Isnin, 1 Februari 2010

Kecewa Mungkin Sebabkan Zahrain Naik Berang Dengan Lim Guan Eng

30 Januari, 2010

PULAU PINANG, 30 Jan (Bernama) -- DAP Pulau Pinang berkata bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang naik berang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin berpunca daripada sebab peribadi.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata beliau percaya Zahrain kecewa berhubung keenganan Lim untuk tidak menyokong tender bagi pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat.

"Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Chow juga berkata Zahrain juga kecewa berhubung penyingkirannya sebagai pengerusi PKR negeri.

Beliau berkata DAP negeri dan semua wakilnya melahirkan sokongan penuh terhadap LIM bagi meneruskan kepimpinannya sebagai ketua menteri.

Semalam, laporan akhbar menyebut Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru menuduh setiausaha agung DAP itu sebagai seorang diktator dan cauvinis dan berfikiran komunis.

-- BERNAMA

1 ulasan:

  1. Sebenarnya jawatan dan pangkat tidaklah begitu
    penting dalam perjuangan. Hanya yg penting
    keimanan kita, tanpa keimanan perjuangan kita
    akan musnah dipertengahan jalan dan akhirnya
    pangkat.. tender.. dan jawatan jugak yg dicari..

    BalasPadam