Selasa, 9 Mac 2010

APABILA YB ZUL UNGKIT JASA BELIAU TERHADAP KAK WAN

Dua tokoh ini `mengutip' YB Zul menjadi calon setelah PAS tidak memilihnya sebagai calon...

Oleh: WFAUZDIN NS

RIWAYAT politik YB Zul seorang manusia yang suka menggelar rakan-rakan sekutu yang tidak sehaluan dengannya sebagai `Firaun kecil' itu telah pun tamat di dalam PKR. Umpama baru mendapat kemenangan di dalam pilihanraya, kebanyakan penyokong-penyokong PR amat gembira sekali dengan ketiadaan YB Zul di dalam PR. Suatu ketika, YB Zul perasan beliau umpama `janda' yang baru diceraikan ingin pula disunting oleh PAS, namun itu hanya angan-angan YB Zul yang sememangnya suka bersikap ego dan meninggi diri. Tidak beberapa jam, beberapa kenyataan dari pimpinan PAS secara tegas menolak kehadiran YB Zul ke dalam PAS. Di mana hendak diletak muka `janda' muda ini?

Saya pelik dengan perangai YB Zul yang kununnya pejuang Islam, tetapi tidak menjawab hujah secara politik terhadap kenyataan DS Wan Azizah yang mahu agar beliau meletakkan jawatannya sebagai MP Kulim Bandar Baru. Selain dari hujah beliau yang mengatakan DS Wan Azizah juga patut meletakkan jawatan kununnya gagal memperjuangkan Islam di dalam PKR. Terlalu bodoh hujah YB Zul itu. Apa perjuangan Islam yang PKR tidak perjuangkan? Adakah dengan membela pejuang tempang seperti beliau maka PKR dianggap memperjuangkan Islam? Apakah dengan mematuhi pandangan Syeikh Yusof Qardhawi tentang isu kalimah Allah itu dan menolak pandangan ustaz `janda muda' ini maka PKR tolak Islam?

DS Wan Azizah bukan tidak mengenang jasa-jasa (jika ada dan ikhlas) dari YB Zul terhadap beliau dan keluarganya sewaktu DS Anwar difitnah. Oleh kerana mengenangkan jasanya itu lah maka DS Wan Azizah `amat sayang' kepadanya dan mahu beliau menjadi calon MP Bandar Kulim setelah parti asal beliau sendiri PAS tidak mencalonkannya. DS Wan Azizah mahu agar YB Zul diberi tempat untuk menjadi pejuang sejati kepada rakyat. Sewajarnya YB Zul bersyukur kerana di dalam jutaan rakyat yang menyokong dan berusaha keras, ditangkap, dipukul, disiksa, hilang jawatan dan sebagainya sewaktu membela DS Anwar, YB Zul dikira amat beruntung, sedangkan masih ramai lagi pejuang-pejuang yang tidak kurang berjasa kepada gerakan reformasi yang sehingga kini menderita namun mereka tetap menyokong perjuangan DS Anwar sehingga tercapai kejayaan suatu ketika nanti. YB Zul telah diberi peluang untuk berbakti kepada rakyat sebagai MP atas jasa rakyat juga yang menyokongnya. Kini, rakyat ingin juga mengungkit jasa-jasa yang telah mereka berikan terhadap YB Zul seperti YB Zul ungkit jasa-jasanya terhadap DS Wan Azizah. Kita mahu YB Zul letak jawatan sebagai MP segera jika dia masih lagi seorang insan yang bermaruah.

Besar sangatkah jasa YB Zul terhadap keluarga DS Anwar sehinggakan DS Wan Azizah selaku Presiden PKR tidak boleh berkata apa-apa terhadapnya? Apakah beliau mahu DS Wan Azizah membisu sahaja melihat gelagatnya yang bodoh itu semata-mata beliau pernah berjasa kepada DS Anwar? Masakan kerana YB Zul seorang, DS Wan Azizah mahu hancurkan harapan rakyat yang menyokong PR? Bukankah jutaan rakyat juga berjuang bersama membela DS Anwar, bukan YB Zul seorang. Berapa banyak luka-luka atau lebam-lebam tubuh badan YB Zul untuk mempertahankan DS Anwar? Cuba bandingkan dengan YB Tian Chua dan mereka-mereka yang lain sewaktu era reformasi. Tidak malukah YB Zul?

Jika mahu dikira jasa, Ezam raja sesumpah pun ada jasa. Roslan Kassim dan Zahid Md Arip pun ada jasa mereka. Tetapi ke mana perginya jasa-jasa mereka itu? Apakah bernilai untuk rakyat hargai sekarang ini? Satu sen pun rakyat tidak menilainya kerana sikap mereka yang belot dan mengkhianati rakyat. Oleh itu, YB Zul tidak perlu mendabik dada menghitung jasa-jasanya terhadap keluarga DS Wan Azizah. Perjuangan sebenar adalah berjuang untuk rakyat bukan individu, maka tidak timbul untuk mengungkit jasa kita kepada siapa pun. Kita menyokong DS Anwar selagi DS Anwar berjuang untuk rakyat.

Saya berharap YB Zul bersabar dan bermuhasabah diri dan jadilah sebagai seorang insan yang sentiasa dikenang orang bukan dihina orang. Mencabar DS Wan Azizah bertanding menentangnya umpama ingin menunjukkan kekuatan. Sekiranya benar-benar merasa dirinya kuat dan gagah, kosongkan kerusi MP itu segera dan PKR akan menghantar calon yang setaraf dengan YB Zul bukannya DS Wan Azizah. Kita tidak mahu DS Wan Azizah meletakkan dirinya setaraf dengan orang seperti beliau. Sekarang tepuklah dada dan bertanyalah kepada diri sendiri, "apakah nikmatnya aku memakan gaji dan elaun MP hasil dari sokongan pengundi yang mengundi PKR bukan mengundi tubuh batangku?". Jawablah dengan jujur dan penuh keimanan./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. Kerana lapuran UM dan BH selalunya dikatakan diputarbelit,kita diminta memboikot nya.Dan arahan memboikot pun dipatuhi penyokong.Tup tup ,bloger yang berkempen sakan meminta UM-BH diboikot,copy & paste lapuran UM-BH dan dipapar pula dalam blog mereka untuk kita menatapnya.
    Begitu juga dengan sikap Zul .Jika kita dah tau dia tak guna walau seduit,elok berita berkaitan dengannya kita lenyapkan saja.Lama lama dia akan jadi gila sendiri kerana tak ada lagi orang yang ambil tau pasai dia.

    BalasPadam
  2. dah lah ...tok sah sebut nama setan ni...biar dia joint dengan kepala setan....

    BalasPadam
  3. Melihat telatah Zulkifli Nordin sejak kebelakangan ini,nak marah pun ada,nak gelak pun ada,malah kalau ikut Hishamuddin Rais ,nak "terkenxxt" pun ada.Dia dah cukup merapu.Disana dia cabar orang,disini dia cabar orang.Dah tahap serabut otaknya.
    Terbaharu dicabarnya Wan Azizah bertanding di KM-Bdr Baru.
    Pendapat aku,Zulkifli tak perlu cabar Wan Azizah atau mana pemimpin PR,memadai kalau dia dapat pergi mana mana simpang 4 dalam pekan Kulim,dan berdiri dekat situ.Buat satu kotak depan dia dan satu kotak lagi depan tunggol kayu.Buat banner,kalau suka saya pangkah saya,kalau suka tonggol kayu sila pangkah tonggol kayu.Aku ingat ,tonggol kayu akan dapat MAJORITI.

    BalasPadam
  4. anwar tu tak pernah mengungkit ke?

    BalasPadam
  5. hoi pakngah santan
    jadilah kamu balaci dan barua umno untuk kini dan selama lamanya.
    lebih baik kamu pergi jual santan dan dapat rezeki halal daripada menyokong para perasuah dan para penyangak.

    BalasPadam
  6. Anwar tak perlu mengungkit kerana rakyat tahu siapa Anwar dan siapa Mahathir, Pak Lah dan Najib...bezanya jauh umpama langit dan bumi terhadap pjuangan membela rakyat...

    BalasPadam
  7. ada beza copy, paste akhbar utusan meloya tu..bukan utk disiarkan utk bacaan tetapi kita ambil kenyataan akhbar tersebut utk kita menjawabnya....mudah2an rakyat tidak tertipu dgn media haprak tersebut. Kita semua mesti jawab segala hujah media2 pencacai berkenaan....

    BalasPadam
  8. copy & paste kononnya untuk menjawap.persoalan nak jawap pada siapa.geng haprak tu bukan nak baca blog pr.kalau yang baca pun dah tertanam pekat biru dalam kepala otak depa.so buang masa saja nak tarbiah geng haprak biru ni.copy paste nak celaru pr mungkin ada.kalau tak ada idea nak tulis,baik biak kosong daripada dok panjangkan pendapat maklok durjana tu.

    BalasPadam
  9. Tuduhan drpd musuh mesti dijawab. Siapa kata puak mereka tidak baca blog PR, malahan merekalah yg byk berkunjung ke blog PR utk menjawab hujah2 dr kita. Jika kita tidak menjawab hujah2 mereka, siapa lagi? Jgn jadi jumud. Setiap hujah mesti dijawab tidak kira dari mana tuduhan itu datang. Org yg celaru biasanya org yg tidak terbuka fikirannya semata2 membaca dan mengambil maklumat dari satu hala sahaja.

    BalasPadam