Pengumuman PM baru-baru ini yang menetapkan 16 Sept sebagai cuti umum setiap tahun bermula tahun depan memang dialu-alukan. Seperti biasa, media pencacai memuja memuji langkah yang diambil oleh Najib termasuk pak-pak menteri yang laju anggukan kepala mereka menyokong apa yang diumumkan oleh Najib. Kita bersetuju dengan langkah tersebut kerana itu sememangnya hasrat kita sejak dari awal bermula dari cetusan idea DS Anwar tidak berapa lama dahulu.
Bezanya, semasa DS Anwar mengagungkan tarikh 16 Sept sebagai tarikh yang perlu disambut sepertimana tarikh 31 Ogos, tidak seorang pun menteri yang merasa cerdik dan pintar untuk menyambut cadangan tersebut. Termasuklah media perdana yang langsung tidak terfikir betapa jauhnya pandangan DS Anwar. Sudah nasib mereka dijadikan sebagai Pak Turut atau burung belatuk yang cuma mengangguk bila tuan mereka batuk atau bersin.
Jelas pada kita, Najib tidak punyai idea langsung sehinggakan tanpa segan silu mengutip satu persatu idea yang dibawa oleh DS Anwar dan juga idea dari PR. Konsep 1 Malaysia jelas condong ke arah idea PR yang ingin memberikan kesamarataan di kalangan rakyat. Umno juga terpaksa meniru idea PR khususnya konsep yang ingin dibawa oleh PKR. Bezanya, kesemua yang ditiru oleh Najib dan Umno hanyalah kosmetik semata-mata. Sehingga kini, tiada pendekatan ke arah itu dan mereka sendiri pun hilang arah untuk mentadbir negara ini.
Kita percaya, konsep yang bersifat kosmetik ini tidak mampu bertahan lama kerana pemimpin Umno dan Bn yang ada tidak punyai kekuatan diri. Mereka sudah sebati dengan semangat Assabiyyah perkauman mereka serta tidak lagi jijik dengan perilaku rasuah di kalangan mereka. Benarkah pindaan perlembagaan di dalam Umno baru-baru ini menunjukkan sikap Umno tidak merestui pemimpin rasuah? Sukar untuk dijawab kerana Umno masih mempunyai pemimpin seperti Nazri Aziz, Ali Rustam dan terbaru yang diagungkan adalah Isa Samad.
Sehubungan itu, PR perlu terus berusaha meyakinkan rakyat bahawa Umno tidak akan berubah walau seinci sekali pun. Mereka mahu ahli bawahan mereka bersih, jujur dan ikhlas sedangkan diri mereka yang di atas penuh terpalit kekotoran dan noda. Amat malang jika mereka yang di bawah masih setia dengan pemimpin seperti ini. Pemimpin yang sentiasa menganggap bahawa politik wang bukan jenayah dan bukan rasuah. Sampai bila mereka di bawah ini sanggup diperbodohkan?/Kembali ke laman asal di sini.

Najis Nazak banyak idea untuk rompak harta negara aje
BalasPadam16 sept adalah hari sejarah buat BN seolah olah menyindir DSA yg gagal menubuhkan kerajaan baru...itu bukan alasan untok kita terus berjuang..BN sudah ketandusan akal maka diciplak apa saje yg bole menguntungkan UMNO dan kerajaan BN.sejarah telah menunjukan party yg gagah perkasa tumbang akhirnya inikan pulak cuma UMNO BN yg berapa kerat sangat penyokongnye yg tinggal.. kita tunggu masa dan ketikanye UMNO BN juga mengalami nasib yg sama. akan tersungkur jugak akhirnya kini yg tinggal cuma talian hayat dan najis najis yg kotor lagi mengotorkan.
BalasPadam