Ahad, 5 Julai 2009

BAIK JUGA KASI ROBOH, GUA TARAK MARAH PUNYAAA...

Cina Pun Sokong tindakan Kedah Roboh Rumah Sembelihan Babi.


Oleh: amanlegend

"http://www.asiaone.com/a1media/news/03Mar08/20080308.225348_20080308-ba.jpg.jpg


DAP berudur.....bukan keluar!!

Hari ini seperti dijangka, banyak akhbar memuatkan berita gempar: DAP keluar PR Kedah. Yang seronoknya ialah kepala berita sesetengah akhbar-akhbar Melayu (tak payah sebut nama, tak perlu publisiti nama depa) yang tajuknya: 'DAP keluar Pakatan'. Sejak bila DAP keluar PR?


Yang keluar PR ialah DAP Kedah, bukan DAP Pusat. Tajuk 'keluar' juga mungkin tidak tepat, sebab kenyataan Pengerusi DAP Kedah menyebut partinya 'berundur' dari PR Kedah. Berundur dan keluar ada bezanya. 'Berundur' boleh melangkah ke depan balik, keluar mungkin tak masuk-masuk lagi!

Baru sebentar tadi saya mengunjungi kedai runcit di kawasan perumahan saya yang dimiliki oleh seorang anak muda Cina untuk memasukkan kredit telefon bimbit. Si-pekedai itu ketika itu sedang membaca akhbar Cina yang tajuk depannya pasti berita mengenai tindakan DAP Kedah itu. Saya tidak perlu memahami apa yang ditulis dalam akhbar yang dibacanya, melihat gambar Pengerusi DAP Kedah dan Ustaz Azizan di dalamnya sudah cukup menceritakan maksud kandungan akhbar Cina itu.

"Tak patut betoi kerajaan Kedah ni", saya cuba mencetus provokasi, "Ada ka patut depa pi roboh rumah sembelih babi tu!"

"I kata patut!!", tiba-tiba kata anak muda yang memang fasih berbahasa Melayu itu. Suaranya yang nyaring mengejutkan saya.

"Pasai apa hang kata patut, ramai orang Cina marah dengan kerajaan Kedah", kata saya.

"Sapa kata Cina marah. I tak marah, mak I...", katanya sambil menunjuk jari kepada emaknya yang sedang melayan seorang pelanggan lain, "Mak I pun tak marah. Semua 7 adik beradik kami di rumah ni pun tak marah! Kalau you pi tanya orang Cina lain pun, I percaya ramai yang macam I juga, tak marah"

"Kalau rumah sembelih lembu duduk kat situ, duduk tengah-tengah pekan, duduk dekat tempat kedai makan dan pasar, kemudian kerajaan pi roboh, you marah dak?", tanya pemuda itu.

"Pasai apa nak marah, saya tak marah", jawab saya.

"Sebab tu kami juga tak marah. Memang patut rumah sembelih di tempat dekat dengan orang ramai berkumpoi macam tu diroboh, baunya tak elok, macam rumah sembelih lembu juga, baunya mesti tak elok", jelasnya.

"Tapi DAP marah, depa keluar Pakatan", kata saya.

"Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!", kata pemuda itu sambil memasukkan nombor kredit ke dalam telefon bimbit saya.

ALOR SETAR: Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana mereka sememangnya menyokong langkah itu.

Peniaga, Azizan Ahmad, 50, berkata kebanyakan penduduk di sekitar kawasan penyembelihan itu memang mahukan tempat berkenaan ditutup kerana berasa tidak selesa akibat bau busuk dan kotor.

Katanya rata-rata penduduk di kawasan berhampiran tidak menunjukkan tanda bantahan dan akur dengan perintah supaya tempat penyembelihan yang beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu itu ditutup.

"Ia tidak harus dipolitikkan atau dijadikan sebagai alasan untuk DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang di negeri ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Basharudin Said, 65, berkata tindakan DAP itu seolah-olah ia tidak memikirkan kehendak penduduk setempat yang mahu tempat penyembelihan berkenaan ditutup.

"Tanya la siapa pun, semua setuju tempat tu tutup sebab busuk... kedai dekat-dekat sini pun merungut sebab pelanggan kurang makan minum di kedai mereka," katanya.

Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan.

"Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya./ http://pendikargunung.blogspot.com/

10 ulasan:

  1. dap ni memang dasar parti perkauman..
    tak faham rukun negara.kan salah satu rukun negara adalah kedaulatan undang undang..dah tau tempat penyembelihan tu tak dak lesen buat apa nak kecoh2.tu dah kira tak ikut undang2.dap jangan jadi juara politik murahan..

    BalasPadam
  2. Jenis tak boleh buat sahabat selama-lamanya si DAP racist kafir harbi. Yang gini pun org Islam nak sokong.

    BalasPadam
  3. lepaih ni PR kena jaga2 dengan DAP...lama2 depa pijak habih kepala orang2 PAS & PKR...

    BalasPadam
  4. KEPALA BAPAK HANG !!!!

    BERAPA KALI NAK IKLAN BLOG KAT TRANUNGKITE EH BOD***

    NAK IKLAN, BAYAR LA...

    KALAU BETUL2 NAK BGTAU BERITA, PASTE JELA KAT SANA

    B****

    KEPALA BAPAK HANG !!!!

    BERAPA KALI NAK IKLAN BLOG KAT TRANUNGKITE EH BOD***

    NAK IKLAN, BAYAR LA...

    KALAU BETUL2 NAK BGTAU BERITA, PASTE JELA KAT SANA

    B****

    KEPALA BAPAK HANG !!!!

    BERAPA KALI NAK IKLAN BLOG KAT TRANUNGKITE EH BOD***

    NAK IKLAN, BAYAR LA...

    KALAU BETUL2 NAK BGTAU BERITA, PASTE JELA KAT SANA

    B****


    KEPALA BAPAK HANG !!!!

    BERAPA KALI NAK IKLAN BLOG KAT TRANUNGKITE EH BOD***

    NAK IKLAN, BAYAR LA...

    KALAU BETUL2 NAK BGTAU BERITA, PASTE JELA KAT SANA

    B****


    KEPALA BAPAK HANG !!!!

    BERAPA KALI NAK IKLAN BLOG KAT TRANUNGKITE EH BOD***

    NAK IKLAN, BAYAR LA...

    KALAU BETUL2 NAK BGTAU BERITA, PASTE JELA KAT SANA

    B****



    KEPALA BAPAK HANG !!!!

    BERAPA KALI NAK IKLAN BLOG KAT TRANUNGKITE EH BOD***

    NAK IKLAN, BAYAR LA...

    KALAU BETUL2 NAK BGTAU BERITA, PASTE JELA KAT SANA

    B****



    KEPALA BAPAK HANG !!!!

    BERAPA KALI NAK IKLAN BLOG KAT TRANUNGKITE EH BOD***

    NAK IKLAN, BAYAR LA...

    KALAU BETUL2 NAK BGTAU BERITA, PASTE JELA KAT SANA

    B****

    KEPALA BAPAK HANG !!!!

    BERAPA KALI NAK IKLAN BLOG KAT TRANUNGKITE EH BOD***

    NAK IKLAN, BAYAR LA...

    KALAU BETUL2 NAK BGTAU BERITA, PASTE JELA KAT SANA

    B****

    BalasPadam
  5. Sian budak umno, blog dia tak laku marah kat org. Tengok la dulu undang2 kat TKO tu bangang woiii.....

    BalasPadam
  6. KALAU DIA NAK IKLAN BLOG DIA PUN APA YANG MASAALAHNYA?...WAHAI ANON....

    BAGI SAYA TAK ADA MASALAHNYA....SEBENARNYA DIRI KAMU YANG BERMASAALAH.

    BalasPadam
  7. SETIAP PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT KITA...SEBENARNYA MENJELASKAN SIAPA DIRI KITA YANG SEBENAR.

    BalasPadam
  8. baru sorg cina je hang tanya....kecoh loq lag ketegaq la hang ni...

    BalasPadam
  9. blogger............pemfitnah akhir zaman....

    BalasPadam
  10. betul....blogger byk buat fitnah....ahli politik sendiri xkecoh mcm blogger,ntah berita yg hang dpt tu sahih ke x,ada bukti ke tak...silap2 mkn diri di akhirat nnti...

    BalasPadam