Sabtu, 25 Julai 2009

DEMO 01 OGOS - TERBUKTI PERKASA TIDAK IKHLAS


Oleh: WFAUZDIN NS

TARIKH 01 Ogos ini telah dipilih oleh GMI serta beberapa NGO dan pertubuhan politik yang bencikan Akta ISA untuk mengadakan perhimpunan membantah akta zalim tersebut. Perhimpunan aman tersebut dijangka akan menuju ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Ke Bawah Duli YMM Tuanku. Tiba-tiba terasa sakit dan membusuk pula dihati Presiden Perkasa, Ibrahim Alkataki untuk turut sama berarak dan Justify Fullberhimpun pada tarikh yang sama tetapi mempunyai niat yang berbeza.

Kumpulan Perkasa yang kononnya bersama `jutaan' rakyat dan NGO yang `menyembah' Akta ISA ini akan berarak ke Istana juga. Itu kita tidak kisah, tetapi apa yang diperkatakan oleh raja katak Ibrahim ini adalah bahawa Perkasa akan tetap berarak dan tidak menolak kemungkinan berlakunya kekecohan nanti sekiranya pihak berkuasa membenarkan perhimpunan penyokong-penyokong yang ingin memansuhkan Akta zalim ISA itu. Sila baca di sini.

Jelas terbukti, bahawa Perkasa tidak ikhlas di dalam perjuangannya untuk mengekalkan akta zalim tersebut. Perkasa berhimpun dan memilih tarikh yang sama semata-mata untuk memberi amaran kepada pihak berkuasa agar melarang kumpulan penentang Akta Isa ini dari berhimpun. Jika Perkasa ikhlas, mengapa raja katak Ibrahim ini tidak sahaja bersama-sama GMI untukmemberi jaminan kepada pihak berkuasa bahawa kedua-dua perhimpunan tersebut akan berjalan secara aman? Kemudian, bersama-samalah kita berhimpun dan kita lihatlah nanti berapa juta rakyat Malaysia yang mahu mengekalkan undang-undang `Taghut' tersebut?

Ibrahim Alkataki tidak perlu menyusahkan Perkasa yang dipimpinnya semata-mata untuk mengampu Umno/Bn. Raja katak ini sanggup memalukan Perkasa asalkan beliau dilihat lebih Umno dari Umno. Tidak perlu raja katak memberi amaran berlakunya huru hara, kerana yang berhimpun di pihak GMI adalah mereka yang tidak suka kepada keganasan, justeru itu mereka berhimpun untuk menuntut keganasan Akta ISA ini dihentikan. Tetapi, sekiranya Perkasa hadir untuk menguji kumpulan yang menentang Akta ISA ini, siapa berani beri jaminan huru-hara tidak berlaku?

Oleh yang demikian, kita berharap agar raja katak berfikirlah berjuta kali jika sekadar berhimpun untuk menguji pihak lain. Berfikirlah secara matang sebagai ahli politik dan buangkan lah sikap dengki dan busuk hati itu. Cukuplah maruah raja katak teramat hina sekarang kerana masih memakan gaji dan elaun dari pengundi yang tidak lagi redha kepada beliau. Tidak serikkah dengan malu yang beliau terima di Manek Urai? Jangan ditambah lagi muka yang tebal itu untuk menjadi lebih tebal lagi. /Kembali ke laman Asal.

3 ulasan:

  1. Asalamualaikum... utuk perhatian saudara kerana ramai sangat yang komplen kerana tidak dapat membuat peatan pada blog musafirlalu.blogspot.cim.mu.... Maka disini saya ingin maklumkan sekiranya keluar nama ruzanah.blogspot.com maha betullah blog itu blog musafirlalu dari dungun........ salam berjuang.

    BalasPadam
  2. Kalau pengikut brahim 10 ribu biarlah dia berdemo di dataran merdeka atau di klcc. Tapi kalau setakat 40-50 orang elok buat di lorong haji taib atau kat mana-mana restoran udah la. Makan free la kita. 50 orang tak kan tak nak belanja brahim.

    ahim

    BalasPadam
  3. Ibrahim katak tak perlulah mencari publisiti murahan ini dgn berdemo menyokong akta zalim ISA ini. Sikapnya berubah2.Baru2 ini sokong ISA dihapuskan, kali ini sokong ISA dikekalkan. Beginilah specis katak,lompat sini dan lompat sana. Tidak ada prinsip dlm hidup.. Aku harap politiknya mampus disini.. aku kata mampus ni sebab dia specis KATAK..

    BalasPadam