Jumaat, 5 Februari 2010

ANWAR BERDEPAN DENGAN `SERANGAN HENDAP' ? MANA SENARAI SAKSI ?

Liwat II: Senarai saksi masih gagal dibekalkan
Hafiz Yatim
Feb 4, 10


Meskipun perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari kedua, hari ini, namun pihak pembelaan masih gagal mendapatkan senarai saksi daripada pihak pendakwa raya.

Lazimnya, dalam kes jenayah, senarai saksi perlu dibekalkan pada hari pertama perbicaraan. Malah dalam kes sivil, senarai saksi biasanya perlu disediakan atau dipersetujui sebelum perbicaraan bermula.

Menurut seorang daripada peguam Anwar, Sankara Nair mereka akan mengemukakan permohonan pada Isnin, jika senarai berkenaan tidak dibekalkan esok.

“Pendakwa tidak berlaku adil dalam perbicaraan ini, malah mereka juga tidak membekalkan senarai saksi kepada kami. Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan kami berkata senarai saksi boleh diberikan apabila perbicaraan bermula.”

“Perbicaraan sudah memasuki hari kedua, tapi kami masih belum menerima senarai saksi. Kami memerlukan senarai itu untuk membuat persiapan kes. Tanpa senarai itu, ia seolah-olah perbicaraan secara serang hendap oleh pendakwa raya,” katanya.

Dalam pada itu, kes perbicaraan hari kedua tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.

Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikutinya.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan./Malaysiakini

4 ulasan:

  1. Ya tuhan ku kau laknatilah manusia yg bernama
    Saiful ini, jika beliau memfitnahkan saudara
    seagama dgn ku Dato Seri Anwar Ibrahim. Memang
    Saiful ini adalah syaitan hidup utk kepentingan
    UMNO, jahat melebehi iblis.. Kau hukumkan lah beliau kerana pembicaraan itu tidak mengikut
    undang2 ugama mu. Semoga budak yg berhati iblis ini dilaknati tuhan didunia dan ahkhirat
    bersama2 dgn orang2 yg bersubahat dgnnya.
    Sama2 kita lihat apa kesudahan lakonan2nya nanti. amin..

    BalasPadam
  2. Amin Ya Rabbul Alamin.

    BalasPadam
  3. Amin doa diatas:
    Melayu adalah satu bangsa.Islam pula satu agama.Menjadi Melayu tidak bererti menjadi Islam.Sebab itu sejak dulu lagi Melayu dilihat dengan pelbagai pandangan.Paling utama dilhat bangsa yang malas,tidak proaktif dan sejak mutakhir ini satu bangsa yang penuh hasad dengki.Jatuh menjatuhkan menjadi amalan,dan ini bukan amalan Islam tetapi amalan Melayu.Soal maruah dan penghinaan sudah diletak ketepi.Fitnah menjadi budaya.Lihatlah siapa berada dalam barisan pendakwaan,dan siapa pula berada dalam barisan pembelaan.
    Dan tercatit dalam surat beranak, aku adalah Melayu,tetapi kelebihan aku kerana aku beragama Islam.

    BalasPadam
  4. mereka mahu anwar menjawab di mahkamah? Tetapi inikah mahkamah yg mereka harapkan? Mereka bacul....dayus.....pengecut...

    BalasPadam