Rabu, 16 September 2009

PKR BANTU KELUARGA ISTERI PM ?

PKR hulur hadiah pada keluarga Rosmah
Jimadie Shah Othman
Sep 16, 09
12:57pm


Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.

"Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja.

"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu melahirkan rasa tidak senang dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.

Rosmah bagaimanapun tidak pernah memberikan reaksinya berhubung kandungan video tersebut, atau mengesahkan mereka anggota keluarganya, yang kelihatan memaparkan imej negatif kepadanya./Malaysiakini

5 ulasan:

  1. Hai PR ni dah tak dak kerja... banyak lagi orang yang lebih miskin dan daif. Jgn dok pikir political mileage. Buat biar ikhlas..

    BalasPadam
  2. biar la mereka miskin, kut kaya dikata kroni pulak...tah apa apa entah.

    BalasPadam
  3. rosmah memang PUAKA

    BalasPadam
  4. aku igt ko ni onani.....oopppps....anonymous mmg gile

    BalasPadam
  5. pandai le orang politik main isu.takut bangsa melayu akan layu je. menang sorak tapi kampung tergadai.

    BalasPadam