Khamis, 4 Februari 2010

LAWAK MAIN DAM AJI - KENAPA DAHI KU HITAM?

Gambar ini sekadar hiasan...tiada kena mengena dengan cerita di bawah

Oleh: WFAUZDIN NS


PETANG tadi aku duduk melepak kat sebuah warung sambil main dam aji. Kawan-kawan ramai kelilingku melihat permainan dam aji yang popular ini. Aku teringat seorang ustaz pernah berkata, permainan dam aji ini mengajar kita jadi jahat, katanya. Mana kan tidak, sebelum naik aji, makan satu, dua atau tiga je. Tetapi bila dah naik aji, makan keliling beb...sepatutnya bila dah naik aji kena la bertaubat dan buat lebih baik, katanya. Itu kisah main dam aji.

Tengah-tengah main tu, kawan aku terlihat kat dahi aku ada kesan tanda hitam dua. Dia bertanya aku, " Wahh.....dah jadi warak nampaknya kau nih!!''. Aku terhenti memain dam, lalu kembali bertanya kat dia, " nape pulak?". Dia sambil tersenyum sinis tunjuk kat dahi aku, dan berkata, " Tu hah...dahi kau tu ada kesan hitam laaa...mesti kau kuat sembahyang siang dan malam sampai pagi kan?". Menyirap juga darah aku dibuatnya, aku fikir kawan aku ni perli aku kot....Aku pun berkata, " Kalau cam tu aku lebih hebat dari Ulamak Muktabar dunia macam Syeikh Yusof Qardhawi, lebih hebat aku ni dari segala Mufti kat Malaysia ni dan tentunya aku lebih kuat ibadat dari Tok Guru Nik Aziz, sebab mereka semua tak ada kesan hitam atau lebam kat dahi mereka..". Kawan-kawan aku serentak ketawa berdekah-dekah kerana mereka semua tahu aku ni siapa.

Aku ni bukan lah jenis yang baik sangat pun tapi tak lah jahat mana pun. Aku tak pernah pun pergi Umrah apatah lagi belum pergi haji pun. Tapi aku tidaklah sejahat mana pun, aku tidak pernah buat niaya kat orang atau fitnah kat orang. Untuk menceriakan suasana petang tu, aku cuba berlawak dengan kawan-kawan aku. Aku pun bertanya, " Kalau aku kata kat korang aku ni pernah diliwat secara paksa oleh seorang tua umur 60 tahun korang percaya tak?" Kawan-kawan aku terhenti ketawa dan terkejut. " Biar betul...." kata salah seorang kawan aku yang aku gelar dia Mat Pet. Aku senyum sambil menjalankan buah dam aku setapak. "Aku nak tanya je....korang percaya tak ? Kalau korang tak percaya, nanti aku buktikan kat korang kerana ada lagi air mani orang tua tu kat buntut aku ni...." Kataku selamba.

Mat Pet kawan aku tu macam berminat je dengar cerita aku. Dia terus bersimpuh macam perempuan kat pangkin warung tu. Memang Mat Pet ni lembut sikit orangnya dan orang kampung aku panggil dia Uncle Pet pasal dia dah berumur sikit. " Bila masa kau kena liwat ni? Tanya Mat Pet sambil sedut rokok gudang garamnya. Aku terus tahan tawa aku, selamba aku bagitahu, "dah dua hari dah...." kataku. Semua mata kawan-kawan aku memandang tepat ke wajahku. " Kau nih...dah dua hari berlaku kau kata ada lagi air mani kat punggung kau tuh? " Tanya Sepol kawan ku yang baru-baru ini gagal dalam periksa di sebuah Universiti. Sepol ni mengikut mak dia kata memang kaki malas belajar, suka bersolek dan juga suka berpoya-poya kat Kelab Gay di Ibu Kota. Pasal tu dia gagal periksa, itulah yang aku pernah dengar mak Sepol ni cakap. " Aku sanggup tak berak, hatta tak terkentut pun pasal aku nak simpan air mani si tua bangka tu kat dalam buntut aku ni...senang aku nak dakwa dia nanti..." Jawabku sambil pegang perut nak tahan ketawa.

Kawan-kawan aku pakat terdiam. Mungkin ada yang percaya kerana bila tengok kesan hitam kat dahi aku ni, masakan aku nak berbohong. "Kesian kat kau..., tapi aku pelik la, kenapa kau tak lawan je orang tua yang rogol kau tu? Kau kan muda dan gagah aku tengok?" tanya Paul anak india yang juga kawan aku. Paul baru je kematian ayahnya Augustine akibat tercekik tulang biawak. "Aaahh..soalan kau tu tak `releven' lah", kata aku. "Yang penting aku kena liwat dan kat buntut aku ada kesan air mani lagi ni.....tu bukti kukuh tu haaa..." sambungku lagi. Kaan-kawan aku semua terkedu bila dengar aku menjawab begitu. Ada yang menggaru-garu kepala kecuali Mat Pet atau Uncle Pet yang tersengeh seronok mendengar cerita liwat ni.

Hari semakin senja. Permainan dam aji aku pun nak abis bila mana aku dapat peluang makan 6 biji buah dam aji kawan aku. "Ni hah, yang hitam kat dahi aku ni adalah bukti aku terhantuk kat tepi katil bila orang tua tu liwat aku...." kataku sambil menunjukkan kesan hitam kat dahi aku. Kawan-kawan aku bertambah terkejut. Mereka ingatkan dahi hitam tu tanda atau kesan aku kuat ibadat, rupa-rupanya kesan terhantuk. Dalam mereka menunjukkan rasa simpati ke atas aku, mereka tak dapat menahan ketawa bila aku kata kesan hitam di dahi tu adalah kerana terhantuk.

Aku pun menamatkan gurauan aku dengan kawan-kawanku. Aku tak mahu biarkan mereka tertipu begitu. " Sebenarnya cerita tu aku karang je.....saja nak tengok korang percaya ke tak" Kataku sambil menuju ke basikal aku yang aku sandarkan kat tiang warung tu. "Korang boleh percaya ke yang aku ni tak terberak dua hari semata-mata nak simpan air mani orang tua tu? Kataku sambil ketawa. Mereka semua bangkit lantas masing-masing mengambil buah dam aji terus membalingku. Aku ketawa kuat-kuat sambil mengayuh laju meninggalkan mereka sambil aku menjerit kuat, " Orang gila pun takkan percaya cerita aku tadi....korang plak boleh percaya...wakakakaka....." Jeritku sambil mengangkat basikal secara `willy'../Kembali ke laman asal di sini.

8 ulasan:

  1. zaman kini orang munafik tak percaya cerita benar.........!!! penipu percaya cerita pembohong...penyamun percaya cerita pencuri...aku percaya cerita 'the last day of pompey'

    BalasPadam
  2. oh, ada juga yang perasan pasal tanda hitam di dahi SayFOOL tu, saya ingat saya sorang je ^_^ anyway, i will not be surprise jika itu makeup, nampak pelik semacam je. ni mesti nak tunjuk alimlah kononnya....uwekkkk......

    setahu saya tanda kat dahi ni utk DAJJAL ada dalil dimana diDAHI DAJJAL ada tanda KEKAFIRAN yang boleh dilihat oleh orang yang beriman

    see: http://www.didkedah.gov.my/jpskmsb/artikal/Dajjal%20Yakjuj%20&%20Makjuj.pdf

    BalasPadam
  3. hahahaha...

    tapi paling best ialah...."can i fcuk u?

    hahahaha....hahahahahha.....

    kesian sayfoolll....

    BalasPadam
  4. Tetapi jika sememangnya benar tanda itu disebabkan kerana Saiful beribadat....bermakna...anda menghina orang yang beriman....Allah Maha Adil....kita kena tahu tidak semua manusia sama jenis dahinya..ada yang lekuk..ada yang luas...bonjol dan sebagainya...ada orang kuat beribadat dahinya bersih.....ada juga orang kuat beribadat dahinya bertanda hitam satu dan juga dua....kita semua bersaudara janganlah menghina sesama kita...biarlah Allah Mengadili Mereka....Allah Maha Adil..Allah Maha Mengetahui....Wallahualam..

    BalasPadam
  5. Salam bro, dengar kata anak bloggers kita manjunmari yang dok belajo di maktab dah jadi jalang betul ke?dengar kata malam malam dok berdisko je, lepas tu mabuk mabuk dan lepas mabuk apa lagi....dot dot dot

    BalasPadam
  6. kaedah "biarlah Allah Mengadili mereka", mesti bermula dgn mahkamah syariah..., ini tidak , guna mahkamh sivil... macam Dr Yusuf Quradawi ulas , percepatkan kes Qazhaf dulu....

    BalasPadam
  7. Kapada dILA..

    Budak Saiful nii.. bukan dajal.. tapi syaitan
    bertopengkan iblis..

    BalasPadam
  8. apesal sebelum ni tak pernah nampak tanda hitam tu kat dahi malaun tu?

    BalasPadam