Ahad, 5 Julai 2009

UNTUNGNYA PAS BERSAMA PR DI SELANGOR

KELANG, 4 Julai: Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM6 juta kepada 24 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri itu, pada 2 Julai lalu.

Majlis penyampaian sumbangan pertama kali dalam sejarah negeri itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim di Sekolah Agam Al-Farabi, Kampung Delek, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim, Pegawai Daerah Kelang dan Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah juga turut serta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan