Ahad, 10 Januari 2010

APABILA TOK JIB PETIK TERJEMAHAN AYAT AL-QURAN

Wanita mithali yang solehah ?
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA bercucuran lah air mata rakyat terutamanya yang menganut `mazhab Ameno' parti yang sekular dan bersemangat kebangsaan itu apabila Presiden mereka memetik terjemahan ayat Al-Quran. Tiada mereka sangka rupanya Presiden mereka `alim' dan tahu tentang isi Al-Quran dan amat bertuahnya mereka rasa memunyai Presiden sedemikian. Selama ini mereka selalu beranggapan bahawa Presiden mereka hanya tahu berbahasa `Monggolia' sahaja.

Mungkin Presiden mereka Tok Jib tahu isi Al-Quran, maka sebab itu lah isterinya sentiasa menutup aurat. Sebab itu lah juga gamaknya akta ISA masih dipertahankan dan sebab itu lah juga hukum hudud sedang berjalan sekarang di negara yang diperintah oleh Tok Jib ini. Maka, tidak hairan lah kes DS Anwar akan dibicarakan di mahkamah Syariah seberapa segera dengan menampilkan empat orang saksi. Di negara Tok Jib mana ada lesen judi dan arak yang dikeluarkan? Jika ada, itu hanya fitnah pembangkang sahaja. Mustahil insan warak yang tahu Al-Quran ini mahu berbuat demikian di dalam pemerintahannya.

Mengulas isu sensitif berkaitan Kalimah Allah dan juga perbuatan khianat membakar gereja, Tok Jib menunjukkan kewibawaannya sebagai Ulamak Ameno. Beliau memetik terjemahan ayat Al-Quran, "Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini. "Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."

Itulah kata-kata Tok Jib seperti yang disiarkan di dalam akhbar semalam. Bukan Tok Jib tidak boleh membaca Al-Quran, tetapi beliau tahu jika beliau membaca ayat Al-Quran ramai yang tidak tahu, maka beliau hanya membaca terjemahannya sahaja di dalam bahasa ibunda Tok Jib. Mungkin beliau selepas ini akan menterjemahkannya ke dalam bahasa Monggolia./Kembali ke laman asal di sini.

4 ulasan:

  1. Posting banggang dan tiada modal.

    BalasPadam
  2. Najis ni yang paling bijak baling batu sembunyi tangan...belajar dari Apa ke nama kut...

    Aku sikit pun tak percaya pada puak puak ni cakap lain buat lain.

    Ayuh jatuhkan puak Umngok ni supaya Malaysia boleh hidup aman..

    BalasPadam
  3. aku suka tengok siri Mr.Bean!!!

    BalasPadam
  4. Nak sambung sikit terjemahan ayat Al-An'am 108 bagi habis:"........Demikianlah Kami hiaskan bagi tiap umat amal perbuatannya, kemudian tempat kembali mereka kepada Tuhannya, lalu Allah mengkhabarkan kepada mereka akan apa-apa yang telah mereka buat."
    Mafhumnya kata Tok Lebai, Allah akan bagi tau dia, apa yang dia dah buat. Kalau penipu, dia kena terima berita dia penipu. Kalau rasuah terima berita rasuah. Kalau bakar gereja terima berita bakar gereja. Kalau baik terima berita baik. Kalau jahat terima berita jahat. Baca ayat kena bagi habis, kalau tergantung berdosa!

    BalasPadam