Khamis, 14 Januari 2010

EZAM SESUMPAH MUNCUL KEMBALI, ANWAR LAGI SASARANNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM, seperti yang pernah saya katakan dulu tidak akan bercakap melainkan jika ada modal baru untuk memburukkan DS Anwar. Apa yang tidak Ezam perkatakan tentang DS Anwar? Dari sebaik-baik orang dicop kepada DS Anwar sehinggalah seburuk-buruk orang juga dicop kepada DS Anwar. Buktinya, lihat kembali ucapan-ucapan Ezam semasa beliau berjuang di era reformasi kemudiannya sewaktu beliau berada di dalam Parti KeADILan. DS Anwar umpama `Malaikat' buat Ezam sehinggakan beliau popular dengan `Sumpah Keramat'nya.

Jika kita tonton kembali rakaman ucapan beliau, ayat yang paling popular yang pernah diluahkan oleh Ezam adalah, "Tunjukkan siapa yang masuk Umno itu ikhlas?". Itulah ayat yang popular sewaktu Ezam berada di dalam kumpulan pejuang rakyat. Kini, Ezam berada di dalam Umno. Maka, tidak hairan lah kita apabila Sesumpah ini berkokok ke hulu ke hilir mengikut musim. Umpama ayam kampung, di mana jagung ditabur, di situlah dia berlari. Bukankah Ezam pernah berjanji tidak akan sertai Umno? Rakaman video ucapan Ezam itu sengaja saya letakkan di dalam blog saya ini agar beliau tidak terlupa. Tetapi, sesumpah ini sudah kekenyangan, dan orang kekenyangan ini mudah lupa kerana terlebih makan.

Terbaru, sesumpah ini mensabitkan DS Anwar dengan isu bakar gereja dan Kalimah Allah. Sudah lama Ezam tidak bersuara kerana tiada modal besar agaknya. Setakat isu Altantuya, hilangnya injin pesawat TUDM, PKFZ, Laporan Audit, Rasuah Khir Toyo, Ali Rustam, Khairi Jamaludin dan berbagai lagi itu bukan isu buat Ezam. Ezam tidak main dengan isu remeh temeh seperti itu kerana isu itu tidak melibatkan DS Anwar. Isu yang paling besar buat Ezam adalah apa jua isu yang melibatkan DS Anwar. Mungkin jika ada yang buat laporan Polis mengatakan dubur Ezam pernah diliwat oleh DS Anwar, tidak mustahil Ezam sanggup mengaku walaupun pemeriksaan doktor mengatakan tiada kesan perbuatan Liwat. Tidak mustahil agaknya.

Apa kena mengena gereja dibakar oleh orang yang pihak Polis sendiri kata telah di `kenal pasti' itu dengan DS Anwar? Kenapa terlalu dungu budak muda yang kuat bersumpah ini? Dahulu dituduhnya DS Anwar pengkhianat Melayu, ejen Yahudi, ejen Amerika dan bermacam-macam lagi. Kini, DS Anwar pula dilihat seolah-olah sekutu puak-puiak Kristian pula. Jika kita ikuti setiap kata-kata Ezam semenjak dia keluar dari kelompok perjuangan rakyat, amat jelas Ezam tiada pendirian dan komited dengan arah tujunya. Orang-orang Umno pun semakin `gila babi' memikirkan apa yang Ezam perkatakan. Sebab itulah nama Ezam semakin tenggelam di dalam Umno sekarang tidak seperti mula-mula beliau mengangkat `syahadah' berimamkan Umno dulu. Umno pun mungkin sudah terasa betapa ruginya memiliki Ezam yang diingatkan cerdik orangnya, tetapi ternyata tiada satu pun hujah Ezam yang boleh melukakan hatta mencalarkan DS Anwar. Semakin kuat salakan Ezam terhadap DS Anwar, semakin banyak najis berterabur di atas mukanya.

Inilah pengajaran kepada sesiapa yang belot terhadap rakyat. Di dunia lagi Allah sudah tunjukkan kehinaan padanya. Malang bagi Ezam, yang dikejar tak dapat, yang dikendung terlepas pula. Selepas ini apa lagi yang dicop oleh Ezam kepada DS Anwar agaknya. Kita tunggu sahaja episod raja sesumpah atau raja kotak ini akan datang./Kembali ke laman asal di sini.

4 ulasan:

  1. Kenyataan2 Ezam sebenarnya dah bacul.. suara2
    nya sumbang. Raja kotak dan raja katak sama
    dlm perjuangannya. Tak ada kualiti dan prinsip
    dlm perjuangan politik. Jika bersumpah sanggup
    junjong Quran. Tak layak menjadi saorang pemimpin. Kononnya sekarang dah masuk UMNO yg
    beliau sendiri menuduh UMNO perasuah. Aku nak
    tanya Ezam.. kenapa beliau menyertai UMNO,
    sedangkan beliau sendiri pernah berkata..
    "Tunjjokkan saya, siapa yg masuk UMNO itu iklas... begitulah sebenarnya orang yg berjuang
    tanpa keimanan.. akhirnya wang,pangkat dan harta juga yg dicari...

    BalasPadam
  2. Lupakan segala katak dan kotak ,kini masa suntuk untuk PR kuatkan pendirian & serangan serta tumpuan pada parti biru karat pembelot tersohor Malaysia iaitu umNOI-bn ! Serang & dedah semua kebejatan,penyelewengan,salahgunakuasa ,rasuah,kronisma,nepotisma & apasaja kezaliman terhadap rakyat marhaen Malaysia !Biar semua rakyat buka mata & minda lihat siapa sebenarnya pengkhianat bikin tak serupa cakap ! Masa kini perlu tukar pada yang telus iaitu PR ! Allahu Akbar !

    BalasPadam
  3. TAUBATLAH SDR EZAM...NAN SGSMK

    BalasPadam
  4. bro,
    mata ekau nih dh rabun, tolingo ekau dh pokak agaknyo..kesian..bagi laa buntut kau kat anwar bacul tu..

    BalasPadam