Jumaat, 17 Julai 2009

HIKMAH TRAGEDI DI BANGUNAN SPRM - KERJASAMA ERAT PR SEMAKIN TERSERLAH

Oleh: WFAUZDIN NS

TAKZIAH buat keluarga mendiang Teo Beng Hock. Hati siapa yang tidak bersedih di atas kematian mendiang, apatah lagi keluarganya lebih-lebih lagi tunangnya yang dikatakan bakal mendaftar perkahwinannya hari ini. Cuba kita bayangkan jika ini berlaku kepada kaum keluarga kita sendiri. Sudah tentu hati bercampur baur dengan rasa sedih, kecewa dan mungkin terasa sakit dihati. Tetapi, takdir telah menentukan bahawa mendiang akan pergi jua. Sudah tentu ada hikmahnya di atas apa yang berlaku ini.

Banyak persoalan yang mungkin akan dirungkai oleh pihak yang bertanggungjawab tentang kejadian malang ini. Penulis tidak berniat untuk menuduh sesiapa yang bersalah, termasuk mangsa itu sendiri. Tetapi, penulis mempunyai beberapa persoalan yang mungkin boleh kita kongsi bersama untuk memikirkan kematian misteri ini. Di antara yang penulis fikirkan ini ada yang telah difikirkan oleh orang lain juga. Penulis sentiasa terfikir perkara-perkara berikut:

1. Adakah prosedur soal siasat terhadap mangsa mematuhi Perintah Tetap atau peraturan mengikut SPRM?

2. Adakah terdapat sesuatu provokasi atau bentuk soal siasat yang boleh memberikan tekanan yang melampau kepada mangsa dari segi fizikal dan mental?

3. Difahamkan soal siasat telah pun selesai lebih kurang jam 3 pagi, mengapa mangsa tidak sahaja terus berehat atau tidor di rumahnya, sebaliknya mangsa masih berada di sekitar bangunan SPRM?

4. Tidakkah bangunan SPRM adalah bangunan di bawah kawalan rapi apatah lagi di waktu malam, tetapi mengapa mangsa boleh berada di situ walaupun soal siasat telah selesai? Mengapa pihak bertanggungjawab tidak menentukan mangsa terus meninggalkan bangunan SPRM tersebut?

5. Apakah bangunan tersebut dilengkapi CCTV di beberapa kawasan memandangkan bangunan tersebut menempatkan pejabat penting buat SPRM?

6. Apakah selama ini begitu bebas sesiapa berada di sekitar bangunan SPRM khususnya di luar waktu pejabat terutamanya di tengah malam?

7. Pada fikiran lojik, jika mangsa ingin membunuh diri mengapa mangsa tidak membatalkan sahaja pendaftaran nikahnya pada hari ini? Atau menghubungi kaum keluarganya atau tunangnya terlebih dahulu?

8. Mangsa bukan yang dituduh tetapi sebagai saksi. Mengapa perlu mangsa sanggup membunuh diri sekiranya benar mangsa membunuh diri?

9. Difahamkan dan dilihat dari foto, baju mangsa terkoyak ketika ditemui. Apakah yang menyebabkan baju itu koyak? Mungkinkah baju itu tersangkut di mana-mana tempat terlebih dahulu sebelum mangsa terjatuh? Atau, mungkinkah berlaku sebarang pergelutan sebelum beliau mati?

Mungkin banyak lagi persoalan yang bermain difikiran kita. Oleh yang demikian tidak wajar kita menuding jari kepada sesiapa tentang punca kejadian ini. Untuk berlaku adil, tiada pilihan lain melainkan satu Siasatan Bebas mesti diadakan. Tindakan tegas wajib diambil jika didapati ada pihak atau individu yang terlibat di dalam kejadian ini. Kita redha jika Siasatan Bebas mendapati bahawa mangsa sememangnya berniat untuk membunuh diri atau pun berlakunya kemalangan yang tidak disengajakan. Jika puncanya adalah membunuh diri, siasatan juga perlu dibuat mengapa dan apakah motif mangsa berbuat demikian. Mudah-mudahan pihak bertanggungjawab telus di dalam kes ini.

Apapun, hikmah dari tragedi ini dapat kita lihat betapa pimpinan dan penyokong PR bersatu hati dan bersimpati di atas apa yang berlaku. Perhimpunan pagi tadi menggambarkan betapa PR sentiasa peka dengan kejadian-kejadian seperti ini. Difahamkan beberapa pimpinan PR hadir menunjukkan simpati mereka di bangunan SPRM pagi tadi termasuk DS Anwar, Tan Sri Khalid, Lim Kit Siang, Salehuddin Ayob, DR Hatta Ramli dan beberapa pimpinan yang lain sehinggakan beberapa pimpinan dan penyokong PR telah ditahan Polis pagi tadi. Syabas buat mereka dan syabas buat penyokong-penyokong PR. Inilah masa untuk kita memperkuatkan perjuangan PR dan bersatu padu. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Marilah kita sedekah apa yg patutu utk dia

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Kepada sesiapa yang nak berpadu kasih dengan Kerajaan Perpaduan inilah masa yang sesuai pergilah peluk dan cium UBN

    BalasPadam
  4. SPRM ini hanyalah alat untuk menjahanamkan PR.Nampak jelas lagi bersuluh..Inilah yang menaikkan kebencian kita kepada Umeno/BeyN.Semakin jijik dan menjijikkan. Siapa Ketua Perhubungan Umeno S'gor?Cuba la tujuk pentadbiran kelas dunia tanpa ada sikap bias. Sedangkan kes PKFZ berjumlah ratus billion tak dijenguk ini SPRM sibukkan dengan siasatan bodoh macam ni. Apapun kau buat, dimata rakyat Umeno/BeyN hanyalah biawak hidup je pada rakyat.Rakyat tahu yang Umeno/BeyN ni cuma sampah je tahap pentadbiran. Kamu meosakkan imej je. Undur je lah dari mentadbir Malaysia.

    BalasPadam