Jumaat, 12 Jun 2009

TEPUK DADA, TANYA IMAN, LETAKLAH JAWATAN!!




Oleh: WFAUZDIN NS

BUKAN untuk menuju kepada sesiapa, tetapi bukan pula untuk menuju kepada haiwan-haiwan atau mana-mana makhluk asing. Pertelingkahan yang semakin hebat berlaku di dalam Pas kini adalah hasil daripada tangan-tangan dan mulut-mulut manusia bukan binatang mahupun makhluk halus yang lain. Apabila manusia sudah merasa dirinya hebat dan kumpulannya kuat, maka mulalah merasa orang lain itu kerdil. Orang-orang seperti ini tidak nampak kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan, tetapi dengan begitu cepat mencari kesalahan orang lain.

Krisis yang berlaku di dalam Pas sekarang adalah kerana adanya `orang-orang' ini yang masih dipelihara di dalam `sangkar' emas oleh Pas. Saya tidak percaya golongan seperti ini adalah Ulamak kerana seorang Ulamak sudah tentu tidak akan melakukan kerja yang tidak beretika dan beradab kepada ahli jemaah dan partinya sendiri. Tuan Guru Presiden Pas menjadi mangsa `mainan' orang-orang seperti ini. Saya menghormati Tuan Guru Presiden dan sehingga kini seikhlas hati saya masih menganggap Tuan Guru Presiden Pas adalah seorang Ulamak. Sebagaimana yang sering saya sebutkan dalam tulisan-tulisan saya bahawa Ulamak adalah mereka yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama, mempunyai akhlak keperibadian yang luhur, mempraktikkan segala ilmu yang ada padanya di samping menyampaikan ilmu-ilmu yang bermunafaat kepada orang lain. Kesemua ciri-ciri ini ada pada Tuan Guru Presiden. Cuma, yang tiada pada pandangan saya ialah strategi politik yang berkesan. Oleh yang demikian, juak-juak yang ingin mengambil kesempatan telah pun mengambil kesempatan demi kepentingan mereka bukan kepentingan jemaah dan parti.

Pas sebenarnya tidak akan mampu dan terdaya untuk memikul masalah dan bebanan seperti yang sedang dihadapi sekarang bagi tempuh yang panjang. Tuan Guru Presiden seolah-olah dibiarkan bersendirian untuk menyelesaikan kemelut yang teruk melanda Pas sekarang. Hampir kesemuanya, apabila ditanya tentang isu kontroversi tersebut akan menjawab segala-galanya akan dijelaskan oleh Presiden. Mudah benar mereka melepaskan kesemuanya kepada Presiden sedangkan mereka tahu siapa punya angkara yang menyebabkan isu ini timbul. Cuba toleh semula ke belakang iaitu selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, siapakah di antara pimpinan Pas yang memulakan `rentak ' ini? Mula-mula mereka menafikan, kemudian mengaku dan menuding ke merata-rata arah untuk `menghalalkan' apa yang telah mereka lakukan di Selangor. Maka, mencari-carilah mereka mana-mana ayat di dalam Al-Quran yang menyeru kepada `perdamaian' untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan itu `halal' hukumnya.

Apabila situasi kini semakin dilihat tidak terkawal, pimpinan hendaklah berbuat sesuatu dengan segera. Utamakan jemaah dan parti, utamakan juga rakan taulan dalam perjuangan dan jangan bersikap pilih kasih atau melindungi kesalahan mana-mana tokoh atau Ulamak jika ada. Kepada yang masih mempunyai tanggungjawab dan kesedaran diri, tepuklah dada, tanyalah iman. Jika hati kecil berkata, " akulah puncanya terhadap apa yang berlaku," maka berundurlah dengan segera. Jangan ambil kesempatan lagi dengan bergayut di jubah Tuan Guru Presiden disaat parti sedang mengalami kesukaran sekarang. Silalah letak jawatan, kerana rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. btu,
    s0k0ng 100%,
    mustapha ali,nasa N YG SEWAKTU DGNNYA YG wat perjumpaan sulit dgn umn0 dlu ptut ltak jawatan utk kesejahteraan PAS n supaya PAS x ilang s0k0ngan.

    BalasPadam
  2. Hebat sungguh tekanan yg diterima oleh Presiden yer... Sehinggakan mendesak supaya letak jawatan... Hebat sungguh ahli2/penyokong2 PAS sekarang nih... Asal tak cukup kuah jer komplen... terlebih kuah pon komplen... Rasa2nya ahli2/penyokong2 PAS sekarang nih semua dah berilmu dan tinggi tarafnya sehinggakan sanggup mendesak Presiden letak jawatan hanya kerana tak faham konsep yg dibawa oleh Presiden.... Kalu rezeki DSAI jadi PM dah tertulis, tak payah laa risau sgt apa konsep yg dibuat oleh Presiden PAS....

    BalasPadam
  3. if yes wut rumours comes around and goes around bout unity gomen, i would like to say..u cheat us..u are using agama for ur political will..how dare u..

    wait till the 13th election...u will see the rakyats power..we will teach u..


    you can fool some of the ppl some of the time, but u cant fool all the ppl all the time...


    salam reformasi

    BalasPadam
  4. Tulisan tu aku baca bukan tuju pd Presiden, tapi penasihat2 20 persen dia tuh yg buat onar. dia org la yg patut letak jawatan. Apa kena mengena pulak dgn Anwar? Jgn bila Pas dah salah langkah, tuding pd Anwar. Yg marah sgt skrg ni bukan penyokong2 PKR je, tapi pemimpin2 Pas dan ramai ahli2 Pas pun pening dgn penasihat2 yg nk sgt jd menteri tu...itu yg patut letak jawatan...Presiden ok..penasihat KO.

    BalasPadam
  5. Salam....

    Kepa pemberi komen yang tak berani nak letak nama tu.....letaklah nama jika anda anak jantan. Jangan jadi spesis Mustapha Ali yang lempar batu sembunyi tangan atau jangan jadi Nasaruddin yang dok bergantung di jubah TG Hj Hadi.

    Kami bukan lawan Presiden tapi kami tentang apa sahaja tindak tanduk pimpinan yang boleh memudaratkan PAS.

    www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

    BalasPadam