Rabu, 17 Februari 2010

75 PERATUS MAHU `FIRAUN BESAR' DIPECAT ATAU KELUAR DARI PKR

Oleh: WFAUZDIN NS

BLOG ini telah mengadakan pungutan suara (poll) berkaitan tindakan YB Zul yang telah membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. YB Zul sejak kebelakangan ini sering mencetuskan kontroversi dengan gelagat serta tingkah laku beliau yang ternyata membuatkan ramai penyokong dari PR mulai merasakan betapa beliau wajar keluar dari PKR.

Blog ini telah mengadakan pungutan pendapat seperti berikut:

"YB Zul telah membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. Wajarkah YB Zul dipecat dari PR ?"
Dari 345 pengunjung blog ini, keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut:

WAJAR (75 %) TIDAK WAJAR (11 %) AMARAN SAHAJA (13 %)

YB Zul telah menggelar mereka-mereka yang tidak sependapat dengan beliau sebagai `Firaun-Firaun Kecil'. Oleh kerana itu, wajar juga kita menggelar beliau sebagai `Firaun Besar' kerana kita tidak sependapat dengannya. Semua orang telah tahu bahawa sekarang YB Zul sedang mencari alasan dan helah untuk `menghalalkan' keputusannya nanti untuk keluar dari PKR. Memang itu yang kita nanti-nantikan kerana YB Zul tidak memberi keuntungan satu sen pun kepada rakyat. Beliau menjual ilmu agamanya yang ada sejemput itu untuk menunjukkan beliaulah kununnya pejuang agama terhebat. Beliau seolah-olah mengangkat dirinya lebih Melayu dari Umno dan lebih Islam dari Pas, sedangkan kita tahu beliau tidak lebih dari `Firaun Besar Berlidah Biawak'.

Seandainya YB Zul merasakan beliau seorang pejuang yang berani kerana benar, keluarlah segera dari PKR dan sila kosongkan kerusi MP Bandar Kulim Baru dengan segera. Rakyat tersangat inginkan pengganti yang baru yang bukan dari kalangan `Firaun Besar' menjadi wakil mereka./Kembali ke laman asal di sini.

4 ulasan:

  1. Siapa YB ini? Ini jenis tidak menguntungkan mana-mana politik yang dia sertai. Untuk negara, bangsa dan agama jauh sekali. Ini jenis umpama selimut singkat. Tarik ke atas terdedah kaki, tarik ke bawah terpacul kepala. Dia tak lebih dari burung laut yang mengejar ikan yang sudah di pancing nelayan sahaja.

    BalasPadam
  2. Pada wajahnya tergambar seorang yang ego dan angkuh dengan pendapat dan pegangan diri walaupun hanya didorong oleh kejahilan dan taasub membuta tuli. Inilah manusia yang tidak wajar diberi tempat dalam perjuangan rakyat untuk menumbangkan kebejatan dan kebobrokan UMNO dan BN.

    BalasPadam
  3. Saya sokong jika YB Zul dipecat. Jika kita lihat dari kenyataan2nya, beliau tidak berminat pada PKR-PR. Apa untungnya PKR,jika beliau maseh lagi bersama2. Beliau banyak buat kenyataan yg bertentangan dgn prinsip PR. Saya kira PR tidak akan rugi dgn kehilangannya, memandangkan pelapis muda dlm PKR begitu berpotensi dari beliau. Apalah gunanya, jika beliau maseh bersama2 PKR, tapi sentiasa buat kenyataan yg memburok-burokan imej PKR-PR.

    Saya kira beliau adalah pengkhianat dan ada agenda tersendiri. Jika lambat PKR bertindak, kemungkinan beliau akan menjadi duri dlm daging kpd PKR dan musang berbulu ayam. Mungkin jugak beliau telah pun menjadi tali barut kpd UMNO-BN.
    Setengah pendapat mengatakan kita bebas bersuara dlm PKR-PR, tapi jika pandangan beliau bertentangan dgn prinssip PKR, beliau haruslah menyelesaikannya melalui meja rundingan dgn pemimpin tertinggi bukan dgn memberikan kritikan2 melalui media
    milek UMNO. Inilah menyebabkan kita boleh buat andaian bahawa YB Zul ni telah ada agendanya tersendiri. Harap2 PKR, cepat2 ambil tindakan dan pecat beliau.. ini adalah utk kebaikan semua..

    BalasPadam