Sabtu, 20 Februari 2010

LIWAT PUNYA PASAL, PEMUDA UMNO BERMINAT IKUTI CERAMAH ANWAR

Beginilah jadinya jika hari-hari makan muntah Utusan Meloya dan TV 3 Suku.....

Oleh: WFAUZDIN NS


SEMENJAK kes liwat yang melibatkan DS Anwar dibawa ke mahkamah, nampaknya bukan mengurangkan kredibiliti DS Anwar jauh sekali dari membuatkan rakyat menjauhi Penasihat PKR itu, malahan imej DS Anwar terus memuncak di serata dunia. Mungkin, inilah gambaran awal yang Allah tunjukkan pada kita bahawa insan yang dizalimi dan difitnah tetap akan terpelihara maruahnya di mata masyarakat sebaliknya yang menzalimi dan busuk hati tetap tidak tenteram jiwanya dan terkurung malu untuk berdepan di khalayak ramai.

Saya sempat mengikuti ceramah DS Anwar baru-baru ini di Bt Caves, Selangor dan saya bagaikan berada di era reformasi yang pertama dahulu. Ternyata mereka yang menganggap DS Anwar kini sudah mengalami kekurangan sokongan adalah silap. Sokongan tidak boleh diukur dengan kehadiran penyokong di mahkamah. Kes fitnah yang pertama dahulu, rakyat ramai turun ke mahkamah kerana mereka tidak menjangkakan begitu sekali kezaliman terhadap DS Anwar sehingga rakyat melihat mata DS Anwar lebam. Kali ini, rakyat tidak lagi terkejut dengan fitnah yang sama dan DS Anwar pula tidak lagi dipukul seperti dahulu. Namun, rakyat masih terus menyokong beliau dengan kehadiran yang mencecah ribuan orang di setiap ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar. Jika tidak kerana takut pada sokongan orang ramai, masakan setiap kali ceramah yang melibatkan DS Anwar pasti ada halangan. Sekatan jalan raya begitu banyak dan seperti yang berlaku di Bt Caves, sebaik sahaja DS Anwar ingin berucap, pihak berkuasa mengarahkan pembesar suara di luar dewan dimatikan.

Boleh kah kita bayangkan jika tiada amaran awal-awal lagi oleh pihak berkuasa agar tiada perhimpunan di mahkamah? Namun, meskipun sibuk dengan waktu bertugas masih ada yang beranikan diri hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada DS Anwar. Mereka berhimpun bukan untuk menuntut diadakan perarakan Maulidur Rasul, tetapi mereka hadir untuk menunjukkan sokongan kepada mangsa kezaliman. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, mereka terus memberikan sokongan dari jauh untuk DS Anwar. Blog-blog pro Umno menyebut bahawa sokongan terhadap DS Anwar berkurangan semata-mata melihat kepada kehadiran orang ramai di mahkamah. Itu adalah perkiraan yang dangkal dan bodoh. Mengapa mereka tidak menilai sendiri kehadiran orang ramai di mana sahaja program DS Anwar?

Terbaru ini pula, kehadiran orang ramai di dalam setiap siri ceramah DS Anwar akan lebih bertambah apabila Ketua Pemuda Umno, KJ sendiri akan memastikan Pemuda Umno akan hadir pada setiap ceramah DS Anwar. Alhamdulillah, tanpa kita jemput dan bersusah payah, mereka akan hadir dan mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati Pemuda-Pemuda Umno ini untuk bersama kita setelah mendengar sendiri apa yang DS Anwar akan perkatakan. Selama ini mungkin mereka terlalu banyak memakan muntah yang dikeluarkan oleh Utusan Meloya dan TV 3 Suku yang menjadikan mereka bertambah bebal. Selepas ini, seperti kata KJ sendiri, Pemuda Umno akan berada di bawah pentas ceramah DS Anwar. Tidak kiralah di mana Pemuda Umno ini akan berada samada di celah-celah pokok, atas pokok mahu pun berada di tengah-tengah orang ramai, yang pentingnya mereka boleh mendengar sendiri dari mulut DS Anwar tentang Umno khususnya Najib pemimpin yang mereka puja itu.

Saya percaya, selagi media-media pencacai mereka masih memainkan isu liwat ini untuk memburukkan imej DS Anwar, selagi itulah DS Anwar akan tetap mempertahankan imejnya. Kini, di merata dunia imej negara kita tercemar dan kelam kabut juak-juak Najib untuk ke sana ke mari kununnya bagi memperjelaskan isu liwat ini kepada dunia luar. Mereka sangka pemimpin di luar sana sebodoh mereka untuk di gula-gulakan? Siapa Jamaludin Jarjis yang ingin menegur AS? Bila sebut nama JJ ini, teringat kita kisah wanita yang dicabul, kemudiannya tarik balik laporan. Siapa pencabul itu yer?/wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. pokok pangkal kita sebagai org islam patuhilah hukum islam,apakah dosa sekiranya menuduh seorang melakukan zina atau liwat tanpa saksi dan kenapa perkara mengenai agama tidak dibicarakan dimahkamah agama.....fikir-fikir lah selagi allah kurniakan kita akal fikiran.........

    BalasPadam
  2. dasar perompak yg menyapu harta2 negara menjadi mereka punya tidak sesekali akan ikut Allah dan Rasulullah SAW...kerana ancaman kpd gol ni amat jelas dimana mereka akhirnya,sabarlah wahai gol beriman minta tolong kpd Allah dgn sabar dan solat,biar hapus amno dr bumi...ni tentunya 100% berlaku ,kan nabi Isa akn menghapuskan semua yg batil termasuklah amno...akan tertegak Islam .

    BalasPadam
  3. Suatu masa nanti kebenaran akan terserlah jg..bahkan kebatilan dan fitnah akan terdedah juga. Teruskan usaha menegakkan keadilan DSAI. Rakyat bersama mu...

    BalasPadam
  4. Hanya mereka yang cerdik tidak boleh diturut dan bodoh tidak boleh diajar sahaja yang percaya dengan cerita liwat DSAI.

    BalasPadam
  5. Popular ni ada dua cara. Buat baik yg luar biasa orang baik-baik akan suka. Buat jahat yg luar biasa orang jahat-jahat akan suka. Memang mudah tuduh liwat bila ada pengadu dan yg kena adu. Tapi nak buktikan fitnah kena buat adu dulu dan siapa yg kena adu.

    Percaya pada undang2 tapi tak percaya pada mahkamah nak jadi apa. Yakinlah pada peguambela2 yg mahal2 dan terbaik di Malaysia.
    Kalau betul fitnah dan kospirasi kumpulan peguambela kelas satu pasti akan membuktikan demikian. Peguam2 Anwar bukan calang2 peguam.
    Peguambela paling suka kes berunsur fitnah sebab paling senang nak buktikan sebagai tdk benar. Banyak kes-kes fitnah bila dibawa ke mahkamah berjaya dibuktikan betul fitnah.

    Jangan susah hati, ini semua fitnah. Biasanya fitnah takde bahan bukti. Tapi kalau ada bahan bukti forensik apa kita nak kata.

    Adakala susah kita nak terima bila orang yg kita sayang berlaku curang.

    BalasPadam
  6. bahan forensik tu pon nak kena tgk jugak. ada ke yg dimaksudkan DNA anwar? tapi kena tgk la pulak berapa usia DNA tu. Lebih susah utk diterima org yg diamanahkan utk keadilan berlaku sebaliknya

    BalasPadam
  7. dah kalau semua orang mu tak caya,mu gi duk dalam hutan lah....kawan gan kera lagi bagus...kah kahh,hakim mu tak caya,pendakwaraya mu tak caya,polis mu tak caya,hospital mu tak caya,org umno lagi mu tak caya...mu caya ke sapa..??..ke beruk mat yehh ke..??...dunia akhir zaman...manusia dah jadi macam haiwan.

    BalasPadam
  8. Kalau sistem kehakiman itu lintang pukang, ikut perintah aku, kau orang ingat tertuduh yang sengaja dituduh semata-mata hendak mehapuskannya, boleh menang ke? piiiraah...

    BalasPadam
  9. Dlm kes pertama dulu la...peguam2 anwar mmg world class tapi apa jadi dgn hakim plak? Klas apa hakim? Boleh pinda tarikh 3 kali sebab nak kena kan jugak anwar. Pinda tarikh pasal hotel tak siap. Ingat lagi kan? Barang bukti? Usung tilam 13 tompok air mani, tapi apa dah jadi dgn bukti tu? Jgn ingat peguam ok, kita dah rasa terbela tapi kalau hakim mcm taik tak guna juga...kes pertama dulu sudah cukup buat kita nak muntah dgn kes kedua ni.....awal2 lg keterangan sepol jubur tu pun aku dh nk muntah dah....

    BalasPadam