Ahad, 29 November 2009

PAS TIDAK SEMPURNA, JAWAPAN BUAT EZAM

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHBAR Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan raja sesumpah Ezam yang sebelum ini begitu lama menyepikan diri. Kali ini raja sesumpah seperti sudah bosan untuk menghentam bekas sifunya DS Anwar setelah kali terakhir beliau menghentam seorang wanita iaitu DS Wan Azizah. Apabila DS Anwar dan DS Wan Azizah tidak berselera untuk menyahut cabaran bodoh dari Ezam, maka Ezam kini beralih pula kepada parti PAS sebuah parti yang dahulunya Ezam sanjung sebagai parti yang layak memerintah Selangor.
Akhbar Sinar hari ini mengeluarkan kenyataan raja sesumpah bahawa parti PAS bukan sempurna. Islam itu sempurna sedangkan Parti Islam adalah satu perkara yang lain dan tentunya tidak sempurna. Saya sendiri tidak tahu semenjak bila kita mengatakan PAS itu sempurna dan bila pula kita menganggap bahawa PAS itu agama? Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS juga bukan maksum dan sudah tentu parti yang diterajuinya tidak sempurna. PAS adalah wadah untuk memperjuangkan Islam, manakala Umno pula wadah untuk memperjuangkan semangat kebangsaan. Jauh bezanya perjuangan kedua-dua parti ini dan raja sesumpah sanggup menyembah parti yang bersifat kebangsaan dan menentang parti yang memperjuangkan agama.
Oleh yang demikian, tidak hairan apabila Ezam sentiasa mencari kelemahan PAS untuk menghalalkan tindakannya menjilat ludah beliau untuk kembali bersekongkol dengan Umno yang suatu ketika beliau menganggap sesiapa yang menyertai Umno hanyalah untuk kebendaan. Ezam kini tiada arah di dalam perjuangannya setelah terperangkap dengan kebijaksanaan Umno memerangkap beliau dengan umpan keduniaan. Beliau kini terpaksa mencari salah dan silap PAS setelah beliau gagal untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap PKR. Memang benar PAS tidak sempurna tetapi sehingga kini tidak seorang pun pemimpin PAS yang didapati terlibat dengan rasuah atau penyelewengan jauh sekali melakukan kezaliman terhadap rakyat. Bagaimana dengan parti yang dijunjung oleh Ezam? Kredibiliti Presiden Umno sendiri pun dipertikaikan dengan berbagai salah laku.
Rakyat sudah dapat menilai apa yang berlaku terhadap PAS cuma isu kepimpinan di peringkat dalaman dan bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Itu pun isu yang terlalu mudah akan dapat diselesaikan kerana kepimpinan PAS bukan seperti Umno. Umno berebut jawatan kerana inginkan kebendaan dan kepentingan sendiri, sedangkan PAS mahukan perubahan hanyalah untuk memperkuatkan perjuangan membela Islam dan rakyat. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Kelantan amat menakjubkan kita. YB Husam Musa berkeras tidak mahu dicalonkan sebagai MB Kelantan, begitu juga dengan YB Nik Amar. Pernahkah ini berlaku dalam Umno?
Sekali lagi ingin kita nasihatkan Ezam agar berfikirlah dengan hati dan iman jika beliau masih beriman. Tanyalah pada diri Ezam sendiri, antara Umno dan PAS, manakah yang lebih baik dan telus? Jawablah dengan jujur dan jangan menipu diri sendiri. Jika beliau rasa malu dan segan untuk kembali bersama dengan rakyat untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, sewajarnya beliau diam sahaja kerana apabila beliau bersuara menunjukkan bukti betapa kata-katanya dahulu memang benar bahawa `hanya mereka yang mahu kebendaan sahaja yang sanggup duduk dalam Umno'. /kembali ke laman asal.

5 ulasan:

  1. Memang tidak ada sesiapa yg sempurna didunia
    ini. Apa tah lagi dgn PAS. PAS hanyalah sebuah
    parti ciptaan manusia, tentulah tidak sempurna.
    Yang sempurnna hanyalah Allah..
    Kalaulah PAS tidak sempurna, Ezam lebih tidak
    sempurna drp PAS. PAS berjuang hanyalah utk
    menuju kejalan Allah, demi menegakkan kebenaran
    dan keadilan. Manakala EZAM berjuang utk apa?
    Kalaulah ikut prinsip, Ezam lebih hina drp
    PAS. Dulu sewaktu dlm PKR, apa yg Ezam tidak
    kata pada UMNO, jahat, zalim, perasuah sehingga
    kan keseluruhan pemimpin UMNO dimakikan Ezam.
    Kemudian sekarang ini,Ezam menyertai UMNO
    pulak dan jilat kembali punggong pemimpin2
    UMNO yg dia sendiri maki hamun. Apakah Ezam
    lebih sempurna daripada PAS? Tapi PAS tetap
    berprinsip, menentang segala kemungkaran yg
    dilakukan olih UMNO. Jadi EZam harus sedar yg
    dia tidak layak utk menjadi saorang pemimpin
    yg berkualiti. Pemimpin yg berkualiti adalah
    pemimpin yg berprinsip dan tidak ada kepentingan peribadi..dan kalaulah dia benar2
    berprinsip, dia tidak akan menyertai UMNO dan
    menjilat kembali ludah2nya kpd UMNO.

    BalasPadam
  2. BIARKAN SI SESUMPAH DENGAN SUMPAHNYA ,BIARKAN DIA JANGAN LAYAN ,BIARKAN SI SESUMPAH TERJUN DENGAN LABUNYA !

    BalasPadam
  3. suka hati kau le Ezam, budak tadika pun tak nak dengar ckp kau

    BalasPadam
  4. Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam (Mohd Nor) dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi. Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga dia berasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi boleh kecut dan kempis. Congak ini salah.

    Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial. Mat Ezam hanyalah manifestasi daripada harapan ini.

    Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR, Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam.

    Kesian, apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah - untuk bersembahyang Jumaat; kalau dahulu, sepuluh masjid tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai, bukan oleh individu.

    hishamudinrais - malaysiakini

    BalasPadam
  5. Nak cakap apa lagi, umpama nasi lemak basi saja, jual tak laku makan tak boleh. Bukan satu bungkus berkotak-kotak pula. Sudahlah Mat Sumpah ooi!! Dah berbuiiiih mulut kau!!! Baik kau muhasabah diri, jaga anak bini...cari rezeki cara halal jangan duk pekena sana-sini...dah tak laku>

    BalasPadam