Sabtu, 21 November 2009

WAJARKAH ARIF FAHMI LETAK JAWATAN DI PMBK ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT di PMBK masih belum berkesudahan. Siasatan oleh SPRM terhadap perbadanan di bawah MB Kelantan ini mungkin masih berjalan dan belum ternampak oleh kita samada berlaku sebarang penyelewengan atau tidak di dalam pengurusan PMBK. Apa yang kita nampak setakat ini adalah terpelantingnya seorang kakitangan PMBK merangkap blogger yang bergelar Kickdefella. Dikatakan Kickdefella adalah orang kuat kepada YB Husam Musa seorang Exco yang memegang jawatan penting di dalam kerajaan Negeri Kelantan.

Belum selesai siasatan di PMBK, belum ada sebarang tangkapan atau tahanan terhadap mana-mana kakitangan PMBK oleh SPRM, heboh satu dunia mahu agar CEO PMBK Arif Fahmi menantu kepada Tok Guru Nik Aziz meletakkan jawatan. Kononnya Arif Fahmi banyak mencemarkan nama baik MB Kelantan yang juga Bapa Mertuanya itu. Apa yang Arif Fahmi cemarkan itu? Memecat Kickdefella bolehkah dianggap mencemarkan imej Tok Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan? Adakah menantunya itu gagal di dalam melaksanakan tugas atau pun mempunyai rekod yang buruk sebelum ini? Jika disabitkan dengan rasuah atau pun pecah amanah serta penyelewengan di dalam menguruskan PMBK, memang wajib beliau ditendang keluar dari PMBK bahkan wajib didakwa. Sebab apa Arif Fahmi mesti dikeluarkan dari PMBK?

Adakah kerana Arif Fahmi itu menantu kepada MB Kelantan maka beliau tidak layak menguruskan perbadanan penting itu? Sebagai menantu kepada MB, apakah beliau tidak layak untuk membantu bapanya mengkayakan ekonomi negeri Kelantan? Berapa banyak harta PMBK yang dilesapkan oleh Arif Fahmi? Saya menjadi pelik dengan mereka yang beriya-iya sangat mahukan Arif Fahmi dipecat dari PMBK. Mengapa tidak menunggu terlebih dahulu hasil siasatan SPRM terhadap PMBK sebelum kita menilai Arif Fahmi layak atau tidak berada di PMBK? Bukankah sudah berjela-jela kononnya bukti yang didedahkan oleh Kickdefella tentang salah laku Arif Fahmi, cuma kita menunggu benar atau tidak dakwaan Kickdefella itu setelah SPRM selesai menjalankan siasatannya. Jika benar dan dapat dibuktikan, saya amat bersetuju jika Arif Fahmi dipecat dan diambil tindakan. Tetapi, jika didapati tidak benar, maka zalim untuk kita menganiayai beliau dengan mendesaknya meletakkan jawatan.

Saya percaya sekiranya didapati tiada sebarang kes untuk mendakwa Arif Fahmi, mereka ini akan terus mendesak Arif Fahmi meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK atas alasan yang lain pula. Maka akan timbul lah dakwaan kononnya MB Kelantan itu mengamalkan kronisma. Kononnya untuk memulihkan imej Tok Guru Nik Aziz, Arif Fahmi mesti meletakkan jawatan. Semenjak bila imej Tok Guru Nik Aziz tercemar sehinggakan menantunya dijadikan kambing hitam? Apakah selama ini imej Tok Guru Nik Aziz bergantung kepada menantunya?

Arif Fahmi tidak perlu meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak melakukan kesalahan dan mampu menguruskan PMBK dengan baik dan telus. Pedulikan apa orang lain kata selagi beliau ikhlas berkhidmat. Jika benar Arif Fahmi banyak mencemarkan nama baik Tok Guru Nik Aziz, sudah lama PAS tersungkur di Kelantan kerana bukan baru-baru ini Arif Fahmi menjadi menantu Tok Guru Nik Aziz atau menjadi CEO PMBK. Sebenarnya saya melihat seperti ada udang di sebalik batu yang mendesak dan menekan MB Kelantan untuk menyingkirkan Arif Fahmi.

Tumpuan sekarang bukan terhadap siasatan SPRM, tetapi lebih tertumpu kepada siapakah yang akan dilantik menggantikan Arif Fahmi sekiranya kehendak mereka dituruti oleh MB Kelantan. Samada SPRM dapat membuktikan ada atau tidak berlaku penyelewengan di dalam PMBK tidak penting bagi mereka. Yang penting Arif Fahmi mesti berundur, itulah kehendak mereka. Sebab apa perlu berundur, Wallahu Aklam./Kembali ke laman asal.

18 ulasan:

  1. Secara persepsinya, menantu MB sudah tidak elok. Sudah jadi buah mulut sekian lama. Yang jadi isu sehari dua ini adalah kemuncaknya.

    BalasPadam
  2. Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

    Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

    “Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di sini, semalam. - sinarharian

    Nampaknya kealiman dan sifat warak yang mur SHIT dol am PAS ini tonjolkan selama ini sudah semakin terhakis, rakyat dah mula bersuara, malah alim ulama sudah hilang sabar dengan sikap, perbuatan dan kata-kata N.Ajis.Dikalangan alim ulama dari persatuan pondok negeri beliau sendiri sudah bersuara!

    Dikalangan kuda belang PAS pula memang sudah wujud 2 puak besar yang menyokong dan menentang beliau, Desakkan dan cadangan Zahid yang mahu menabalkan N.Ajis sebagai Ketua/Pengerusi PR juga telah menyebabkan penyokong Parti Keadilan mencebik dan mengumpat beliau dengan pelbagai keletah lucu. DAP pula melihat kuda tunggangan mereka ini sudah sampai kepada hukum tembak! Bagi DAP N.Ajis bukan sesiapa, beliau hanya 'penyedap' dan satu lagi watak dalam episod wayang kulit mereka.

    Yang lebih malang kewujudan anak menantu hantu telah meretakkan hubungan mesra dengan anak kesayangan nya si husam kusam. Perpecahan PAS Kelantan sudah semakin parah! Ini telah membuka lembaran baru kepada perbualan hangat sekelian rakyat di seluruh pelosok kelantan bahawa N.Ajis bukan satu-satu nya pilihan! N.Ajis bukan maksum dan bukan seperti mana yang mereka kenal dahulu, N.Ajis juga kebulor kepada harta dan kekayaan dunia! N.Ajis juga boleh disuap!

    BalasPadam
  3. Nate Putra Merdeka ni ado jah mano2 ngo artikel hok tulo.... Bodo nate UMNO

    BalasPadam
  4. Kepada Putra Merdeka.....sepatutnya mujor kalau PAS berpecah. Boleh UMNO tawan Kelantan Pulok.

    Yang menabalkan Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS ialah di kalangan pemimpin PAS. Buka di kalangan Persatuan Pondok.

    BalasPadam
  5. hanya staff pmbk yang tau apa sebenarnya berlaku dan si arif ni OK atau KO... baik cuba tanya depa... anda akn dapat jwpn yg tepat

    BalasPadam
  6. hanya staff pmbk yang tau apa sebenarnya berlaku dan si arif ni OK atau KO... baik cuba tanya depa... anda akn dapat jwpn yg tepat... tp jgn tanye set2 kaki ampu... tanya staff yg berprinsip 'amal makruf nahi mungkar "

    BalasPadam
  7. Tanya kat staff hok tak puas hati tu baru jolo.

    BalasPadam
  8. tulisan ini semata-mata berdasarkan pemerhatian dari jauh. Jadi kepada tuan punya tanah, kalau tak tahu cerita sebenar usah tumpang sekaki nak menulis. Kami orang kelantan yg sentiasa berada di bumi kelantan akui memang perlantikan Ariffahmi ni cacat bermula daripada awal lagi cuma Tok Guru degil dan tak nak terima pandangan orang lain dan orang-orang keliling pun kaki ampu tak nak bantah dengan bersungguh menyebabkan perlantikan ini berlaku dan akhirnya hari ini imej kerajaan nampak teruk.
    Tok Guru masih ada masa untuk perbetulkan kesilapan lalu dengan mengugurkan Ari fahmi...

    BalasPadam
  9. salam,
    dari tulisan wfauzdin bolehlah dibuat kesimpulan wfauzdin tak tahu apa apa peel perangai Arif Fahmi,rasa lebih baik tak payah ulas nanti semakin kacau kemelut di PMBK, tsunami boleh berlaku dimana-mana,reformasi mesti berlaku bagi melakukan pembetulan terhadap kepincangan yang berlaku,reformasi yang lebih besar pasti akan berlaku jika masalah di PMBK tidak diselesaikan.

    BalasPadam
  10. Tkasih. Oleh kerana saya tidak tahu maka saya minta siasatan dijalankan ke atas Arif Fahmi. Buktikan beliau telah melakukan penyelewengan, salahguna kuasa atau pun rasuah atau jika Arif Fahmi berbincang dalam kelambu dgn pemimpin Umno di Kelantan untuk meruntuhkan PAS. Jika terbukti, saya akan menulis untuk menyokong tindakan tegas ke atas Arif Fahmi. Jika tidak dapat dibuktikan, hanya sekadar tidak puas hati dengan perangai beliau, elok jika PMBK melantik Malaikat sebagai CEO PMBK yang baru. Wallahu Aklam. WFAUZDIN NS

    BalasPadam
  11. Bodoh nya mu, nak lantik malaikat?Biarlah rasional jawapan mu tuh.Mu tak nampok ke cerita Dollah Badawi dengan Menantunya si Khaori tu? Khairy tu lulusan Oxford.Tapi persepsi; itu pentingnya.

    BalasPadam
  12. sedikit demi sedikit terdedah pembohongan akibat kebencian melulu penentang PAS dan TGNA.
    dalam blog pencetus awal masaalah (kickdefella)dapat anda nilai sejauh mana kebenaran buroknya arif fahmi.tidak semestinya orang dekat(orang kelantan)nampak apa yang terjadi kerana kadang kadang orang dalam bilik pun tak tahu apa berlaku diluar,padahal orang luar tahu segala galanya.
    kejamkah Ariff jika memberi 2 bulan bonus pada staff PMBK dan tidak memberi pada 2 atu 3 orang sahaja.
    Terokkah sangat Arif fahmi kerana berjaya memberi peluang kerja sehingga 300% kepada anak Kelantan.
    Adakah logik dan masuk akal sKickdefell yang mengaku BUKAN AHLI PAS berjuang untuk PAS.

    BalasPadam
  13. Persepsi tidak begitu penting jika dibandingkan dgn ketelusan dan hak. PAS tidak akan jatuh hanya kerana persepsi tetapi akan tumbang jika PAS terbukti menyeleweng dari dasarnya. Persepsi boleh mempengaruhi org tetapi keberanian kita utk membuktikan persepsi itu salah boleh membantu menunjukkan kebenaran. Arif Fahmi mesti dibuktikan salah bukan diadili semata2 oleh persepsi. WFAUZDIN NS

    BalasPadam
  14. Persepsi-persepsi ini akan dijadikan periuk api dan peluru berpandu oleh pihak lawan disaat ketika kebenaran melalui mahkamah makan masa lama, walhal tempoh kempen hanya 10 hari.
    Ingat kes tengkolok tahun 1990, dan ubat expired tahun 2004.

    BalasPadam
  15. blogger erdogan bbaloh samo sediri... kah kah kah

    BalasPadam
  16. dear mulutlancang,,

    kairi ade jawatan ape..
    hehe..

    kairi kumpul kekayaan...
    ariffahmi ade kumpul kekayaan..itu bezanyaaa..

    BalasPadam
  17. bini riak dok pertahan suami....................

    BalasPadam
  18. Kalau dakwaaan kickdefella salah, sure kena saman bilion2 punya. Bila keturunan tok guru mula sibuk kumpul daki dunia, banyak yang teraniaya. TG dok rumah biasa, anak menantu luarbiasa. Yang pergi ikut anak menantu ehem2 kumpul harta buat apa, bukan boleh bawak masuk kubur pun. Rumah besar, kereta besar nak bagi orang puji ke,nak bangga2? Tak perlu plat kereta spesial, habiskan RM je. Tak hina dina pun kalau bersederhana mcm TG. TG dah tua, tak mampu nak menjaga semua anak menantu yang dah besar2 belaka.

    BalasPadam