Selasa, 2 Februari 2010

BICARA DS ANWAR, SIAPAKAH PIMPINAN PR YANG SANGGUP BERSUSAH BERSAMA DS ANWAR?


Oleh: WFAUZDIN NS

`PENDEKAR' kita DS Anwar hari ini mula melangkah memasuki gelanggang hari ini. Cubaan pertamanya adalah untuk menuntut keadilan sebelum beliau dibenarkan bertarung dengan rejim penfitnah terbesar itu. Adakah keadilan itu akan diperolehinya hari ini atau beliau dipaksa bertarung juga demi untuk melengkapkan agenda mereka yang ingin melihat DS Anwar kembali merengkok di dalam tirai besi jahanam itu?

Mereka sering menyebut tentang ketelusan undang-undang dan kebebasan kehakiman. Apakah yang bakal mereka buktikan hari ini? Bayangkan di dalam satu perlawanan bola sepak, kita dipaksa bermain tanpa kasut menentang lawan yang lengkap berkasut. Apakah nanti keputusan bakal berpihak kepada kita? Tidak mustahil kerana segalanya ditentukan oleh takdir Illahi. Sebelum perlawanan bermula, kita telah dibuktikan pihak lawan tidak layak untuk bermain kerana banyak melanggar undang-undang dan peraturan, tetapi mereka diberi keistimewaan untuk terus bermain bahkan diberikan berbagai keistimewaan. Mereka kata mereka ingin cepat bermain dan menuduh DS Anwar takut untuk masuk gelanggang, sedangkan mereka dari awal lagi sepatutnya tidak layak bermain. Tambahan pula, mereka menyedari mereka punyai semua kelengkapan untuk bermain lengkap berkasut, sedangkan DS Anwar berkaki ayam. Sebab itulah mereka tidak sabar untuk bertarung kerana mereka pasti dengan kelebihan yang mereka ada, DS Anwar pasti kecundang.

DS Anwar tidak mudah untuk terus menerima nasib sedemikian. Beliau sedaya upaya mahu menuntut keadilan agar pertarungan nanti benar-benar pertarungan anak jantan. Sekiranya DS Anwar masih tidak mendapat keadilan yang dihajatinya, beliau tetap akan memasuki gelanggang biar pun beliau tahu risiko yang dihadapinya. "Jika Takut Menghadapi Risiko, Jangan Bicara Soal Perjuangan', Itulah kata-kata hikmat DS Anwar bertahun-tahun yang lalu.

Kita tetap akan meneruskan perjuangan ini walaupun DS Anwar dizalimi lagi. Hari ini beliau berada di dalam kesusahan dan dizalimi lagi setelah beliau banyak membantu kita mendapat beberapa buah negeri yang kita tawan hinggakan puak-puak itu kehilangan 2/3 majoritinya. Apakah kita tidak merasa malu dan bersalah sekiranya kita tidak berada di sisinya ketika beliau susah dan dizalimi ? Pimpinan PR terutamanya perlu membuktikan bahawa mereka sanggup susah dan senang bersama DS Anwar yang terlalu banyak jasanya kepada PR./Kembali ke laman asal di sini.

2 ulasan:

  1. Salam Tuan...

    Mari kita sama-sama berkempen membantu memungut derma buat Aduka Taruna , banner kempennya tuan boleh ambil di blog saya...

    BalasPadam
  2. Kita perlu tunggu dan lihat dulu. Tuduhan ini sangat besar dan yang menuduh turut berisiko untuk dijatuhkan kerana jika tersalah tuduh, pasti kerajaan yang hilang kepercayaan.

    Tapi, jika bukti cukup untuk sabitkan Anwar, maka rakyat perlu akur. Bukti tidak boleh diada-adakan. Kita tunggu dan lihat, sambil berdoa saja lah nampaknya.

    BalasPadam