Sabtu, 6 Februari 2010

DRAMA SEMAKIN MENARIK, DULU TILAM, KINI SELUAR DALAM

Oleh: WFAUZDIN NS

INGATKAH anda kisah dulu-dulu, di mana tilam tanpa cadar diusung ke mahkamah sewaktu kes liwat pertama DS Anwar ? Menarik bukan? Utusan Meloya pun meroyan seketika dengan melaporkan kisah tilam tanpa cadar yang dipenuhi dengan tompokan air mani itu. Masakan anda lupa suatu ketika tarikh tuduhan terpaksa dipinda kerana tempat dikata berlaku liwat belum pun siap. Mungkin anda tidak lupa bila mana akhirnya kisah tilam yang diusung setiap hari itu terperosok begitu sahaja kerana tidak membantu kes liwat. Tilam itu sekadar untuk memalukan DS Anwar.

Kini, seluar dalam mengambil tempat. Siap dipamirkan di mahkamah beserta brand (jenama) sekali. KY Jelly pun ada untuk tontonan semua terutama sekali media yg lapar seperti Utusan Meloya. Jangan ditanya dari mana datangnya KY Jelly tu. Ada yang berkata KY Jelly yang digunakan itu dibawa oleh DS Anwar untuk buat projek tu. Betul ke? Kalau betul, DS Anwar lupa lah agaknya hendak menyimpan atau membuang KY Jelly tu selepas `digunakan'. Dan, budak muda tu pun ambil untuk buat bukti. Ada pulak yang kata, budak muda tu yang bawa. Mana mungkin dia bawa, kalau dia bawa bererti macam dia sudah tahu dia akan `terkena liwat'. Jadi, kita usah pedulilah siapa yang bawa. Biar mereka berdua jelaskan di mahkamah dari mana datangnya KY Jelly tu.

Kisah seluar dalam memang melucukan juga hingga ramai yang hadir di mahkamah tersenyum malu. Melucukan juga bila dikatakan seluar dalam tu diambil di tepi mesin basuh rumah tunang budak muda itu. Wah!! macam mana seluar dalam berada di rumah tunang budak muda tu yer. Itu pun jangan kita banyak soal, biar budak muda tu bagitahu di mahkamah nanti. Jika tunangnya sudah biasa membasuh pakaian luar dan dalam budak muda tu, kita hendak hairan apa.

Dua hari tidak buang air besar? Itu bukan pelik. Saya pun kadang-kadang seminggu tidak buang air besar. Air mani dalam dubur selama dua hari? Itu lagi tidak hairan kerana budak muda ini tidak buang air besar selama dua hari itu. Mandi wajib atau tidak? Sembahyang atau tidak selama dua hari itu? Boleh kah air mani yang melekat di punggung di bawa bersolat? Itu semua jangan tanya, kerana kita mungkin tidak tahu hukumnya. Biar mereka yang tahu menjawabnya.

Seluar sebagai hadiah dari DS Anwar? Tidak mustahil. Apa hendak hairan tentang hadiah. Kita pun kadangkala ada beri hadiah pada kawan-kawan. Cumanya, kita kenalah tahu saiz apa seluar dia pakai jika kita hendak beri dia hadiah seluar atau baju. Ataupun, kita bawa dia bersama memilih hadiah berkenaan. Itu semua tidak pelik. Biar DS Anwar yang jelaskan bagaimana dia boleh tahu saiz seluar yang dipakai oleh budak muda ini.

Apa pun, selagi kes ini di dalam bicara kita jangan tuduh sesiapa. Biar pun orang kata DS Anwar ada ilmu ghaib yang boleh meliwat tanpa ada tusukan. Itu cerita orang. Pedulikan. Yang penting percayalah pada mahkamah kerana mahkamah ini adil, tersangat adil. Kes Qazaf? Biar dulu kes tu, biar dulu. Itu Mahkamah Syariah punya kerja. Nanti bercelaru pulak kes ini kalau kes Qazaf dibicarakan. Takkan Mahkamah Syariah hendak tengok seluar dalam dengan KY Jelly kot./Kembali ke laman asal di sini.

3 ulasan:

  1. tak habis2 dihidangkan lawak sarkis

    BalasPadam
  2. Ya Allah Ya Tuhanku kau laknatilah manusia bernama saiful ni..jadikalh hatinya tidak tenteram sehinggalah keakhir hayatnya..kau binasaklah dia dan seluruh yang terlibat dengan konspirasi ini.

    Amin.

    BalasPadam
  3. Kedua2 tanda hitam di dahi Saiful ni menunjjokan tanda2 yg beliau akan keneraka..
    Semoga Tuhan melaknatinya sehingga didunia dan akhirat..

    BalasPadam