Rabu, 25 November 2009

Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala

Nov 25, 09 4:40PM
Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya ada kaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam perisik persendirian itu, Americk Singh Sidhu.

Menurutnya, fakta-fakta nampaknya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu dia lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.
americk siva pc 040708 02
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik Najib - Datuk Nazim - dan menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa dia (Nazim) berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan dari abangnya?".

Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib - Datin Seri Rosmah Mansor - supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

anwar ibrahim press conference 030708 04 balasubramaniamNajib telah berulangkali menafikan spekulasi bahawa beliau adalah di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan balasubranamiam menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan pertemuan seterusnya beliau dengan bekas pegawai polis itu, selepas muncul semula dari persembunyian setahun kemudiannya.

Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."

"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.

Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".

Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana subahat dan konspirasi.

Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Bala di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.

Berikut adalah bahagian pertama daripada dua siri wawancara dengan Americk:/Malaysiakini

4 ulasan:

  1. Tegakkan kebenaran jangan biarkan segala kemungkaran terus melanda takut didatangi azab dari Allah swt yang mana tidak mengenal lagi yang baik atau mereka yang jahat.

    BalasPadam
  2. MOGA KEBENARAN AKAN MUNCUL,KEJAHATAN WALAU BAGAIMANA PUN DISEMBUNYIKAN AKAN TETAP TERDEDAH DAN KEBENARAN PASTI MENANG WALAU BERAPA BANYAK BALATENTERA,SEGALA UNDANG-UNDANG DAN AKTA TETAP TIDAK DAPAT MENAHAN KUASA ALLAH SWT DEMI KEBENARAN ,SANGGAH KEZALIMAN HINGGA AKHIR HAYAT ! ALLAHU AKBAR !

    BalasPadam
  3. Sila ambil perhatian kepada komen saya ini. Tok Guru kita maklum adalah ikon PR. UMNO/BN berpendapat.Dengan menjatuhkan Tok Guru.Maka jatuhlah PR. Sebab itu kita lihat tahun ini Tok Guru sentiasa dihentam atas depan belakang bawah. Jadi kita hendaklah kukuhkan sokongan kita pada tok guru.meminta beliau supaya 'slow' sedikit dan kita hujankan UMNO/BN dengan isu supaya mereka pula yang menjadi defensif sambil2 itu kita jernihkan persepsi masyarakat terhadap pimpinan kita iaitu TG abdul hadi dan TG nik aziz. Saya bukan pro husam,pro nasa,pro mustafa ali,pro tg nik aziz, tapi saya bercakap demi kepentingan perjuangan ISLAM di Malaysia.

    BalasPadam
  4. Bayar RM 5 juta senyaplah paria ni...dia bising bukan apa...duit tu belum dapat lagi. itu je!!!

    BalasPadam