Rabu, 25 November 2009

KEHEBATAN MURSYIDUL AM PAS SELAKU MB KELANTAN

Pas Pusat berhak tegur pentadbiran negeri

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tertekan ataupun pun tergugat dengan tindakan Pas Pusat menasihatinya supaya menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berundur dari jawatan ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menyifatkan perkara tersebut lumrah dalam sebuah parti, Mursyidul Am Pas itu berkata, apa yang dilakukan oleh Pas Pusat itu adalah adil memandangkan beliau sendiri menegur kepimpinan pusat supaya mengadakan Muktamar Khas Agung (EGM) baru-baru ini.

“Tak ada tekanan, biasa la, sebelum ini saya tekan (Pas) pusat melalui cadangan pemilihan baru parti, sekarang pusat tekan saya, pakat tegur menegur, asas Islam begitu,”katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di kediaman rasminya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kewajaran tindakan Pas pusat yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din membuat kunjungan serta memberi nasihat bagi menyelesaikan kemelut yang melanda perbadanan tersebut kelmarin./Sinar

4 ulasan:

  1. wayang kulit je nih

    BalasPadam
  2. Memang hebat.

    Keramat pulak tu dengan selipar jepunnya.

    Bukan begitu?

    BalasPadam
  3. setinggi mana ilmu sehebat mana pangkat jiga tak menerima teguran maka dialah seteruk2 manusia,
    contoilah tuan guru sebagai pemimpin yang berilmu mengikut resam padi semakin berisi semakin tunduk pada allah

    BalasPadam
  4. Sila ambil perhatian kepada komen saya ini. Tok Guru kita maklum adalah ikon PR. UMNO/BN berpendapat.Dengan menjatuhkan Tok Guru.Maka jatuhlah PR. Sebab itu kita lihat tahun ini Tok Guru sentiasa dihentam atas depan belakang bawah. Jadi kita hendaklah kukuhkan sokongan kita pada tok guru.meminta beliau supaya 'slow' sedikit dan kita hujankan UMNO/BN dengan isu supaya mereka pula yang menjadi defensif sambil2 itu kita jernihkan persepsi masyarakat terhadap pimpinan kita iaitu TG abdul hadi dan TG nik aziz. Saya bukan pro husam,pro nasa,pro mustafa ali,pro tg nik aziz, tapi saya bercakap demi kepentingan perjuangan ISLAM di Malaysia.

    BalasPadam