anak Yatim dari Jelebu tu cara-cara mengipas yang terbaik. Kalau tak pun belajar dari Sang Kelembai pun boleh juga. Cukuplah sini aku nak ngomel sikit pasal kisah katak sekor nih. Bukan apa, saja nak promote kehebatan katak ni je. Kita nanti je la suara-suara garau katak ni berkumandang kat Manek Urai nanti. Pasti hebat bila dia berganding dengan raja sesumpah nanti. Bertuah Manek Urai jika dapat dua `raja' berkampung di sana iaitu raja katak dan raja sesumpah. 0oopss...lupa nak bagitahu, ada kisah menarik tentang hikayat si katak ni. Boleh baca kat sini. / wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. raja kata tersesat ke atas gunung, ia cuba memandang jauh ke hadapan tetapi pemandangannya kelihatan serupa dengan apa yang pernah dilihatnya. Bukan pemandangan tak berubah, tetapi mata katak yang tak berubah sebab sentiasa menghala ke belakang. Awas jangan selalu pandang belakang!!!

    BalasPadam
  2. PKR dah naik roket utk pergi ke bulan tp rupa2nya katak dah tertinggal. Pasal tu le dia mengamuk sebab semua orang dah tak nak dekat dgn katak spesis amazon yg amat beracun ni....

    BalasPadam
  3. pergi mampus ko katak brahim ali ..tok sedar diri ko tu hanya dapat sedekah dari pas kemudian nak cakap banyak lak sapa ko nak komen tentang Pas dan PR ? Go to hell....sila lawati blog saya di buletinpr.blogspot.com .sokong lah barangan buatan pakatan rakyat.. :)

    BalasPadam