Ahad, 1 November 2009

EZAM `RAJA SESUMPAH' MULA BERKOKOK , WAN AZIZAH SASARAN KALI INI

Oleh: WFAUZDIN NS

BEGITU lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah. Selepas suara beliau tenggelam di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Kuala Terenganu di dalam pilihanraya kecil yang menelanjangkan Umno, suara raja sesumpah berkeramat ini terus tenggelam. Mungkin menyedari ada benarnya setiap kali beliau menjejakkan kakinya ke mana-mana kawasan pilihanraya, pastinya mendatangkan `suwey' (malang/bala) buat Umno. Ada juga betulnya kerana apabila raja sesumpah yang juga dipanggil raja kotak ini tidak melibatkan diri, Umno mampu menang sepertimana di Bagan Pinang.

Baru-baru ini teragak pula beliau untuk bersuara walaupun tiada pilihanraya. Kali ini kerana meraikan sahabat lamanya iaitu Adun Pelabuhan Kelang YB Badrul yang keluar dari PKR dan menyokong Bn. Ahli Bebas tetapi sokong Bn, samalah juga dengan `mazhab' raja katak Ibrahim Pasir Mas. Tetapi, yang buat kita rasa Badrul ini sememangnya wajar keluar dari PKR adalah kerana beliau bukan seorang yang cerdik dalam berpolitik. Cara beliau memberi alasan untuk keluar dari PKR pun jelas menunjukkan Badrul ini kurang cerdik malah setaraf Ketua Umno Cawangan sahaja. Alasannya entah mana satu yang betul, sekejap kata tidak percaya kepada kepimpinan MB Selangor Khalid yang tidak membantunya menguruskan kemajuan di kawasannya. Katanya, peruntukan di Dun nya disekat malah dilantik pula wakil khidmat masyarakat yang lain di kawasannya seolah-olah beliau tidak berfungsi. Lepas itu, dikatakan beliau keluar dari PKR kerana yakin kesalahan moral yang dilakukan oleh DS Anwar. Pulak dah!!

Ezam raja sesumpah pun terikut menjadi bebal seperti Badrul. Dahulunya Ezam ini cerdik kerana bercampur dengan orang cerdik, tetapi kini menjadi sebaliknya. Tiba-tiba sahaja Ezam raja sesumpah menyerang DS Wan Azizah. Kita faham betapa kecewanya raja sesumpah setelah berbuih mulutnya menyerang DS Anwar tidak pernah dilayan oleh Ketua Pembangkang ini, kini beliau beralih arah untuk menyerang pemimpin wanita pula. Dayusnya raja sesumpah. Mungkin itulah lawannya sekarang. Tiada terdaya raja sesumpah untuk menandingi DS Anwar bekas gurunya, kini mencari wanita pula. Jika hujahnya itu benar-benar meyakinkan tidak mengapalah juga, tetapi hujahnya sama seperti hujah Dato' Nalla kawan karibnya. Siapa Ezam yang sudah bergelumang dengan Umno ini hendak bersuara pasal moral? Ezam bukan tidak nampak masih ramai pemimpin Umno yang terbukti melakukan rasuah yang masih memegang kuasa, tetapi Ezam butakan mata sebaliknya menuduh DS Wan Azizah yang tidak pernah mengusiknya itu. Kenapa Ezam tidak bicara pasal KM Melaka yang terbukti terlibat di dalam politik wang itu yang masih menjadi KM? Bagaimana cerita Ketua Pemuda Umno, KJ yang terlibat sama masih memegang jawatan Ketua Pemuda? Jelas, Ezam dibutakan matanya setelah berada dalam kotak Umno.

Untuk bicara soal moral, Ezam langsung tidak bermoral. Berjanji tidak akan sertai mana-mana parti politik termasuk Umno sewaktu beliau memimpin GERAK, kini apa yang Ezam lakukan? Dalam blog saya masih ada ucapan Ezam yang berjanji tidak akan sertai Umno, dengarkan sendiri dari mulut raja sesumpah ini. Sekejap-sekejap kata DS Anwar perosak perjuangan bangsa. Bila ianya tidak laku, tuduh pula DS Anwar ini atas salah laku moral. Bila ianya tidak laku juga, beralih pula kepada tuduhan kononnya DS Anwar memimpin PKR hanyalah untuk kepentingan DS Wan Azizah dan Azmin. Hujah itu pun masih tidak laku, maka Ezam beralih untuk menyerang DS Wan Azizah. Entah apa asas perjuangan Ezam kita pun tidak tahu. Perjuangan untuk Melayu? Islam dan moral? Rasuah? Jika itulah perjuangan Ezam, beliau silap tempat berada dalam kotak Umno.

Sekarang semua sudah kenal raja sesumpah ini. Beliau sebenarnya kecewa kerana sepanjang beliau berada dalam PKR sebelum itu KeADILan, parti ini tidak membangun seperti sekarang. Beliau keluar dari KeADILan (PKR) dan memasuki GERAK kononnya untuk melawan rasuah, kita ingatkan ramai yang akan menurut jejak langkahnya tetapi berapa orang yang ikut? Akhirnya beliau sendiri keluar dari GERAK dan masuk parti yang masih menyimpan pemimpin rasuah ini. Orang seperti inikah untuk bercakap soal moral? Beliau dan Dato' Nalla tuduh DS Anwar bermacam-macam kemudiannya suruh DS Anwar saman beliau dan Dato' Nalla. Apa dia ingat DS Anwar melatah dan terikut dengan kerja bodoh dia? Kita tahu orang itu mencuri, kita tuduh dia kemudian kita suruh dia saman kita. Bukankah itu kerja bodoh? Mengapa jika kita tahu siapa yang mencuri, ada bukti nyata pula, kenapa kita tidak lapor sahaja?

Saya yakin selepas ini raja sesumpah akan cabar DS Azizah saman dia selepas dia menuduh DS Azizah bermacam-macam. Itulah stail Ezam yang telah ketandusan idea untuk mencari sesuap nasi dalam politik barunya. Saya harap selepas beliau gagal untuk menyerang DS Wan Azizah, beliau jangan putus asa. Cubalah pula untuk menyerang YB Nurul Izzah pula kemudian suruh YB Nurul Izzah saman beliau. Mungkin boleh dibuat cerita tentang seorang `pemuda' yang memanjat tembok untuk memikat Nurul Izzah suatu ketika dahulu. Mungkin Sdr Lokman Noor Adam tersenyum dengan cerita `pemuda panjat tembok' ini. Siapa `pemuda' itu ya? /Kembali ke blog asal di sini.

5 ulasan:

  1. Diwaktu zaman reformasi dulu, aku anggap ezam
    saorang anak muda yg berjuang atas dasar prinsip. Setiap kali berceramah begitu lantang
    dan tegas dgn idea2 yg menarik serta berani.
    Dimana2 saja, aku tetap mengikuti ceramahnya
    dgn penuh minat. Apa tidaknya, dia dgn penuh
    lantang mengkritik dasar2 kerajaan yg zalim,
    yg tidak adil dan menteri2 yg rasuah
    penuh emosi dan berani. Tapi kini setelah dia
    keluar dari PKR dan menyertai UMNO, aku anggap
    dia saorang yg bacul dan tidak berprinsip.
    Dalam ceramah2nya,dia banyak bersumpah dgn
    tidak akan menyertai UMNO. Apa yg dia tidak
    kata pada UMNO, zalim, jahat, binatang, bacul,
    perasuah dan bermacam2 lagi. Katanya lagi, org
    yg menyertai UMNO adalah orang yg tidak ikhlas
    dan berkepentingan. Dgn nama tuhan dia besumpah tidak akan bersama2 UMNO. Tapi segala2
    nya telah pun berlalu, dia kini sudah pun
    menyertai UMNO yg dia sumpah dulu. Itulah Ezam,
    saorang anak muda yg rupa2nya tidak memegang
    pd janji sumpahannya dulu. Kini aku anggap
    dia, saorang yg bacul dan penakut serta
    pengkianat kpd perjuangannya.

    BalasPadam
  2. MEREKA-MEREKA INI BAHLOL,TONGGONG DAN KELABU ASAP ,WALAU DAH TAHU KEBANYAKKAN PEMIMPIN UMNOI /BN PERASUAH,PENYONGLAP & PENYELEWENG TAPI MASIH AMPU & JUNJUNG JADI PEMIMPIN NEGARA BERNAMA MALAYSIA ! TANG MANA TAH OTAK MEREKA NI SEMUA ? ATAU KERANA JUGA SAMA SEWAKTU SERASUAH MACAM PARA PEMIMPIN-PEMINPIN BARISAN RASUAH DINEGARA DARUL RASUAH ! TUNGGU SAJA BALA DARI ALLAH SWT PADA NEGARA PENGAMAL RASUAH ! SUNGGUH MALANG RAKYAT MALAYSIA DIPIMPIN PARA PENYAMUN TARBUSH !

    BalasPadam
  3. Memang Ezam bacul dan pengkianat kpd perjuangannya. Keluar PKR memang tak salah
    kerana itu adalah haknya. Tapi yg salahnya
    keluar PKR masuk UMNO parti yg dia sendiri
    tentang habis-habisan pasal rasuah. Apakah ada
    prinsipkah orang ini, apakah bolih jadi pemimpinkah orang ini? Memang layak dipanggil
    pengkianat kpd PKR dan raayat..

    BalasPadam
  4. ezam dah tahu cengkadak pkr,cuma penyokong pkr yang bangang lagi bahalul je tak reti di untong hidup dimalaysia ni....

    BalasPadam
  5. pirah !!!! engkorang pun sama la . cakap orang je yang salah , sendiri mahu ingatla, jangan sokong sesiapa tu membuta tuli ,,,, selidik kebenaran,,, kalau x orang x kata ,,, jangan buta mata & pekakkan telinga,,, ada hati & perasaan ,,,tanya diri sendiri.....

    BalasPadam