Selasa, 16 Februari 2010

EZAM DAN ZAHRAIN, SIAPA PALING KUAT UNTUK HANCURKAN ANWAR?

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM Mohd Noor dahulunya boleh dianggap tokoh reformasi kedua selepas DS Anwar. Tidak dapat dinafikan Ezam begitu lantang menentang Umno dan begitu menyanjung tinggi ketokohan DS Anwar sewaktu beliau berada di dalam kumpulan reformasi dan juga ketika berada di dalam Parti KeADILan Nasional. Gara-gara Ezam akan meninggalkan parti mula dapat dikesan sewaktu beliau ingin meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda KeADILan.

Apabila Azmin mula ditonjolkan sebagai penggerak utama membantu DS Anwar sejurus DS Anwar dibebaskan, Ezam mula kelihatan kurang bersemangat. Tembelang Ezam semakin terserlah apabila beliau mengumumkan keluar dari PKR dan menubuhkan GERAK kununnya untuk memperjuangkan isu rasuah tanpa terpengaruh dengan kepartian. Ketika itu, Ezam masih diyakini beberapa pihak yang sering menjemputnya memberikan ceramah berkaitan rasuah dan penyelewengan. Di dalam salah satunya ceramahnya (terdapat video klip di dalam blog ini) Ezam menyatakan beliau tidak akan memasuki mana-mana parti termasuk Umno. Kita masih ingat sewaktu Ezam bersama Parti KeADILan, beliau pernah berceramah dan menyebut, "Sila tunjukkan pada saya mana-mana pemimpin yang memasuki Umno itu ikhlas?". Itu di antara kata-kata keramat Ezam.

Orang pernah berkata, `terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Nah, kini Ezam berada di dalam Umno. Lebih dahsyat lagi Ezam berada di dalam Umno di zaman Pak Lah dan juga di zaman Najib. Kedua-dua pemimpin ini gagal mengangkat negara ini ke tahap yang boleh meyakinkan, bahkan negara ini semakin meningkat ranking rasuahnya. Oleh kerana Ezam tetap untuk bersama parti yang pernah dikutuk separuh mati itu, Ezam terpaksa menutup kedua-dua mata dan hatinya atas apa jua salah laku rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno. Perjuangannya kini bersama Umno adalah untuk menyerang bekas bosnya DS Anwar. Beliau masih tidak puas hati terhadap DS Anwar meski pun DS Anwar telah begitu lama teraniaya dan dizalimi dan DS Anwar pula tidak pernah `menjentik'nya sedikitpun.

Ezam menyerang DS Anwar termasuk secara peribadi, bahkan DS Wan Azizah juga turut menjadi sasarannya. Alhamdulillah, DS Anwar dan keluarga mampu menerima apa jua yang terkeluar dari mulut Ezam. Mereka kenal Ezam dan mereka tahu apa yang Ezam mahukan setelah beliau memasuki Umno. Baru-baru ini Ezam berceramah di Melaka tempat di mana KM nya adalah pemimpin yang pernah disabitkan oleh JK Disiplin Umno dengan rasuah politik wang. Ezam kelu untuk bercerita tentang itu sedangkan terbukti Umno sendiri mengakui hakikat bahawa KM Melaka itu bersalah di dalam rasuah politik wang. Ezam tidak berdaya untuk menyebut hal itu di bumi Melaka.

Apa yang disebut oleh Ezam? Beliau menyatakan PKR akan berkubur akibat kununnya orang kuat DS Anwar iaitu Zahrain telah pun keluar dari PKR. Benarkah Zahrain orang kuat PKR atau orang harapan DS Anwar? Di mana Zahrain sewaktu era reformasi? Sebelum ini dikatakan Chandra Muzafar juga orang kuat DS Anwar. Entah berapa ramai yang dikatakan orang kuat DS Anwar seperti Lokman Adam, Zahid Md Arip, Roslan Kassim dan paling dikatakan terkuat di antaranya adalah Ezam sendiri. Tetapi, kita lihat semenjak puak-puak itu melutut pada Umno dan menerajang DS Anwar, kita lihat DS Anwar bertambah kukuh dan kuat pengaruhnya. Jadi, di mana kehebatan mereka? Di mana lojiknya Ezam menyatakan Zahrain akan menggugat pengaruh DS Anwar? Maknanya Zahrain terlalu jauh hebat dari Ezam dan tokoh-tokoh berkenaan? Jangan buat lucu wahai mamat Ezam.

Pada saya. lagi banyak Ezam bercakap lagi banyak kita lihat kebebalan Ezam. Tidakkah Ezam sedar beliau hanya laku bercakap didepan media pencacai seperti Utusan Meloya dan TV 3 Suku sahaja kerana hanya pencacai yang kenal pencacai. Alhamdulillah, semakin ramai yang keluar dari PKR semakin menjadikan PKR bertambah kuat dan sihat. Ini adalah kerana mereka yang keluar itu tidak seorang pun dapat membuktikan kepincangan PKR, melainkan ayat yang biasa kita dengar adalah hilangnya kepercayaan terhadap DS Anwar dan PKR. Bukti ? Tiada. Yang ada adalah bukti ingin minta projek juta-juta, tapi tak dapat.

PKR kini di dalam proses rawatan intensif bagi mengeluarkan beberapa ekor ulat yang membusukkan tubuh badan PKR. Apabila ubat dan racun telah kita suntik di dalam PKR, maka sekarang kita lihat ulat-ulat ini seekor demi seekor melantun keluar. Ternyata ubat yang kita gunakan di dalam PKR iaitu `ketelusan serta amanah' adalah amat mujarab untuk mengeluarkan ulat-ulat ini yang tidak tahan lagi dengan ketelusan dan amanah yang kita perjuangkan itu. Mereka kini terhumban keluar untuk mencari tempat mereka mencari makan dari sisa-sisa nanah. Di manakah terdapatnya sisa-sisa nanah itu? Mungkinkah Umno? Kita lihat nanti./Kembali ke laman asal di sini.

9 ulasan:

  1. Ikan busuk bermula di kepala. Buang kepala cepat2 badan sempat dimakan. Kerajaan PR di Perak tergolek dog sihat pebenda? Memang PKR penuh dengan ulat. Dari akar sampai kepucuk.

    Nak bukti? Yg keluar dari parti tu bukan bukti. 16hb.September dah makan diri.

    Bagai nak rak cuba kumpul penyokong berhimpun kt mahkamah, yg datang sejemput je. Bukan bukti?

    Sampai minta tolong negara luar sebab dalam negara dah hilang sokongan bukan bukti?

    Makin ramai yg keluar PKR parti bertambah kuat?

    Pi belajak ngan Pas mcmmana nak jaga ahli jgn sampai lompat. Pemimpin kita berilmu dan beriman. Ahklak dijaga. Sebenarnya Pas rugi bersama PR. Buat apa nak duduk dengan PKR yg banyak ulat. Sy berdoa Pas keluar dari PR dan bersendirian lebih baik.

    BalasPadam
  2. x per ada ulat lagi bagus sb kita tau ulat tu jenis apa...senang nak kita ubat nanti....

    BalasPadam
  3. mai aku ajar budak bodoh yg berhujah tu ok.
    Ikan busuk mmg bermula dari kepala. Sbb tu la Umno teruk pasal kepala dia teruk. Itu aku setuju. PKR penuh ulat? Cuba sebut satu je kes rasuah DS Anwar yg disiasat dan terbukti salah? Cuba tgk pemimpin Umno, masuk mahkamah pun takut...SPRM tak berani siasat pun. KM pun rasuah, SPRM kata takde, Umno pun kata ada rasuah politik.

    Yg keluar parti itulah ulat. Dikutip oleh Umno buat jadi juak2 cam Ezam. Pastu yg keluar pun masih tak teringin masuk Umno pasal dia org tau Umno akan jadikan dia pencacai jer. Elok gak Umno buat dia pencacai.

    Mmg lagi ramai yg keluar PKR tu mnjadikan PKR kuat pasal ulat berkuman semakin kurang. Kuat bukan bererti memerintah, biar sikit asalkan berdaya juang, berani dan jujur. Bukan macam Umno yg ramai kaki perasuah dan pnentang Islam.

    Suka PAS bersendirian? Senang nk sembelih la kununnya yer...hehehe..

    BalasPadam
  4. Anon 9:09-berlakun macam orang PAS...pirahhh kami kenal kamu.
    Orang PAS yang sebenar tak pernah khianat pada kawan.Orang PAS yang sebenar tau,kerana sumbangan Anwar lah PAS berjaya mendapat hingga 29 MP pada PRU12.
    Cukuplah jadi balaci,jangan tunjuk bodoh dengan berlagak oarang PAS.

    BalasPadam
  5. pas dan pkr sama jer...yang 3 suku kawan dengan 3 suku....

    BalasPadam
  6. Dey thambi2 Anon.
    Aku puji Pas sebab wakil rakyat Pas setia pada parti. Tau tak? Pas dah lama tubuh kerajaan di Kelantan. Pengalaman Pas dalam politik negara banding dgn PKR jauh panggang dari api.

    Pas tak bergaduh dengan DAP sebab tau jaga perpaduan pakatan. Dalam Pas takde ulat. Kau orang yg kata ada ulat dalam PKR. Aku hanya tolong setuju je. Setuju pun salah? Itulah, lainkali jgn terima orang umno masuk parti.

    BalasPadam
  7. anon 9.09/12.56...

    dah abeh hujah la tu yg dia menyamar jadik anon 1.06 pulak. Memang dasar amno cam tuh...suka menyamar busukkan nama orang. 3suku Pas/PKR laku...tapi 3suku amno/bn bwk musibah. Aku rasa cam nak muntah dengar nama amno/bn nih...buwekkkkk!!!!!

    BalasPadam
  8. Kalau selalu ada cerita tentang pengamal sifat munafik ini bagus benar. biar semua orang tahu betapa busuknya dia yang seperti biawak pemilik lidah bercabang tapi boleh berkata-kata dengan dua suara. masa dalam pkr dulu begitu lantang mengkritik kalangan orang umno, tapi la dah sepi. kita tengok dia nak dapat tempat dak dalam pru 13 nanti. katak yang dari pulau pinang tu juga terhegeh-hegeh nakkan tempat. kesian kat katak pasir mas sampai la tak dapat tempat lagi.

    BalasPadam
  9. Merajuk UMMNO masuk PKR merajuk PKR masuk UMNO. Kalau begini sifatnya, angkat chakli hangkut najis jadi pemimpin lagi baik. Blaa..blaa..sana-sini kononnya jaguh memperjuangkan keadilan, kebenaran dan ketelusan. Abuk pun tarak maa!!

    BalasPadam