Selasa, 29 September 2009

ISA SAMAD TETAP CALON BN DI BAGAN PINANG?

Kekal ISA?

29 Sep 2009 2:51AM

TAK lama lagi. Petang ini, Selasa semua orang akan tahu siapa yang akan jadi ayam tambatan Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang.

Memang ramai yang tak sabar nak dengar pengumuman yang bakal dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin.

Berbeza dengan siri pilihanraya kecil sebelum ini kes Bagan Pinang agak unik sikit.

Bukan saja ini kali pertama pilihanraya kecil betul-betul akan diadakan di kubu buat UMNO tetapi yang paling hangat ialah tentang calon.

Ini kerana ia melibatkan nama Tan Sri Isa Samad yakni asalnya satu-satunya nama yang dikemukakan oleh UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk jadi calon pilihanraya kecil yang penting ini.

Namun teka teki menjadi semakin rancak Isnin bila Muhyiddin sahkan kepada para wartawan selepas satu majlis di Putrajaya bahawa UMNO Bahagian itu sudahpun serahkan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan jadi calon kepada Perdana Menteri dan beliau.

Beliau tidak menyebut nama berkenaan.

Namun Muhyiddin kata beliau yakin calon yang akan diumumkan pada petang Selasa akan diterima oleh semua ahli parti dan parti-parti komponennya.

Sudah lapan kali sebelum ini ada saja yang ikut ceritanya serba tak kena tentang calon BN masa pilihanraya kecil.

AKAR UMBI TETAP YAKIN ISA DIPILIH

Walaupun di selubungi kontroversi di sebalik karier politiknya tetapi Barisan Nasional (BN) dijangka akan meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Pemilihan Isa sebagai calon dilihat dapat memenuhi kehendak pengundi DUN Bagan Pinang yang masih mahukan beliau berkhidmat kepada penduduk setempat berdasarkan perkhidmatannya sebelum ini sebagai menteri besar dan juga wakil rakyat di kawasan itu.

Berdasarkan rekod pengalamannya, Isa pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Linggi selama enam penggal, termasuk sepenggal sebagai Ahli Parlimen Jempol.

Menurut sumber, Umno Telok Kemang yakin kepimpinan Umno Pusat di bawah Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan membuat pilihan yang tepat berdasarkan kemampuan dan penerimaan seseorang itu di kalangan pengundi.

"Kita yakin (Umno) Pusat akan memilih Tan Sri Isa sebagai calon kerana beliau memang dikenali dan masih diterima oleh penduduk di sini.

"Dan BN perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya kerana faktor calon itu sendiri bakal menjadi penentu untuk BN mengekalkan penguasaan di Bagan Pinang," kata sumber tersebut kepada mStar Online.

Malah penerimaan Isa di DUN Bagan Pinang juga dilihat bersesuaian kerana beliau merupakan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang di samping mempunyai rantaian sanak saudara dan keluarga yang ramai di situ.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).

Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN.

Sokongan dan penerimaan penduduk setempat terhadap Isa juga dapat dilihat berdasarkan cadangan pada peringkat awal oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang yang hanya menyenaraikan nama beliau sebagai calon.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, pada 4 September lepas. Azman adalah ADUN daripada BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 3 Oktober ini dan jika ada pertandingan, hari pengundian adalah pada 11 Oktober.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa BN telah menerima lebih daripada satu nama yang dicadangkan sebagai calon di DUN Bagan Pinang.

Muhyiddin turut berkata beliau yakin calon yang akan diumumkan BN pada petang esok tidak akan mendapat bantahan malah akan diterima oleh semua ahli parti dan parti-parti komponennya.

Kenyataan Muhyiddin itu mungkin sedikit sebanyak dapat memberi petunjuk kepada kemungkinan Isa akan dipilih sebagai calon untuk mewakili BN.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon yang paling layak untuk mewakili parti itu.

"Saya serah kepada pucuk pimpinan, saya sendiri pun tak tahu siapa yang akan dipilih, kita tunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat oleh Timbalan Presiden esok," katanya.

Diminta mengulas sama ada BN akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang di DUN Bagan Pinang jika meletakkan calon berpengalaman seperti Isa, beliau berkata: "Saya enggan komen mengenai perkara ini, ini semua hanya spekulasi, saya yakin dengan keputusan kepimpinan peringkat pusat." / Agendadaily, Mstar


Kita yakin (Umno) Pusat akan memilih Tan Sri Isa sebagai calon

2 ulasan:

  1. ese memang dah agak dah...takdo orang lain dari cikgu Iso...mano ado orang yg boleh bowi duit RM1000 kat perwakilan, jang????
    lopeh ni, orang Podiksen rayo sakan...11 Oct tu dalam bulan Rayo lai....12 oct, kito boleh poi telok komang nengok anak bulan..kalau tak leh nengok bulan, dacing la monang...kito rayo lah lai...hari rayo eidul fulus....

    BalasPadam
  2. Jangan benarkan pencuri masuk rumah kita 2X.
    Ketua UmNooo hendak isa sebab isa sumbing tu dah janji tabur duit kat dia...UmNoo B.Pinang tu bukan nak sangat isa tu...tapi nak duit dia jeee.

    BalasPadam